CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5035|Reply: 80

[Tempatan] Isu PATI: Tiada ahli politik, 'orang dalam' Imigresen terlibat..woow!

[Copy link]
Post time 21-11-2014 09:30 AM | Show all posts |Read mode
Jabatan Imigresen hari ini mengesahkan siasatan mendapati kes kemasukan pendatang asing tanpa izin (Pati) di negara ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana ahli politik mahupun 'orang dalam' Jabatan Imigresen.

Timbalan Ketua Pengarah Imigresen Bahagian Kawalan, Datuk Sakib Kusmi berkata ini mendaPati mereka dibawa masuk oleh ejen haram melalui jalan tikus iaitu jalan laut atau darat.

Beliau berkata jalan tikus yang digunakan oleh Pati adalah laluan yang tidak digazetkan sebagai pintu masuk yang dikawal Jabatan Imigresen.

"Jalan-jalan tikus ini adalah di luar bidang kuasa Jabatan Imigresen kerana ia dikawal oleh agensi-agensi penguatkuasa yang lain seperti tentera, polis, Unit Pencegah Penyeludupan dan Unit Tindakan Khas," katanya.

Sakib juga berkata setakat ini tidak ada sebarang bukti mengaitkan pembabitan ahli politik dan 'orang dalaman" jabatan itu dalam isu ini.

"Bagaimanapun jika terbukti, mereka boleh ditahan dan disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (Pindaan 2010) (ATIPSOM).

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan pembabitan ahli politik dan orang dalaman Jabatan Imigresen dalam isu pendatang asing di negara ini, terutamanya berhubung pencerobohan tanah di Cameron Highlands, Pahang.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata seramai 451 majikan dan 26,785 Pati ditahan sejak Januari hingga 17 November tahun ini menerusi 4,893 operasi yang dilaksanakan Jabatan Imigresen di seluruh negara.

Zahid turut memberitahu operasi untuk memburu Pati akan selalu dilaksanakan secara konsisten dalam usaha membanteras kehadiran mereka.

Sakib berkata pihaknya akan mengambil data-data peribadi Pati untuk diletakkan dalam sistem biometrik bagi memastikan mereka yang diusir keluar tidak memasuki semula ke negara ini.

"Sistem biometrik ini dapat mengesan dan mengesahkan kemasukkan semula Pati ke negara ini, tetapi jika Pati masuk melalui pintu yang tidak diwartakan, maka sukar untuk kita mengesan," katanya. – Bernama, 20 November, 2014.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2014 09:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg le, yg terlibat hanyalah umah marhaen bilis penerima Brim ajer..........ekekekekepui
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2014 09:49 AM | Show all posts
semuanya selamat
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 10:01 AM | Show all posts
tetapi jika Pati masuk melalui pintu yang tidak diwartakan, maka sukar untuk kita mengesan," katanya. – Bernama, 20 November, 2014.


dah namanya PATI memanglah masuk melalui jalan haram!

atau adakah imigresen mengharap semua pendatang asing datang melapor pada mereka?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 10:02 AM | Show all posts
-error: double- Last edited by PEPPERMAN on 21-11-2014 03:35 PM

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
katanya imigresen rajin buat serbuan kt umah kotai, ladang & kilang.....ke polis@UNiT penyeludupan yg buat???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2014 10:16 AM | Show all posts
ya lah ya lah saya percaya
saya juga percaya tiada pembalakan haram di pahang
saya juga percaya madonna masih anak dara  
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 10:23 AM | Show all posts
"Jalan-jalan tikus ini adalah di luar bidang kuasa Jabatan Imigresen kerana ia dikawal oleh agensi-agensi penguatkuasa yang lain seperti tentera, polis, Unit Pencegah Penyeludupan dan Unit Tindakan Khas," katanya.


salahkan jalan tikus pulak, macamlah sebahagian besar mereka tu semua masuk redah hutan dari sempadan siam/kalimantan...macamlah beribu2 tiap hari naik tongkang dari indon mendarat kat pantai selat melaka  
dah tuh yg masuk secara halal pahtuh overstay jadi pati tu salah jalan tikus jugak ka?

bagi alasan tak agak2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2014 10:25 AM | Show all posts
wah, kalau camtu, imigresen adalah badan paling bersih dlm negara, mengalahkan tabung haji.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 10:30 AM | Show all posts
PEPPERMAN posted on 21-11-2014 02:02 AM
tetapi jika Pati masuk melalui pintu yang tidak diwartakan, maka sukar untuk kita mengesan," katanya ...

Dorang ingat PATI tu muncul dari Balai Ketibaan KLIA... International Flight gituh
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
kenapa la...bodoh sangat ni....
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 10:34 AM | Show all posts
yalah...kalau ada bukti...sila lah buat laporan sekiranya agensi2 kerajaan ini ada yg terlibat.

tuduh saya pun boleh tuduh ni kerja2 budak2 ketum..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak_Nogori posted on 21-11-2014 10:34 AM
yalah...kalau ada bukti...sila lah buat laporan sekiranya agensi2 kerajaan ini ada yg terlibat.

t ...

Kalau ade report pun xde tindakan susulan pun tak guna. Samelah dlm kes ni  bkn kerajaan tak tau kewujudan jalan tikus nih tp malas nk amek tindakan, pastu salahkan agensi lain. Senang citer mcm ni lah, selagi xde ahli keluarga perdana menteri or mane2 vvip kene tembak selagi tu lah takkan ade tindakan nk banteras pati. Buat projek pemutihan lg adelah. Nk meniru mcm amerika tu sbb malaysia pun nk ikut lingkup mcm usa. Sebusuk2 singapore tu pun kasi kerakyatan kt insan terpilih jugak, kt malaysia kasi kt rakyat negara lain yg low class. Eh takyah kasikla,pakai ic palsu pun dh leh bukak akaun epf socso
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 10:49 AM | Show all posts

hmmmmmmmmmmmm ....

pihak mana yang buta tuli pekak ni?
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 10:52 AM | Show all posts
annehuda posted on 21-11-2014 10:44 AM
Kalau ade report pun xde tindakan susulan pun tak guna. Samelah dlm kes ni  bkn kerajaan tak tau k ...

tu saya pun tahu..tapi soalnya kena ada buktilah baru boleh tuduh..macam ko cakap kerajaan bukan tak tahu...kena buktikan lah.

saya pun boleh cakap macam2...tapi mana buktinya.

saya pun bukan nak backup sesiapa...ada bukti...sila laporkan..

mcm sekarang SPRM tengah duk siasat..kita tunggu lah hasil siasatan tu...nak dengar cakap pegawai imigresen pun tak boleh juga..nak dengar cakap org menuduh tanpa bukti tak boleh juga kan.
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 10:54 AM | Show all posts
woooowwww.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2014 11:00 AM | Show all posts
salahkan orang lainlak..statement budussss....
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak_Nogori posted on 21-11-2014 10:52 AM
tu saya pun tahu..tapi soalnya kena ada buktilah baru boleh tuduh..macam ko cakap kerajaan bukan t ...

Byk bukti dah pakcik an. Kalau i nk citer pengalaman sendiri pun ade. Bukti plg jelas dan nyata tu bot bot yg tenggelam kt perairan malaysia tu ha. SBb bot terlebih muatan. Thn ni je dh brape byk kes bot pati karam? Kerajaan sendiri pun tak menafikan wujudnye jln tikus mslhnye nk siasat punye siasat tp mane tindakan nk membanteras pati ni? Nan hado. And now baru2 ni nk keluarkan sijil kelahiran utk anak pendtg asing senang nk masuk sek. Bg i kerajaan tak serius pun dlm kes ni, sbb tak memberi impak kpd golongan vvip pun. I rs kerajaan najib la kerajaan plg xprihatin kt rakyat bawahan. Stakat sogok ngan br1m lain2 tu pegi mampusla korg
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 11:07 AM | Show all posts
macai tau benda2 ni....

tapi macai tetap macai
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 11:15 AM | Show all posts
best kan keje imigresen....paling2 kalu ada isu camni leh jer tuduh polis darat, utan dan laut yg pemalas x buat keje banteras PATI dr masuk negara...nanti polis nk tuduh sapa plak yg x reti buat keje ni....

hahaha...nk bukti??? bende bkn smlm jadi lahh....dah bertahun2 dah berbuih mulut rakyat berckp....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.087742 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list