CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3828|Reply: 24

[Dunia] Beg Beroda Bakal Diharamkan Kerana Bunyi Bising!!

[Copy link]
Post time 23-11-2014 02:02 PM | Show all posts |Read mode
VENICE – Sejak bertahun-tahun, Venice terpaksa bergelut dengan peningkatan paras air yang boleh mengancam keindahan seni bina bangunannya, namun kini ia berdepan satu lagi ancaman baru iaitu beg bagasi beroda.


Disebabkan bunyi beg berkenaan ketika ia ditarik, maka pihak berkuasa bandar telah membuat peraturan baru iaitu sesiapa yang ditangkap menggunakan beg beroda akan didenda hingga 500 euro.


Ini kerana bunyi bising dari roda beg tersebut dikatakan menyebabkan ketidakselesaan yang serius.


Pada masa sama, pihak berkuasa juga bimbang dengan lantai marmar dan baru bersejarah sepanjang jalan berkenaan.
Peraturan itu adalah idea Pesuruhjaya Bandar , Victor Zapparlorto, demikian menurut akhbar Il Messaggero.


Langkah berkenaan dijangka berkuatkuasa pada bulan Mei 2015. Ia bakal menyebabkan 22 juta pengunjung ke bandar berkenaan setiap tahun `pening kepala’ memikirkan cara membawa barang selepas tarikh berkenaan.


Sementara bagi penduduk tempatan pula, ia merupakan satu kelegaan kerana mereka terpaksa menahan bunyi bising ketika beg beroda itu diseret melepasi tingkap rumah mereka.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2014 02:59 PM | Show all posts
Mcm tu para pelancong pakat masuk brg2 dlm guni pastu heret je. Btw, penduduk venice smua kena migraine ke smpai alah pd bunyi.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 03:07 PM | Show all posts
aku lebih selesa bawa beg beroda. yalah dengan berat lebih 20 kg, takkan nak bimbit sepanjang perjalanan.
gelinya aku kat venice bila hari hujan. yuck!
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 03:17 PM From the mobile phone | Show all posts
jgn bandar2 lain di europe tiru sudah. tokleh ku bayang kalo london paris buat larangan serupa

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 03:18 PM | Show all posts
pandai2 lah sape nk ke venice nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 03:25 PM | Show all posts
perkhidmatan bawa bagasi. boleh jugak orang2 venice buat duit.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-11-2014 04:27 PM | Show all posts
Teringat aku member cerita dgr bunyik beg beroda depan bilik hotel kol 3pg...
Entah manusia entah tidak....ingatkan sebab tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 04:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Abis tu nak junjung beg ke?

Tudiaaaaaa....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2014 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
LOL... kesiannye beg beroda pn xleh..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 04:45 PM | Show all posts
Hangkut backpack je lah kalau nak gi Venice
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 05:43 PM | Show all posts
kat venice yang buat beg beroda bising adalah lorong lorong dan jalan laluan dia tu... kalau smooth semua, ok jer. Dah la kenderaan tak boleh sampai kat most of the place.
ni nak lakukan bzness gondola yg mahal gila yu ker? atau bagi bzness kat tukang angkat bag?

sapa kesana dicadangkan bawak bag yang boleh digalas jer..senang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 05:56 PM | Show all posts
buat adapter la. nak senyap kena tayar getah isi angin yang besar sikit. buat cradle yang pakai tayar tu, letak beg atas cradle, tarik cradle. idea bisnes ni.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke paving dia guna cobble stones. ..mmg bisingla...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 06:09 PM | Show all posts
noor2 posted on 23-11-2014 02:03 PM
Bukan ke paving dia guna cobble stones. ..mmg bisingla...

tu satu hal, jambatan dan anak tangga pun banyak.. memang tak sesuai pun guna trolley bag..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
kelana36 posted on 23-11-2014 06:09 PM
tu satu hal, jambatan dan anak tangga pun banyak.. memang tak sesuai pun guna trolley bag..

Rough surfaces + tangga memang mengundang bunyi bisinglah...tambah2 situ tempat tarikan utama pelancong...

Payah juga nk bawak bag sandang yg berat...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 06:58 PM | Show all posts
nampaknya kalo nak melancong ke venice, terpaksa ai packing light2 atau mempunyai kekuatan wonder woman

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2014 07:29 PM | Show all posts

Tourists beware, convenient luggage may cost you in Venice. (Reuters/Luke MacGregor)



Wheelies are ruining Venetian streets, officials say
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 07:30 PM | Show all posts
Nasib baik aku backpack galas beg sahaja tak tarik roda
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 07:37 PM | Show all posts
dani-rox posted on 23-11-2014 06:58 PM
nampaknya kalo nak melancong ke venice, terpaksa ai packing light2 atau mempunyai kekuatan wonder wo ...

Women, u rock.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 09:14 PM | Show all posts
dani-rox posted on 23-11-2014 05:58 AM
nampaknya kalo nak melancong ke venice, terpaksa ai packing light2 atau mempunyai kekuatan wonder wo ...

Backpack kan ada, Backpack beroda pun ada, masa kat Venice sandang, tempat lain boleh tarik.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:58 AM GMT+8 , Processed in 0.262019 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list