CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3243|Reply: 2

Kekasih Michael Phelps [perenang dunia] dilahirkan sebagai Lelaki

[Copy link]
Post time 22-11-2014 03:01 PM | Show all posts |Read mode
Teman wanita kepada pemenang Olimpik dan perenang Michael Phelps telah membuat kejutan apabila dia mendedahkan bahawa dia dilahirkan sebagai seorang lelaki.



Memetik laporan Daily Mail, Taylor Lianne Chandler dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook miliknya berkata, dia telah dinamakan sebagai David Roy Fitch ketika dilahirkan dan merupakan interseks yang bermakna dia mempunyai kemaluan lelaki, tetapi tanpa testikel dan juga uterus, tanpa ovari.

Disebabkan itu, dia telah mendapatkan rawatan untuk menghalang testeron ketika remaja dan menukarkan namanya, kemudian ketika berusia sekitar 20-an, Chandler telah melakukan pembedahan untuk membuang kemaluan lelakinya.

"Saya tidak pernah menjadi lelaki, mahu pun hidup sebagai seorang lelaki. Tiada siapa yang boleh mengatakan mereka tahu saya adalah lelaki atau tampil dengan foto saya," ujarnya.

Chandler, 41, turut berkongsi awal perkenalannya dengan Phelps dan mendakwa mereka berdua serasi selepas berkenalan menerusi aplikasi Tinder.

"Menghabiskan masa bersamanya adalah seperti bercinta ketika zaman remaja. Saya tidak pernah rasa selesa dan diterima seperti saya bersamanya," tambahnya lagi.

Bagaimanapun wanita berkenaan turut merasakan perenang berusia 29 tahun itu mungkin akan meninggalkannya selepas dia mendedahkan perkara sebenar.

"Saya mungkin akan kehilangannya kerana dia adalah satu 'jenama' dimana kumpulannya cuba lindungi, lebih-lebih lagi selepas dia dimasukkan ke pusat pemulihan. Saya sedar hubungan kami mungkin bukan satu perkara yang baik," katanya.

Phelps telah dimasukkan ke pusat pemulihan beberapa hari selepas dia ditahan kerana memandu di bawah pengaruh bahan terlarang pada 30 September lalu di Baltimore, Maryland.

Perenang Olimpik dengan 22 pingat ini kini telah digantung selama enam bulan daripada berenang selepas ditahan pihak berkuasa.

-kakigosip.com




Last edited by Mary_jane on 22-11-2014 03:00 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2014 04:53 PM | Show all posts
Hmm..41 - 29 = ?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 03:12 AM From the mobile phone | Show all posts
khunsa la ye..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:12 PM GMT+8 , Processed in 0.059898 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list