CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1348|Reply: 6

[Dunia] Letupan Gas Bocor Gegarkan London

[Copy link]
Post time 23-11-2014 01:33 PM | Show all posts |Read mode

Letupan akibat kebocoran gas di Hotel Hyatt Regency Churchill di London mengakibatkan kira-kira 14 orang cedera.

LONDON – Letupan di bahagian bawah tanah dipercayai berpunca akibat kebocoran gas  beratus-ratus pelanggang Hotel Hyatt Regency Churchill di sini dikerahkan supaya meninggalkan bangunan itu, lewat malam Sabtu.


Pasukan perkhidmatan kecemasan yang bergegas ke tempat kejadian memaklumkan, sekurang-kurangnya 14 mengalami kecederaan.

Portal berita Wall Street Journal melaporkan, kesemua mangsa dibawa ke hospital selepas letupan berkenaan menyebabkan kerosakan teruk di bahagian bawah tanah dan tingkat bawah.

“Kira-kira 400 orang dibawa keluar dari hotel di Berkeley Mews itu selepas letupan menyebabkan kerosakan besar pada tingkat bawah bangunan itu,” demikian menurut pasukan bomba di bandar raya ini.

Susulan kejadian itu, pelanggan yang tidak mengalami sebarang kecederaaan ditempatkan di hotel berhampiran.

Menurut laporan itu, enam jentera bomba bersama 35 anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengendalikan situasi tersebut dan punca sebenar kejadian masih lagi disiasat.

Ketika ini, pihak bomba juga sedang menilai kerosakan yang dialami bangunan berkenaan. - mStar online


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2014 01:55 PM | Show all posts
Apo nak dikato
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 02:12 PM | Show all posts
LONDON – Letupan di bahagian bawah tanah dipercayai berpunca akibat kebocoran gas  beratus-ratus pelanggang Hotel Hyatt Regency Churchill di sini dikerahkan supaya meninggalkan bangunan itu, lewat malam Sabtu.


Orang ganu rupenye reporter ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 03:04 PM | Show all posts
Letupan ni setiap beberapa tahun sekali berlaku. Paip gas tu dah lama sangat. Tapi sekarang ni dia orang tengah giat ganti baru.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
slyfynx posted on 23-11-2014 02:12 PM
Orang ganu rupenye reporter ni

Hahaha yg ni lawak
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 05:12 PM | Show all posts
slyfynx posted on 23-11-2014 02:12 PM
Orang ganu rupenye reporter ni

hahaha.. check daerah mne ek reporter ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2014 07:14 PM | Show all posts
Hahaha....kelakar baca komen reporter org ganu.gelak besar I
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:40 AM GMT+8 , Processed in 0.064437 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list