CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3919|Reply: 6

Nyalakan selera, marakkan cinta!

[Copy link]
Post time 21-11-2014 09:34 AM | Show all posts |Read mode
SUATU hari hujung minggu, isteri tanya, apa yang saya teringin nak makan untuk dia masak tengah hari itu. Saya kata, masaklah apa-apa pun. Walaupun hujung minggu, hari itu saya tetap mahu ke pejabat juga. Jadi, yang penting bagi saya adalah cepat dimasak, cepat dimakan. Paling lewat, lepas solat Zohor saya harus keluar dari rumah.
        Oleh kerana tidak mendapat jawapan yang sempurna dan mungkin mengelirukan daripada saya, isteri mencadangkan: "Macam mana kalau gulai (kari) ikan kembung dengan bendi atau buncis?" Saya jawab: "Tak mahu, tengah hari ni kurang selera nak makan gulai." Lalu dia tanya lagi: "Kalau asam pedas?" Pun jawapan saya lebih kurang sama juga.

        Selepas kedua-dua cadangannya saya tolak, isteri pun kata: "Cerewetlah abang ni...

        " Benarkah saya cerewet?

        Tidak. Atas nama diri saya, saya mengaku saya bukan seorang yang cerewet. Setidak-tidaknya dalam bab makan.

        Dalam konteks kes di atas, saya sekadar beri jawapan pada apa yang isteri tanya. Dia tanya, saya jawab cuma jawapan saya tidak menepati apa yang dia sendiri mahu dengar. Sama ada saya cerewet, mengada-ada, susah kira atau apa sahaja persepsi negatif yang mahu diberi kepada saya, kita tangguhkan dahulu. Nanti saya huraikan apa yang saya faham daripada perkataanperkataan itu.

        Selepas melihat reaksinya yang seakanakan kecewa dengan balasan saya, saya pun berkata kepada isteri, "sebenarnya saya ni tak susah sangat bab makan. Bukan awak tak tahu, saya kalau letak kerang rebus dengan air asam pun cukup. Kalau daging rebus yang tak payah hiris pun ok, janji ada air asam. Hari ni yang saya berasa nak makan, ikan kembung bakar... tak payah bergaram kunyit, kita bakar tawar saja cukup, awak tengok nanti saya bertambah ke tidak!"

        Mudah sahaja permintaan saya. Tak perlu nak dibuat lauk lain lagi, saya tak suka aksesori dalam hidangan. Cukup diletak depan saya, apa yang saya nak makan.

        Barang kali kerana permintaan saya terlalu ringkas, isteri pula berkata: "Ikan bakar, tak letak garam kunyit, tawarlah jadinya..." Saya pula kata, "yang tawar itulah yang saya suka. Kenapa? Dah saya mintak yang mudah, awak rasa susah hati pulak?

        Tadi awak juga yang kata saya cerewet!" Akhirnya, selepas beli sedozen ikan kembung, cencaru dengan sedikit daging, ketika dalam perjalanan balik, saya berkata kepada isteri, saya sebenarnya bukanlah jenis cerewet dalam hal makan minum.

        Orang cerewet, dia tidak minta yang mudahmudah seperti saya. Dan semasa menghadap hidangan yang sudah siap, atau semasa makan, dia akan merungut itu ini tidak kena, dan macam-macam lagi. Saya pula sekadar
        beri jawapan apa yang dia tanya, dan saya akui selera saya lebih kepada yang simple, mudah dibuat. Saya jujur dan tidak buat pengakuan palsu untuk mengaku suka apa yang dia cadangkan tetapi akhirnya, semasa makan, saya tidak dapat selindung rasa tidak berselera.

        Lebih teruk kalau saya tinggalkan meja hanya selepas beberapa suap. Kalau itu yang saya buat, saya yakin lebih 'makan' dalam dan mungkin mengakibatkan implikasi yang lebih berat dalam rumah tangga. Sebabnya, saya tahu isteri mana pun akan sensitif
        kalau suami tunjuk tidak berselera pada apa yang dia masak. Isteri saya sendiri pernah menjeruk rasa yang akhirnya dia mengaku 'cemburu' setelah dapat tahu saya selalu berulang alik makan nasi kandar di sebuah kedai mamak yang tidak jauh dari pejabat.

        Mujurlah dia akhirnya ketawa dan tidak merajuk lagi apabila saya kata, "sampai hati dengan mamak pun nak cemburu macamlah saya ni tak reti memilih langsung!" Saya tegaskan kepada isteri, kalau hendak dikata mengada-ada pun, saya tidak mengaku juga kerana apa yang saya minta nak makan adalah benda yang mudah dibuat, hanya ikan kembung bakar.

        Dan saya kata, ikan bakar itu pun saya sendiri yang akan buat. Saya cuma nak minta tolong dia buatkan air asam untuk cicah sahaja. Ya, ini cerita kami suami isteri.

        Mesej yang saya nak sampaikan, isteri jangan mudah-mudah label suami dengan konotasi cerewet atau mengada-ada, terutama dalam bab makan.

        Memanglah semua isteri berhajat hendak beri air tangan yang terbaik kepada suami, jaga perut suami walaupun nanti apabila sudah memboyot, mereka sendiri juga yang merungut. Sebaliknya, suami juga ramai yang baik, tidak mahu bebankan isteri dengan kehendak selera yang bukan-bukan, yang membebankan, lebih-lebih lagi jika isteri bekerja.

        Saya sendiri kalau boleh tidak mahu isteri bergulai, berkari, bertomyam atau apa-apa 'ber' lagi. Cukup ikan bakar tawar dengan air asam, selera saya pasti tertambat teguh di rumah. Kalau tidak pun, menyala-nyala selera saya jika ada ikan bilis goreng ditumbuk lumat dengan cili padi. Selera yang menyala pasti akan memarakkan cinta suami isteri.

http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/muhamad-mat-yakim/nyalakan-selera-marakkan-cinta-1.335278
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2014 09:59 AM | Show all posts
ermm mcm ni ker...
kdg2 husben aku mcm ni jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 10:54 AM | Show all posts
klau ckp awal2, sng la mcm tu..
kang nt masak simple2, dia tala kt kedai jg
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 12:42 PM | Show all posts
        Dan saya kata, ikan bakar itu pun saya sendiri yang akan buat. Saya cuma nak minta tolong dia buatkan air asam untuk cicah sahaja. Ya, ini cerita kami suami isteri.


sama macam hsbnd put....
jenis simple....
kalo boleh ari2 die nak ikan masin, telo masin, sambal belacan@air asam....
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Suami I mkn j ape yg I masak..jgn menu yg sama hari hari..suami I mmg tak suka mkn kedai..gi keja pun bawa bekal..kul5pg I dh masak tuk suami n ank bw bekal..siap masak sarapan n lauk tghari..biasenya I masak dua jenis tuk mkn tghari iaitu 1protein n 1 sayur..simple j..sarapan simple j mcm roti bakar, nugget, burger dll..I suka tgok perut suami I boroi n mkn byk..kepenatan I hilang bila tgok suami mkn dgn penuh bselera..hihi...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 04:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Hubby aku pon sempoi jek..aku masak apa pon dia makan...
Kalau ada ayam goreng lg dia suka..
Sepanjang dah 5tawun kawin ni, aku da faham benar selera hubby aku..dia jenis mkn yg simple2 n dia xsuka makanan yg pedas..
Kalau dia makan bertambah means dia suka lauk tu..
Kalau xbertambah, means dia xsuka n aku takkan serve dah kt dia lps tu..

Yg paling penting, hubby aku makin chubby skrg..suka je nengok!!
Biarla dia makin chubby, lg sedap nk peluk..n xde la kot pompuan lain nk ngorat...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2015 01:52 PM | Show all posts
my husband pun paling simple. kalau hari kerja... dia memang tak nak i balik kerja masak kan dia. dia tak nak i penat tapi i tetap gagah kan diri masak. my husband paling penting ada telur and nasi kena lembut which is so easy to cook. kalau nasi tak lembut, mesti ada benda yang ada kuah, kari ke kuah kicap ke kicap dari botol ke atau sup.
and dia cukup 1 lauk je. apa apa je dia tak kisah asal tak pedas. i lah yg gigih pong pang pong pang kat dapur nak bagi masakkan sedap walhal dia tak kisah pun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:21 AM GMT+8 , Processed in 0.278468 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list