CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Dzeko

[Tempatan] TERKINI:Subsidi RON95 dan Diesel dihapuskan mulai 1 December 2014

[Copy link]
Post time 22-11-2014 01:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Pusing2 harga lak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2014 01:19 AM | Show all posts
bila harga minyak naik...harga barangan lain akan turut naik...kesannya sapa yg tanggung???????????????????  ale utoh najib dan macainya..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 01:21 AM | Show all posts
kecimpret posted on 22-11-2014 01:03 AM
hapus subsidi berani..tp turunkan tax keta x berani..kalo mau hapus subsidi minyak, turunkan tax k ...

ko hapuskan tax tinggi kereta apa yg untungnya org yg pakai moto shj dan org yg x pakai kete (kes x mampu beli kete).

hapuskan tax kete yg untung bnyk ialah golongan pendapatan tinggi n menengah jerk sbb dorang ada bundle duit nak beli kereta baru yg murah.

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 01:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan lepas subsidi minyak ditarik RON95 minyak akanturun harga ke?
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 02:56 AM | Show all posts
Radzor posted on 21-11-2014 04:12 PM
apela.. korg nampak x. la ni harga minyak turun paling rendah dlm masa 4 tahun ni. kerajaan ambik pe ...

apela.. korg nampak x. la ni harga minyak turun paling rendah dlm masa 4 tahun ni. kerajaan ambik peluang harga minyak rendah ni utk hapuskan subsidi sama sekali. bagi rakyat, pada masa ni suka la sebab harga minyak murah. bagi kerajaan pulak, dorg boleh tarik balik subsidi tanpa kena hentam.

tapi jika kerajaan terukan subsidi, pada harga yg pasaran dunia yg rendah ni, rakyat akan dapat harga minyak yang lebihhhh rendah lagi.



I beg to differ radzor . yang sebenarnya,revenue dari hasil minyak yg diperolehi sudah drop jauh dari jangkaan. Masa bajet untuk 2014, harga minyak dianggarkan US110 per barrel dan perbelanjaan negara termasuk berapa banyak subsidi nak diberi adalah menggunakan harga itu. Tetapi tiba tiba harga minyak telah jatuh mendadak, revenue pun jatuh, terus tak cukup bajet. Sebab tu tanpa fikir perasaan rakyat, subsidi dikurangkan baru baru ni. sekarang ni, harga jatuh lagi, jauh dari paras US110, so langkah seterusnya hapuskan terus subsidi, sebab bajet dah lari jauh. Make sense kan? So maybe kalau harga melambung naik lagi, subsidi akan di beri semula, rakyat senyum, BN happy, janji ditepati. So dah boleh agak la kan tarikh next PRU akan bergantung pada harga minyak..

silap silap kita semua pulak kena bagi subsidi kat kerajaan kalau harga terlalu rendah, nak cover bajet yang lari banyak tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 03:26 AM | Show all posts
tambah sikit,

mungkin reason yang sama kenapa jokovi potong subsidi dan naikkan harga minyak... sebab dah sampai ke tahap rakyat kena bagi subsidi pada kerajaan..   walahu'alam.

or maybe dia main tolak tolak dgn najib.. suruh one another buat dulu, bila dah buat nanti ikut dari belakang..haha. ( joking jer)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-11-2014 07:29 AM | Show all posts
otai_g posted on 22-11-2014 01:21 AM
ko hapuskan tax tinggi kereta apa yg untungnya org yg pakai moto shj dan org yg x pakai kete (kes  ...

kat m'sia ni majoriti org bekerja ada kurang2 1 keta...x kira la keta kancil ke apa..yg hanya ada motor tu golongan minoriti tertumpu diluar bandar...yg plg teruk efek ialah golongan miskin/pertengahan di bandar
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 09:25 AM | Show all posts
kelana36 posted on 22-11-2014 03:26 AM
tambah sikit,

mungkin reason yang sama kenapa jokovi potong subsidi dan naikkan harga minyak... ...

harga minyak per barrel asal nya murah dulu.. pastu baru naik. masa naik tu dah buat profit banyak lepas tu spend x ingat dunia. lepas tu skrg turun balik yg mana dah tinggi kan overhead kos dah terasa.

mcm dulu gaji elaun rendah cukup belanja (harga minya dulu).. pastu elaun gaji naik (minyak naik), mula la spend buat loan, meniaga 1MDB (rugi) , bagi BRIM, naik jet sana sini ok la, simpanan ada buat x? vs hutang meningkat x, = yes... skrg elaun gaji turun balik (minyak turun), mula la mengagau nak cover.. sapa yang kena? rakyat jugakkk


Last edited by Radzor on 22-11-2014 09:43 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2014 09:35 AM | Show all posts
Sokong tindakan hapus subsidi
22 November 2014 2:58 AM
  1  0 Google +0
KUALA LUMPUR 21 Nov. – MIC menyokong keputusan kerajaan menghapuskan subsidi petrol RON95 dan diesel berkuat kuasa 1 Disember ini dengan menetapkan harga runcit bagi kedua-dua bahan bakar itu mengikut harga pasaran minyak mentah dunia.
Setiausaha Pemuda MIC, C. Sivarraajh berkata, tindakan itu dilihat dapat mengubah stigma masyarakat yang terlalu bergantung harap kepada pemberian subsidi.
“Pemansuhan subsidi bahan api merupakan langkah awal kerajaan dalam menghapuskan pemberian subsidi dan diharap akan disusuli dengan penghapusan subsidi barangan lain selepas ini.
“Pada masa yang sama, kita berharap kerajaan memantau harga barangan keperluan supaya tidak dimanipulasi oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab terutama di luar bandar yang mungkin mengambil kesempatan di atas langkah kerajaan itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek hari ini mengumumkan bahawa kerajaan akan menghapuskan subsidi petrol RON95 dan diesel berkuat kuasa 1 Disember ini dengan menetapkan harga runcit bagi kedua-dua bahan bakar tersebut. Langkah tersebut diambil bagi memastikan rakyat negara ini turut menikmati penurunan harga minyak mentah dunia sehingga 30 peratus.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.e3BxZ7fc.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 09:36 AM | Show all posts
korang x payah tengok jauh la hipokrit kerajaan ni. kompeni  kroni pengeluar letrik IPP berapa dorg dapat subsidi minyak. lepas tu TNB kena beli dari dorg berapa ?

1- dorg dapat susidi yg banyak. (korek dari sapa)
2- TNB x dapat jual letrik murah sbb kena beli dgn kadar tinggi dari IPP, walaupun sebenarnya TNB sendiri dapat mengeluar letrik dgn kos lebih rendah tanpa IPP . (sapa yang kena bayar mahal)

2 kali kena.

patut kena buat mcm ni = nak abolish subsidi minyak, ok , fine. tapi cukai kereta yg melampau batas tu kasi turun. cukai kereta sblm proton amat rendah. org gomen dulu pakai ford, alfa, vw... skrg jangan harap sangat..

u win some u lose some.

taik minyak kerajaan yg jual minyak... apa2 hal rakyat yang kena tanggung beban sbb kobodohan kerajaan mentadbir.. jelas terang bersuluh nampak pentadbir negara bodoh bila keluar kenyataan. belagak lebih. berdebat pun xnak sbb nnt nampak kebodohan.

eh dah jelas la semua ni kerajaan x efektif, korup. rakyat tanggung akibat.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 09:37 AM | Show all posts
Pasal ni pon, Indon  cakap, AKHIRNYA MALAYSIA MENCONTEK INDONESIA..
dengan kata lain, idea indon di tiru malaysia..

indon mmg lebay...
semua benda nak claim

Malaysia Juga Naikkan Harga BBM Bulan Depan!

Akhirnya Malaysia mencontek Indonesia yang menaikkan harga BBM di tengah penurunan harga minyak mentah dunia. Patut dibaca! http://bit.ly/1vvrUWA
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 09:37 AM | Show all posts
Harga minyak dijangka turun
Subsidi RON95, diesel dihapuskan mulai 1 Disember
SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH  |  22 November 2014 2:57 AM
  2158  5 Google +0
Hasan Malek
Hasan Malek
Advertisement
PUTRAJAYA 21 Nov. - Rakyat di negara ini dijangka menikmati harga minyak RON95 dan diesel lebih rendah bulan hadapan apabila kerajaan hari ini mengumumkan subsidi bahan bakar itu ditarik balik mulai 1 Disember ini berikutan trend harga minyak dunia yang menurun.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek bagaimanapun berkata, sebelum menetapkan harga tersebut, kerajaan akan mengikuti perkembangan pasaran harga kos produk dunia dan juga kadar pertukaran mata wang semasa.
Katanya, kerajaan akan memantau harga pasaran petrol dan diesel dunia pada 20 hingga 31 November ini dan jumlah sebenarnya akan menentukan purata harga runcit pada bulan Disember melalui kaedah pengapungan terkawal.
“Sebagai contoh, pada 1 hingga 19 November lalu purata harga RON95 di bawah kaedah mekanisme harga automatik (APM) menurun kepada RM2.27 seliter, yang mana lebih rendah daripada harga runcit RM2.30 seliter.
“Jika trend ini berlarutan dijangkakan harga runcit RON95 bagi bulan depan akan dikurangkan sewajarnya berdasarkan formula terbabit,” katanya dalam sidang akhbar pengumuman perkembangan terbaru pelaksanaan harga minyak petrol dan diesel, di sini hari ini.
Beliau berkata, menerusi kaedah tersebut, harga kedua-dua bahan bakar itu akan ditetapkan sebagaimana harga runcit RON97 yang telah dilakukan sejak Julai 2010.
Berikutan itu, katanya, penetapan harga petrol RON95 dan diesel akan bergantung kepada turun atau naik harga pasaran minyak mentah dunia.
“Harga runcit produk petroleum di negara ini ditentukan melalui kaedah APM sejak tahun 1983 iaitu kerajaan akan menetapkan harga runcit pada satu paras tertentu yang mana perubahan kos produk tidak mengubah harga runcit.
“Walau bagaimanapun, melalui pengapungan terkawal ini purata perubahan kos produk akan menentukan penetapan harga bagi bulan berikutnya. Ini bermakna jika harga pasaran minyak mentah dunia meningkat, harga runcit RON95 dan diesel juga akan mening-kat,” katanya.
Dalam pada itu, Hasan berkata, keputusan pengapungan terkawal harga petrol RON95 dan diesel itu dibuat berikutan kejayaan pelaksanaan pengapungan terkawal harga petrol RON97 dan bagi memastikan rakyat menikmati manfaat sepenuhnya dengan penurunan harga minyak mentah dunia.
Difahamkan, sekiranya harga naik, kerajaan akan mengambil langkah mengurangkan beban rakyat.
Pada 2 Oktober lalu, kerajaan telah mengumumkan subsidi petrol RON95 dan diesel dikurangkan sebanyak 20 sen seliter dengan harga runcit baharu bagi kedua-dua bahan api itu masing-masing sebanyak RM2.30 seliter dan RM2.20 seliter.
Laporan BBC News yang memetik Agensi Tenaga Antarabangsa menyatakan trend harga minyak dijangka terus menurun dalam tempoh dua tahun lagi disebabkan berlakunya kekurangan permintaan dalam pasaran.
Harga minyak mentah Brent, yang menjadi tanda harga terhadap pasaran minyak dunia, kini diniagakan pada harga AS$78 setong, harga terendah dalam tempoh empat tahun.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.RDXwocsf.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 09:44 AM | Show all posts
Ni mesti bik mama nak shopping cincin diamond & beg baru ni. Tahun depan tambah lagi cukai gst 6%. Mampus la rakyat macam ni. Bodoh punya umngok.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 09:46 AM | Show all posts
oi.. aku pun boleh kata sokong hapus subsidi. TAPI
1-akaun petronas yg sekarang berada bawah jabatan perdana menteri KASI BUKA, RAKYAT NAK TENGOK.
2-menteri kewangan boleh bagi kat indivudu berbeza x, bukan PM yg pegang, supaya ada check and balance sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 09:51 AM | Show all posts
RON95: Asas rasionalisasi menyeluruh
22 November 2014 2:58 AM
  0  1 Google +0
KUALA LUMPUR 21 Nov. – Penetapan harga runcit bagi RON95 dan diesel mengikut kaedah pengapungan terkawal adalah wajar sebagai asas usaha dalam merasionalisasikan subsidi secara menyeluruh.
Penganalisis politik, Prof. Amir Hussin Baharuddin berkata, tindakan tersebut memberi imbangan terhadap kepentingan pengeluar serta penapis minyak dan pengguna.
Tindakan itu juga katanya. adalah panduan terbaik kepada usaha pemberian subsidi oleh kerajaan di negara ini.
“Formula itu dapat merumuskan harga minyak yang baik, membantu semua pihak termasuk pengeluar minyak, industri, isi rumah, kerajaan untuk mendapat rasionalisasi global menyeluruh.
“Perkara ini kerana harga minyak bukan bergantung kepada harga minyak mentah semata-mata tetapi turut melibatkan kos penapisan dan kos buruh,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Kerajaan hari ini memutuskan penetapan harga runcit bagi RON95 dan diesel adalah mengikut kaedah pengapungan terkawal mulai 1 Disember ini.
Dalam pada itu, Timbalan Pengarah Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Dr. Ahmad Fauzi Puasa menjangkakan harga minyak tidak akan naik dalam tempoh setahun ini.
“Ini berdasarkan penyelidikan dijalankan beberapa pihak yang melihat perkara itu. Tetapi terdapat faktor penambahan kenderaan dan pengguna yang dapat menjadi salah satu pembolehubah,” katanya.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.03jLKwGS.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 09:53 AM | Show all posts
bangunan kerajaan putrajaya tu pun kerajaan sewa. korang rasa la kan, antara beli/bina property dgn sewa yg mana untung. pada dasar nya kerajaan bayar lebih byk dari klu buat sendiri dan x perlu sewa. kerajaan x efektif, bila x da duit, rakyat tanggung. bagi la apa saja alasan, dan di support oleh balaci2.

takkan korg x nampak kerajaan kita x efektif dan rakyat tanggung ?

sapa keja gomen, ofis korang dah pasang pakej wajib astro koporat blom?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2014 09:56 AM | Show all posts
those in poweryg korup dlm gomen ni mcm biawak hidup.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 10:03 AM | Show all posts
Sokong bersyarat pengapungan terkawal
WARTAWAN SINAR HARIAN
22 November 2014
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services
0


RON95
< 1 / 1 >
SHAH ALAM - Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Petronas Malaysia (PESAMP) tidak akan menyokong pelaksanaan pengapungan terkawal bagi petrol RON95 dan diesel sekiranya kerajaan tidak meluluskan permohonan komisen berdasarkan peratusan harga minyak.

Presidennya, Datuk Abu Samah Bachik berkata, permohonan itu telah dipohon sebelum ini, namun masih belum mendapat kelulusan daripada kerajaan.

Justeru menurutnya, biarlah selari pengapungan harga minyak itu dengan komisen yang akan diberikan kepada pengusaha bermula 1 Disember ini agar mereka tidak terlalu rugi.

“Mereka (kerajaan) perlu meluluskan juga komisen mengikut peratusan harga kepada pengusaha pada tarikh sama jika mahu kami menerima pelaksanaan itu.

“Jika tidak kami (pengusaha) tidak akan sokong pelaksanaan itu kerana merugikan pengusaha,” katanya, semalam.

Beliau berkata, sekiranya kerajaan telah mengkaji perkara tersebut dengan melihat kebaikan kepada semua pihak termasuk pemberian komisen itu, maka pihaknya tiada halangan menyokong hasrat kerajaan itu.

“Kami tiada masalah jika kerajaan menggunakan kaedah pengapungan itu, dengan syarat komisen kami juga diapungkan.

“Maknanya komisen diberikan berdasarkan peratusan harga minyak. Apabila harga minyak turun naik, komisen akan ikut trend apungan itu,” katanya.

Jelasnya, komisen yang dipohon sebelum ini adalah sebanyak lapan peratus untuk setiap harga minyak.

“Kami dah hantar permohonan mengenai perkara itu, tetapi belum lagi diberi kelulusan. Harap ia akan disegerakan dan 1 Disember ini, komisen tersebut akan mula dikira mengikut peratusan harga minyak,” katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 10:12 AM | Show all posts
Editor: Adamyan | Diterbitkan pada: 22 November 2014| Kategori: Adamyan,Utama | Add Comment &#187;

Dengan Rafizi Ni Apa Yang Kerajaan Buat Tak Zalim!!

  


MEMBACA kenyataan media ahli parlimen Pondan, Rafizi Raspussy mengenai keputusan kerajaan membatalkan sistem subsidi minyak sedia ada dan menukarkannya dengan mekanisme baru dimana dia menyifatkan tindakan itu sebagai zalim, tidaklah begitu mengejutkan.
Bagi pemuja Anwar Ibrahim sepertinya, apa benda yang kerajaan BN hari ini buat yang tidak zalim pada dia, semua benda pun zalim. Jangan kalau Anwar, DNA asal sperma jumpa 4cm dalam rektum Saiful pun, dia kata Anwar ni manusia paling mulia dalam dunia.

Pendek kata, ini hanyalah kenyataan politik semata-mata.

Walhal, penarikan subsidi itu tidak membawa kepada kenaikan harga minyak pun, sebaliknya harga minyak akan turun sesuai dengan trend penurunan harga minyak mentah dunia sekarang, itupun nak bising? Naik bising, turun bising, apa yang dia tak bising?

Mungkinlah pada satu ketika bila harga minyak naik, kerajaan akan menggunakan mekanisme lama semula, kita mana tahu tapi yakinlah akan ada mekanisme yang sesuai sebab kerajaan BN ini kerajaan prihatin dan pro rakyat. Tak mungkin kerajaan ini akan menganiaya rakyat sendiri, terutama dari kalangan yang memerlukan.

Rafizi, Anwar dan culai-culainya mungkinlah sedang memerah otak bagaimana nak memanipulasi keputusan kerajaan sekarang, itu sudah pasti. Anwar dah fikir penjara dah, itu kerja Rafizilah nak pusing macam mana, lagipun Anwar hari ini bukan Anwar yang dulu – hidup banyak bergantung kepada orang.

Apa pun penulis nak katakan, ia tidak akan memberi kesan kerana bila Disember nanti, bila mekanisme baru ini dilancarkan, harga minyak yang terpampang dipam akan menunjukkan penurunan. Bila itu berlaku, ingat ada ke lagi orang yang nak peduli pasal Rafizi lagi?

Rafizi sepatutnya menggunakan kesempatan harga minyak rendah DIsember nanti untuk melihat harga barangan, sama ada ia turun atau tidak. Jika masih lagi tinggi, bukan lagi salah kerajaan kerana harga minyak dah turun. Dulu kata harga barang naik sebab minyak naik, logik sama harga barang patut turun bila minyak turun.

Ini bukan logik kita, tapi mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2014 10:26 AM | Show all posts
Apa pun alasan yang kerajaan bagi tetap cuma alasan. Realitinya, kerajaan memang zalim...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 1.095898 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list