CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: linnnda

[Tempatan] Alasan dollah salleh kalau kalah dgn myanmar

[Copy link]
Post time 21-11-2014 06:12 PM | Show all posts
axl_bach posted on 21-11-2014 06:09 PM
bukan aku nak samakan Thai dgn permainan Jepun, cuma aku ibaratkan permainan Thai di kelangan Asea ...

hari tu aku tgk dollah komen, katanya bukan dia tak nak panggil pemain2 yg ko cakap tu cuma pemain2 tu yg menolak coz alasan peribadi....contoh dia bgtau joseph kalang, dia nak pergi honeymoon, razman nak rehat, mcm2 lagi la...so he got no choice.....tapi kita dah ada messi kedah si farhan tu bro, budak tu boleh tahan aku tgk dia main masa lawan pahang 1st leg...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2014 06:19 PM | Show all posts
lkick2113 posted on 21-11-2014 06:12 PM
hari tu aku tgk dollah komen, katanya bukan dia tak nak panggil pemain2 yg ko cakap tu cuma pemain ...

Joseph tu pada aku bleh main dgn national....masa msia lawan kemboja mmg superb dia main.......Razman pada aku xder laa bagus mana dia hanya kuat dgn Damien Stewart jer........

utk skuad Thai nih antara pemain yg perlu diberikan perhatian adalah Chanatip, Adul Laso, dan sudah tentu Teerasil Dangda.......

Farhan Roslan bukan dah digugurkan ker???? kesian dia org dok panggil dia Messi Kedah masa dia main futsal sekali media hypekan dia dgn gelaran tu....macam nak membunuh permainan dia jer dgn hype sebegitu....bagi laa budak tu bernafas dulu nak bagi gelaran yg berat camtu nnt fans yg x pernah tgk dia main mesti expect dia deliver kualiti sebagus Messi setiap match.........


Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 06:27 PM | Show all posts
axl_bach posted on 21-11-2014 06:19 PM
Joseph tu pada aku bleh main dgn national....masa msia lawan kemboja mmg superb dia main.......Raz ...

dah gugur ek farhan??? ooo....baru tau....bagi aku kalau winger aku suka wan zack dan joseph kalang, kalau side back aku suka mahali dan zubir azmi.....kalau tengah....tok sah la piya...patut la rajagopal tak panggil dia, dia ni typical steven G la...kat kelab memang ok, sampai national team haramjadah..........cuma memang ramai yg tak dipanggil...kalau ikutkan banyak choice yg boleh pilih....cuma striker aku masih harap ketajaman amri la.....safee......dah berat telur je aku tgk, kat JDT pon tak menjadi...el-chopoto ni ada rise and fall nya aku tgk, tak konsisten sama mcm badrol bakhtiar, pendek kata malaysia kurang plamaker, tapi kaya dgn winger dan wing foward!

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 06:34 PM | Show all posts
lkick2113 posted on 21-11-2014 06:27 PM
dah gugur ek farhan??? ooo....baru tau....bagi aku kalau winger aku suka wan zack dan joseph kalan ...

http://www.sinarharian.com.my/mo ... ain-diumum-1.334581

Dollah sebelum ini mengesahkan dua tonggak utama terpaksa digugurkan kerana gagal pulih daripada kecederaan yang dialami mereka iaitu pemain sayap Pahang, R. Gopinathan dan pemain pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak.
       
        Pemain lincah Kedah, Mohd Farhan Roslan yang mendapat jolokan 'Messi Kedah' turut digugurkan daripada senarai akhir 22 pemain selepas Dollah melakukan perbincangan lanjut bersama barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya.   
       
        Malaysia yang diundi dalam kumpulan B akan memulakan kempen kejohanan menentang Myanmar pada 23 Nov ini disusuli pertemuan menentang Thailand pada 26 November dan kedua-dua perlawanan akan berlangsung di Stadium Jalan Besar sebelum menamatkan aksi peringkat kumpulan menentang Singapura di Stadium Nasional, Singapore Sports Hub pada 29 November ini.   
       
        SENARAI AKHIR 22 PEMAIN:
       
        Penjaga Gol: Mohd Farizal Marlias (Selangor), Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan), Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid (Pahang)
          
        Pertahanan: Mohd Afif Amiruddin dan Mohd Muslim Ahmad (PDRM), Mahalli Jasulli dan Mohamad Fadhli Mohd Shas (JDT), Mohd Azmi Muslim (Selangor), Muhammad Zubir Mohd Azmi (Terengganu).
            
        Pemain Tengah: Safiq Rahim    (JDT), Muhammad Shukor Adan dan Indra Putra Mahayuddin (Felda United FC), Mohd Badhri Mohd Radzi (Kelantan), Gary Steven
        Robbat (Harimau Muda ‘A’), S.Kunanlan (Selangor), Baddrol Bakhtiar (Kedah), Azamuddin Mohd Akil dan Mohd Hafiz Kamal (Pahang)
         
        Penyerang: Norshahrul Idlan Talaha, Mohd Safee Mohd Sali dan Mohd Amri Yahyah (JDT) dan Abdul Manaf Mamat (Terengganu). - Bernama                                                                                                                                                                                      Kongsi berita ini:

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 06:37 PM | Show all posts
lkick2113 posted on 21-11-2014 06:27 PM
dah gugur ek farhan??? ooo....baru tau....bagi aku kalau winger aku suka wan zack dan joseph kalan ...

mmg flanker nih malaysia bercambah....aku suka kalo Wanzack kanan dgn Mahalli, belah kiri Kecik main flank dgn Zubir......

mid mmg problem msia.....tp so far aku tgk El-Chopoto tu kalo main dgn National dia akan menyerlah.....Baddrol plak kalo dpt main cam Sukan Sea 2011 mmg terbaik laaa.....

depan nampaknya Amri sekali lagi pertaruhan terbaik....

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 06:46 PM | Show all posts
axl_bach posted on 21-11-2014 06:34 PM
http://www.sinarharian.com.my/mobile/ultras/liga-malaysia/aff-suzuki-senarai-akhir-pemain-diumum-1 ...

kecik pon out ek??? apa da dollah.......

tapi kenapa tak mix senior dgn harimau muda A ek??? bg aku lg berbisa.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-11-2014 06:51 PM | Show all posts
lkick2113 posted on 21-11-2014 06:46 PM
kecik pon out ek??? apa da dollah.......

tapi kenapa tak mix senior dgn harimau muda A ek??? bg ...

tu yg aku pelik dgn Wak Dol(Gelaran Dollah Salleh dlm SFC aku dok baca masa 2006 dulu) tu.....Kecik pun dia drop gak......depan tu Matyo maybe bleh main as bekap striker tp Safee???? masih terkenang perihal 2010 laa tu yg Safee lekat......patut bagi Ruzaimi or Hazwan Bakri.......

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 11:25 PM | Show all posts
cak! posted on 21-11-2014 04:14 PM
indon pon kuat..kita kalah semi sukan sea aritu dgn indon

kali ni singapore xpower tgk saja k ...

Indonesia memang kuat tapi depa bukan team cerdik...

kalau lawan Indon
sepanjang 90 minit memang nazak la kena attack Malaysia,
tapi cara depa attack guna speed ja, bahaya tu bahaya tapi kalau dpt absorb..
2-3 gol dalam masa 10 minit Malaysia dpt score...
mental team-team camni x sama cam Thailand,
kadang-kadang team cam Indon,Laos, Vietnam & Myanmar ni dgn team mate sendiri depa gaduh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2014 11:27 PM | Show all posts
cak! posted on 21-11-2014 04:31 PM
thai aku pelik peringkat lebih tinggi dlm asia power tp dlm asean kureng..mungkin bkn sepenuhnya 1 ...

cuba hang tgk squad depa senarai...
yg top2 semua depa x bawak
tapi boleh mng 2-0 dgn NZ tu...

depa x senarai top star mesti nk prove yg depa kuat walau senarai 2nd string
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 11:28 PM | Show all posts
axl_bach posted on 21-11-2014 04:29 PM
Vietnam jgn kita pandang rendah bro......tp siyesly aku nampak Thai mmg heavyweight tahun nih..... ...

Vietnam kuat, laju, cergas,... tapi kurang cerdik
silap2 sesama sendiri boleh bertumbuk...

x mcm Thai attack slow & steady ja...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 11:45 PM | Show all posts
lordvoldemort posted on 21-11-2014 11:25 PM
Indonesia memang kuat tapi depa bukan team cerdik...

kalau lawan Indon

yup, indon punya strikeforce mmg laju2 (nih based on skuad Patrick Wanggai n co laaa)....dorg mmg cam lipas kudung tp tipikal flanker India msia jer laju tp mentalless.......serang2 laju dan padu tp bila defender lawan cekang mmg buntu....so kat sini taktikal msia mungkin bleh menang......

lepas era Bambang Pamungkas aku x tau laa striker Indon yg mmg btol2 power scoring rate........Andik VIrmansyah pun setakat laju jer laaa

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 11:49 PM | Show all posts
lordvoldemort posted on 21-11-2014 11:28 PM
Vietnam kuat, laju, cergas,... tapi kurang cerdik
silap2 sesama sendiri boleh bertumbuk...

Thai steady yeah, but slow???aku tgk dorg main smooth n speedy jer......

elemen skuad negara nih aku rasa cukup ramuan cuma bila main kat peringkat luar dari Liga-M nampak cam budak skolah jer, basic football mmg kelaut......tu yg aku pelik, padahal main dgn pasukan negeri bleh tahan smart passing accurate tahan bola pun xder kelaut tp bila main dgn skuad national passing kerap sangkut kat player lawan, nak hold bola lebih dari 5 passing mmg xkan jadi selalu lepas dpt bola dari pihak lawan dlm 2-3 passing then opponent akan recover balik bola tu......

nampak lemah sgt basic football skuad negara padahal hari2 berlatih sepak, passing n tahan bola.....adoyaiiiiii

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2014 11:56 PM | Show all posts
lkick2113 posted on 21-11-2014 06:46 PM
kecik pon out ek??? apa da dollah.......

tapi kenapa tak mix senior dgn harimau muda A ek??? bg ...

dollah salleh nak imbau nostalgia kot
tu yg panggil geng lama2...
bagi dollah tu mix HMA dh tu sbb ada Gary,



Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 01:22 AM | Show all posts
Dollah: Myanmar ada kelebihan


JURULATIH Harimau Malaya, Dollah Salleh memberikan amaran kepada skuad kendaliannya agar berwaspada dengan corak serangan balas yang sering dipraktikkan oleh Myanmar menjelang aksi pertama peringkat Kumpulan B kempen Piala AFF Suzuki 2014 di Stadium Jalan Besar, Singapura pada Ahad ini.

Dollah menjelaskan bahawa dia sudah mengetahui kekuatan dan kelemahan pasukan Myanmar dan mereka tidak boleh dibiarkan bergerak bebas.

“Tidak dapat dinafikan bahawa Myanmar memiliki kelebihan di bahagian serangan dan sering kali melakukan percubaan berbahaya menerusi serangan balas yang pantas.

“Penyerang mereka, Ko Ko (Kyaw Ko Ko) memiliki kebolehan tersendiri dan saya sentiasa mengingatkan para pemain untuk mengawasi kelibat pemain ini kerana dia sangat berbahaya terutamanya ketika berada di dalam kawasan penalti.

“Saya sudah melakukan persiapan untuk menghadapi apa juga bentuk ancaman yang bakal dilancarkan Myanmar dan kita juga ada strategi tersendiri untuk mengekang mereka,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan terakhir skuad Harimau Malaya di padang rumput tiruan Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil semalam.

Dalam perkembangan lain, Dollah mahu segala kritikan yang dilemparkan terhadap persediaan Harimau Malaya harus dijadikan sebagai pembakar semangat buat pasukannya selepas mempamerkan prestasi hambar dalam beberapa siri perlawanan persahabatan baru-baru ini.

Di sebalik kekalahan yang mereka alami, Dollah masih menaruh keyakinan terhadap keupayaan pasukan bimbingannya untuk beraksi dengan lebih baik di Singapura nanti.

“Banyak kritikan yang saya terima tetapi saya ambil perkara ini sebagai pembakar semangat untuk kami walaupun saya risau dari segi persefahaman, namun ia bukan alasan untuk kami tidak boleh beraksi dengan baik,” katanya.

Dalam pada itu, Dollah memberitahu, Safiq Rahim kini sudah pulih daripada kecederaan namun masih belum cergas sepenuhnya untuk diturunkan dalam kesebelasan utama.

“Saya melihat bahagian tengah tidak memiliki sebarang masalah dan sekiranya berlaku sebarang kecederaan, Safiq akan menjadi salah seorang pemain yang akan dimasukkan semula.

“Sebelum ini kami menjalani sesi latihan tanpa kehadiran Safiq, jadi saya tidak akan mengambil risiko untuk menurunkannya dalam kesebelasan utama,” katanya.


Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 01:46 AM | Show all posts

Dollah Akui Kehebatan Myanmar Pada Piala AFF Suzuki 2014



KUALA LUMPUR: Jurulatih skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh, tidak memandang rendah keupayaan Myanmar yang menjadi lawan pertama skuad negara pada aksi pembukaan kumpulan B Piala AFF Suzuki 2014, di Stadium Jalan Besar, Singapura pada Ahad ini.

Pengendali kelahiran Melaka itu mengakui jentera serangan Myanmar yang diketuai Kyaw Ko Ko mampu memberi ancaman kepada skuad negara dan menuntut barisan pertahanan untuk bekerja keras mengekang asakan penyerang kelab Yangon United FC itu.

"Saya dan (penolong jurulatih) Mohd Reduan Abdullah ke Laos baru-baru ini bagi melihat sendiri keupayaan pasukan bertanding (pada pusingan kelayakan Piala AFF Suzuki) dan saya akui Myanmar sebuah pasukan yang agak hebat.

"Bagi saya, kekuatan mereka di bahagian serangan dan saya nampak beliau (Kyaw Ko Ko) adalah tonggak utama pasukan Myanmar. Saya akan ingatkan pertahanan kita supaya awasi pemain ini," kata Dollah selepas sesi latihan terakhir skuad negara di padang Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil di sini, Khamis.

Dollah turut mengakui pemain masih cuba menyesuaikan diri dengan aksi di padang rumput tiruan bagi menghadapi dua perlawanan awal kumpulan B termasuk aksi kedua menentang Thailand pada 26 November ini, di Stadium Jalan Besar.

"Pemain masih menyesuaikan diri dengan padang (tiruan) dan saya lihat ada peningkatan dalam kalangan pemain. Myanmar dan Thailand juga akan menghadapi perkara yang sama (beraksi di atas padang rumput tiruan) di Stadium Jalan Besar," kata Dollah.

Malaysia hanya akan beraksi di padang rumput biasa di Stadium Nasional, Singapore Sports Hub menentang Singapura pada 29 November ini.

Sementara itu, pemain veteran negara Mohd Shukor Adan menggesa rakan sepasukan untuk mengutip tiga mata penuh dalam dua aksi awal menentang Myanmar dan Thailand bagi mencerahkan peluang skuad negara ke separuh akhir.

"Yang penting perlawanan menentang Myanmar dulu di mana kita perlu mencuri mata bagi menaikkan semangat untuk berdepan lawan seterusnya. Dalam bola sepak, apa-apa boleh berlaku, jadi yang penting pemain memberi fokus sepenuhnya," kata kapten kelab Felda United FC itu.

Berkongsi pandangan sama pemain tengah Harimau Muda A, Gary Steven Robbat  bahawa pemain begitu bersemangat bagi menghadapi edisi ke-10 kejohanan bola sepak melibatkan negara Asia Tenggara itu.

Pemain kelahiran Kedah itu turut mengakui persaingan sengit merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan negara terutama di bahagian tengah dan beliau bertekad untuk menampilkan aksi terbaik jika diberi kepercayaan oleh jurulatih jika disenaraikan.

Skuad Harimau Malaya bakal berlepas ke Singapura esok sebagai persiapan awal menghadapi kejohanan bola sepak dwitahunan itu.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 04:46 AM | Show all posts
aku suka skuad thailand
harap jadi juara aff kali ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2014 09:42 AM | Show all posts
Keputusan Kumpulan A

Filipina 4 Laos 1
Vietnam 2 Indonesia 2
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 09:42 AM | Show all posts
jangan lupa ptg ni Skuad Harimau Malaya akan beraksi menentang pasukan Myanmar

Selamanya Harimau Malaya
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 09:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Bola itu bulat...padang bola itu empat segi...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 03:29 PM | Show all posts
jengkoil posted on 23-11-2014 09:50 AM
Bola itu bulat...padang bola itu empat segi...

yup, realistiknya aku rasa kita hanya akan melengkapkan permainan peringkat kumpulan......bagi aku pasukan yg mungkin akan layak adalah Thai (berkelebihan taktikal dan keupayaan individu pemain dan permainan berpasukan paling menarik) dan Spore(kelebihan bermain di atas padang tiruan dan sedikit kelebihan moral selaku pasukan Juara Bertahan)

apapun harapan buat skuad Wak Dol, kalo nak kalah pun mainlah secara bermaruah....main demi negara penuh semangat demi ASPIRASI WARGA TANAH TUMPAH DARAH....

Selamanya selamanya selamanya sokong Malaysia

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.254720 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list