CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3439|Reply: 14

[Tempatan] TNB akan pasang lagi meter baru, TNB Smart Meter

[Copy link]
Post time 21-11-2014 10:45 AM | Show all posts |Read mode


KUALA LUMPUR: A “revolutionary” smart meter system from Tenaga Nasional is in the works. It will allow the utility company to offer flexible tariffs to consumers and to be automatically alerted if there is a power outage, among others.

If a pilot project launched in Malacca last month proves to be successful, the smart meter, which has already been installed in some 180 million homes worldwide, will be destined for mass usage here.




Sources said that if everything went well, TNB would be ready for a national rollout as early as 2016.

The smart meter is said to be a tool that could effectively reduce disputes between customers and power companies over bills.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2014 10:48 AM | Show all posts
smart meter sangattt.lepas pasang terus double bill
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2014 01:43 AM | Show all posts

Sistem 'Meter Pintar' Mampu Kesan Penggunaan Elektrik Secara Nyata


Eksklusif KUALA LUMPUR: Satu sistem yang dipanggil sistem meter pintar 'revolusi' Tenaga Nasional Berhad (TNB) sedang diberi perhatian dan pertimbangan.

Sistem tersebut akan membolehkan syarikat utiliti itu menawarkan tarif yang fleksibel kepada pengguna dan antara lain, memaklumkan secara automatik jika berlakunya gangguan kuasa.

Jika projek perintis yang dilancarkan di Melaka bulan lalu ini mampu membuktikan kejayaannya, meter pintar itu, yang telah dipasang di sekitar 180 juta rumah di seluruh dunia, akan digunakan secara meluas di negara ini.

Sumber berkata, jika semuanya berjalan dengan baik, TNB bersedia untuk melancarkannya di peringkat nasional seawal tahun 2016.

Meter pintar itu dikatakan menjadi alat yang berkesan yang mampu mengurangkan pertikaian di antara pelanggan dan syarikat pembekal kuasa berhubung bil.

Ini kerana syarikat utiliti mampu mengukur amaun penggunaan elektrik melalui sistem pemantauan pusat pada waktu sebenar, membolehkan syarikat memeriksa kecurian kuasa.

Sistem tersebut akan membantu TNB, yang dianggarkan mengalami kerugian RM5 bilion akibat kecurian dalam tempoh sedekad yang lalu daripada terus mengalami kerugian.

Difahamkan, meter pintar itu membolehkan syarikat pembekal kuasa memutuskan bekalan kuasa secara automatik terhadap pengguna yang tidak membayar bil seperti mana yang diamalkan oleh semua syarikat telekomunikasi.

Sistem baharu ini juga akan menghapuskan keperluan pekerja syarikat utiliti untuk hadir secara fizikal bagi membaca meter di 8.4 juta premis di seluruh negara memandangkan meter pintar secara automatik akan menyampaikan maklumat kepada syarikat kuasa.

Sementara itu, pengguna juga boleh mengawal penggunaan kuasa melalui unit paparan di rumah.

Mereka dapat dimaklumkan mengenai berapa banyak kos untuk penggunaan pancuran air panas, cerek atau pendingin hawa dalam tempoh masa tertentu.

Pengurus Besar Kanan (Perkhidmatan Pengguna), Bahagian Pembahagian Tenaga Nasional Berhad (TNB), Kamaliah Abdul Kadir berkata syarikat utiliti itu telah memulakan projek perintis di Melaka pada bulan lepas dengan melibatkan 800 isi rumah.

Terdapat perancangan untuk melakukan perkara yang sama terhadap 200 isi rumah di Putrajaya.

Kamaliah, dalam temuramah melalui e-mel dengan The Star berkata projek meter pintar itu masih lagi berada di peringkat awal.

"Objektif utama projek ini adalah untuk meningkatkan kelestarian tenaga dan kecekapan guna pakai tenaga di kalangan rakyat Malaysia," katanya.

Kamlaiah berkata sistem meter pintar mampu mendidik pengguna supaya untuk melakukan sedikit perubahan dengan penggunaan sumber yang cekap dan membantu mengurangkan penggunaan tenaga semasa beban waktu puncak.

"Apa yang penting bagi kami sekarang adalah mendapatkan persetujuan awam terhadap projek itu dan agar penguna nampak kelebihan apabila meter ini dipasang," katanya.

"Pengguna perlu melihat bagaimana sistem ini dapat memberi tambah nilai terhadap meter elektronik atai mekanikal sedia ada memandang ia mendidik mereka menyesuaikan tabiat penggunaan mereka berdasarkan maklumat yang terdapat pada skrin paparan di rumah."

Kamaliah berkata sistem meter pintar itu juga membolehkan TNB memperkenalkan bil terperinci berdasarkan profil penggunaan.

"Sebagai pelaksana projek perintis,kami di TNB mahu mencari teknologi terbaik dalam ciri-ciri meter pintar yang paling sesuai dengan kehendak pelanggan dan memenuhi objektif yang ditetapkan," katanya.

Kamaliah berkata TNB perlu menjalankan satu siri ujian kompleks yang berkaitan dengan teknologi selular, frekuensi radio dan pembawa talian kuasa komunikasi (untuk pemindahan data) sebelum sistem itu boleh dilaksanakan.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 01:54 AM | Show all posts
mestilah nnti ramai lg pekerja yg kena buang n xde keje
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 05:07 AM | Show all posts
sampai kecuci cicit..supplier tak habis makang...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 06:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu meter air pakai kincir besi lambat bacaan. Bila pakai meter air guna kincir plastik laju je bacaan. Undi lg bn . padan muka kau orang. Hidup jd macai susahkan rakyat. Tengok pe janji bn nk turunkan harga kereta??? Nak bantu rakyat dengan tarik subsidi???


2 tahun lg terima brim terus senyap.4 tahun hidup merana. Rasuah corruption pendatang asing bangla sampai mampu beli bungalow kt cameron highland. Apa cerita??? Umno mmg bangsat. Perompak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2014 06:48 AM | Show all posts
tu lah pasal korang undi beend lagi...hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 08:19 AM | Show all posts
ni guna android ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2014 08:27 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 08:37 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
ala takat pacit macit dok kg ada depa kesah brp watt tv diorg pkai
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 09:31 AM | Show all posts
smart lah sangat kan???? bil aku dah bayar bulan lepas. bulan ni punya bil kata ada tunggakan. bila aku buat aduan, siap suruh aku check ngan bank aku semua. dia kata mungkin bank check reject payment kepada kami. bila dah check dengan bank, bank kata dah bayar kat tnb. siap aku tunjuk statement kedit kad, payment slip kepada tnb. kedit kad pun dah habis bayar. baru tnb nak ngaku sistem depa ada problem (masalah teknikal update data payment/technical glitches). pleaselah!!! dah sebulan lebih tak settle lagi. hari ni baru settle.

pastu boleh cakap ntah ntah you yang ada masalah dengan bank (cakap verbal bila tanya kenapa ada tunggakan).

next time, check dulu diri sebelum nak kata customer ada masalah dengan bank.

smart sikit next time yea? Last edited by munchkin on 22-11-2014 09:36 AM

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 09:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Inilah bila dah lama mkn hasil dgn kapitalis bangsat.
Untung dah berbillion akal xterpikir nak turunkan harga, menaikkan lg ada.
Semoga BOD Kapitalis bangsat mati serentak kena renjatan letrik..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
tampinus posted on 22-11-2014 09:46 AM
Inilah bila dah lama mkn hasil dgn kapitalis bangsat.
Untung dah berbillion akal xterpikir nak tur ...

Wow! I like............ekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
lambat 2 jam tak bayar ... potong terus dan kerana smart meter yg canggih ni .. penyambungan semula dikenakan caj seratus hinggit sahaja dan elektrik akan di sambung dala masa 48 jam ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 03:27 AM GMT+8 , Processed in 0.251267 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list