CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5768|Reply: 38

[Dunia] Buat Majlis Perceraian Selepas Tahu Kahwin Suami Orang

[Copy link]
Post time 23-11-2014 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Pasangan suami isteri lengkap berpakaian moden pengantin memotong kek sebagai tanda simbolik mereka sudah bercerai secara rasmi pada satu majlis perceraian di China baru-baru ini.

BEIJING – Biasa kita dengar ialah majlis pertunangan dan majlis perkahwinan dibuat secara besar-besaran meraikan pasangan bercinta diikat dan kemudian disatukan namun bagaimana pula majlis perceraian disambut besar-besaran untuk yang mahu berpisah.

Seorang isteri di China mungkin mencipta sejarah tersendiri yang pasti tidak tergamak dilakukan oleh golongan Hawa lain di seluruh dunia apabila sanggup menganjurkan majlis perceraian penuh istimewa bagi meraikan perpisahan dia dengan suaminya itu.

Akhbar tempatan berbahasa Inggeris terkenal di sini China Daily hari ini melaporkan, wanita tidak didedahkan identitinya itu melakukan upacara secara penuh gilang-gemilang tersebut di bandar raya Wenzhou, wilayah Zhejiang, timur China baru-baru ini.

Sambil memakai gaun pengantin berwarna putih krim manakala suaminya lengkap sut tuxedo gelap, pasangan itu melafazkan perceraian sebelum disusuli upacara bertukar-tukar cincin, membuka penutup sebiji botol minuman keras dan memotong kek perpisahan.

Majlis serba ringkas itu turut disaksikan tiga orang rakan mereka dan akhbar tersebut mendedahkan, wanita berkenaan tidak tahu yang dia berkahwin dengan suami orang sejak zaman percintaan lagi lantas berasa amat kecewa apabila dipermainkan lelaki itu.

Katanya, dia hanya tahu mengenai cerita sebenar apabila dibongkar sendiri oleh isteri lelaki tersebut dan pasangan itu diminta bercerai apabila suaminya diberi kata dua oleh ‘madunya’ sama ada mahu memilih dia atau wanita yang pertama berkenaan.

Lelaki itu akhirnya memilih isteri pertamanya dan bersetuju meninggalkan wanita tersebut dengan mengadakan upacara khas perceraian kerana pasangan berkenaan mungkin tidak setuju dengan konsep poligami selain tentu berasa ditipu hidup-hidup. – Agensi

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2014 01:37 AM | Show all posts
pernah dengar psl divorce party tp nih la first time kedua2 pasangan menyambutnya bersama2 dlm satu majlis.
btw tertarik dgn betapa kreatip nya kek perceraian





Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 02:39 AM | Show all posts
Bercerai cara baik. Good!
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 03:15 AM | Show all posts
macam embarrassing je.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 03:17 AM | Show all posts
Amicably.

...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 04:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Matangnya. Lgsg xde adegan tarik rambut
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2014 09:41 AM | Show all posts
Kasihan pompuan ni di tipu oleh lelaki ni...but i salute her for being civil...kalau i..dah ketuk kepala lelaki tu dengan kuali..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 09:41 AM | Show all posts
wahhh...takde cter sedih2. cerai ngn aman.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2014 10:22 AM | Show all posts
Laki tu nampak tension je. Perempuan tu senyum gembira.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 11:58 AM | Show all posts
China Darul Cerai
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 11:59 AM | Show all posts
laki tu mungkin sudah diugut sampai setuju nak wat majlis ni..hahaha padan muker!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 12:12 PM | Show all posts
dani-rox posted on 23-11-2014 01:37 AM
pernah dengar psl divorce party tp nih la first time kedua2 pasangan menyambutnya bersama2 dlm satu  ...

yang ni best




Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 12:17 PM | Show all posts
lagi gambar untuk majlis tu










Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
dani-rox posted on 23-11-2014 01:37 AM
pernah dengar psl divorce party tp nih la first time kedua2 pasangan menyambutnya bersama2 dlm satu  ...

Aku igt kek pkahwinan je ada rupanya kek peceraian pun ada..cntik2 kek nih tp aku xlalu nk mkn...haaaahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 12:26 PM | Show all posts
jgn buat kek pengantin pmpn potong totei pengantin laki sudah..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 12:35 PM | Show all posts
lagi gambar





The man, only told to wear a bow tie, did not know about the arrangement until he was brought to the site by friends.

She had decided to move on with her life and continue graduate studies in Beijing after the ceremony. Hopefully the unconventional ceremony has helped her find some closure.
salute kat perempuan ni
takde nak bunuh2 diri



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2014 12:56 PM | Show all posts
kos majlis sapa yang tanggung... ?



Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 01:05 PM | Show all posts
kapir nee...kapir nee kan?... yang mengamalkan budaya serta anjuran agama UMMAH melayu kita........kau kuterima dengan baik,  kau ku lepas kan juga dgn baik....... Hence, the majlis perpisahan........

NOOR...ANYAK......lu orang ada buat camnee tak?














Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 04:49 PM | Show all posts
kenarihitam posted on 23-11-2014 12:17 PM
Aku igt kek pkahwinan je ada rupanya kek peceraian pun ada..cntik2 kek nih tp aku xlalu nk mkn...h ...

selalunya kek mcm nih lebih utk perhiasan jah... sekadar memeriahkan majlis gituhh. sedap tak sedap belakang kira
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 04:51 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 23-11-2014 12:35 PM
lagi gambar

bagus nya lelaki nih... w/pon surprise divorce party, dia cool jah dan hormat keputusan ex wife nya ittew.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.143333 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list