CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: FanTasyCreaTioN

[Tempatan] Semua UPDATE di kumpul kat page 1: Letupan lombong arang batu di Sarawak

[Copy link]
Post time 24-11-2014 05:24 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 23-11-2014 11:40 PM
masih muda2 uols

Herm adakah diaorng ni mangsa slave labor mcm kat qatar jugak

coz tak silap ada perasan post sblmnya, smpi smggu tak makan, minum jer

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2014 05:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Eric.n9 posted on 24-11-2014 05:24 AM
Herm adakah diaorng ni mangsa slave labor mcm kat qatar jugak

coz tak silap ada perasan post sb ...


ada kemungkinan juga. pelarian korea utara ni memang sifatnya mudah dimanipulasi dan jarang memberontak, hasil didikan pemimpin mereka juga.

hikmahnya, pihak berkuasa dah mula terlibat. kalau ada unsur-unsur pemerdagangan manusia di sini, habislah pemilik lombong ni.
Last edited by awanearisu on 24-11-2014 06:01 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2014 07:52 AM | Show all posts
awanearisu posted on 24-11-2014 05:59 AM
ada kemungkinan juga. pelarian korea utara ni memang sifatnya mudah dimanipulasi dan jarang memb ...


Hisham menunjukkan lokasi letupan dipercayai bermula, pada sidang media di Kuching, semalam.


KUCHING: Lombong arang batu di Selantik, Pantu, Sri Aman diarah untuk ditutup buat sementara waktu sehingga siasatan pihak bomba selesai.


Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak Nor Hisham Mohammad, tindakan itu diambil sebagai langkah keselamatan setelah mengambil kira masih ada kehadiran gas metana yang boleh mengakibatkan letupan di terowong bawah tanah tersebut.


Katanya bomba akan menyiasat serta mendapatkan pengesahan daripada pemilik syarikat itu mengenai kaedah digunakan untuk mengurangkan kehadiran gas metana selain melakukan semakan ke atas pendawaian elektrik.


Selagi tidak dapat pengesahan ini, kami akan gunakan kuasa kami untuk seal (tutup) lombong itu namun saya difahamkan, pemilik pada masa ini masih di luar negeri dan kami akan tahan dulu (operasi).


“Selepas dia ambil tindakan lanjut, kami akan uji balik gas dan kalau okey, kami akan lepaskan semula lombong itu tetapi dalam tiga hari pertama ini kami akan tutup dulu,” katanya pada sidang media di Pusat Gerakan Operasi Bomba Negeri di sini, semalam.


Hadir sama, Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Farhan Sufyan Borhan.


Hisham memberitahu, langkah itu terpaksa diambil berikutan ada cubaan pekerja syarikat itu untuk menghidupkan pam air dalam terowong tersebut.


“Kami khuatir terowong itu akan terus menghasilkan gas metana, selain turut mengesan kehadiran karbon dioksida yang boleh mengakibatkan mengantuk dan pada masa sama selepas letupan semalam, kami tidak dapat pastikan sama ada pendawaian untuk pam air dan penyedut udara terbakar atau tidak.


“Kalau ada cubaan untuk menghidupkan alat-alat ini, kemungkinan akan berlaku percikan tambahan pula dengan kehadiran gas metana yang ideal untuk mengakibatkan percikan dan seterusnya letupan sehingga membabitkan lebih ramai mangsa,” jelasnya.


Justeru bagi memastikan tidak ada sesiapa yang memasuki lombong itu katanya, beberapa anggota bomba dan polis diarah mengawasi kawasan tersebut secara bergilir-gilir.


Beliau menambah, pasukan penyiasat yang terdiri daripada tiga anggota menyambung kembali siasatan dengan memberi penumpuan kepada maklumat keadaan dalam terowong serta bagi memastikan susun atur peralatan yang boleh mencetuskan letupan.


Mengenai perkembangan pelombong-pelombong yang cedera, beliau mendedahkan seorang mangsa dari Hospital Sri Aman telah dipindahkan ke Hospital Umum Sarawak, menggunakan unit udara JBPM, selain memindahkan dua mangsa dari Pusat Perubatan Borneo ke Hospital Sibu.


Manakala hari ini, tiga mangsa yang berada di HUS dijadual dibawa ke Hospital Queen Elizabeth 2 dan turut difahamkan, mereka yang dipindahkan itu menerima rawatan dalam Unit Rawatan Rapi (ICU).


“Kami telah bermesyuarat dengan pihak HUS dan mengambil keputusan untuk memindahkan mereka menggunakan logistik kami, unit udara setelah mengambil kira kapasiti HUS yang belum mencukupi untuk menampung pesakit, serta untuk memberi keselesaan kepada pesakit,” katanya sambil menambah pihaknya dijangka turut memerlukan bantuan unit udara tentera untuk tujuan itu.


Insiden itu yang berlaku antara jam 9 pagi hingga 10.30 pagi meragut nyawa tiga pekerja asing iaitu Kardianto, 38, dari Indonesia, Tun Tun Min, 36, dari Myanmar dan Pang Ching Nyok, 29, dari Korea Utara serta mencederakan 30 orang dengan 20 daripadanya cedera parah.


Ketika kejadian seramai 33 pekerja yang dipecahkan kepada empat kumpulan, sedang bekerja di dalam terowong itu dan kesemua mereka berjaya keluar sendiri selepas letusan itu berlaku.


Ini termasuk tiga pekerja yang meninggal dunia. Saya difahamkan, selepas mereka keluar, mereka minum air dan kemudian terus rebah… mungkin pada masa itu organ dalaman telah rosak (akibat gas dan letusan).


“Kami juga telah menghantar pasukan kami masuk sehingga 400 meter ke dalam terowong pada malam tadi (Sabtu) dan mengesahkan, tidak ada mangsa yang terperangkap,” katanya.


Mengikut kewarganegaraan, seramai sembilan pekerja dari Korea Utara cedera dengan lima daripadanya cedera parah, tujuh pekerja Myanmar (seorang parah), dua pekerja Bangladesh (seorang parah), sembilan Indonesia (tiga parah) dan enam pekerja China (dua parah).

Credit To:
http://www.utusanborneo.com.my/content/lombong-arang-batu-meletup-ditutup-untuk-siasatan

                    
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2014 07:53 AM | Show all posts
Eric.n9 posted on 24-11-2014 05:24 AM
Herm adakah diaorng ni mangsa slave labor mcm kat qatar jugak

coz tak silap ada perasan post sb ...

nope..
tak makan .. hanya minum tu
dalam usaha keluar dari korea utara tu


Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 08:06 AM | Show all posts
dauswq posted on 23-11-2014 04:59 PM
camne buruh korea utara boleh ade kt malaysia?

kita ade attachment dgn negara ni ker? bkn rkyt n ...

ai pun terkejut jugak masa baca kt stars semalam. north korea? camno leh terlepas? malaysia ni dah lubuk pendtg asing tanpa izin dah.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2014 08:17 AM | Show all posts
JDT posted on 24-11-2014 01:08 AM
Kesian...semuga road to recovery tidak terlalu sukar bagi mereka. Semuga mereka dan petugas kesihata ...



moga yang kritikal tu beransur sembuh hari ni

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2014 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 24-11-2014 08:17 AM
moga yang kritikal tu beransur sembuh hari ni

Auk....sian sidak iya, jauh2 datang ngecharik rezeki utk famili sidak..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 09:13 AM | Show all posts
walau siapa pon mereka...aku harap...yg boleh sembuh dpt cepat sembuh...
pelbagai rintangan diorg kena lalui nak cari rezeki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2014 09:29 AM | Show all posts
xtahumenahu posted on 24-11-2014 09:13 AM
walau siapa pon mereka...aku harap...yg boleh sembuh dpt cepat sembuh...
pelbagai rintangan diorg k ...

tgk berita tv3 smlm, ader yg cakap mau pulang...tak mo keja situ dah

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 09:38 AM | Show all posts
Vellfire posted on 24-11-2014 09:29 AM
tgk berita tv3 smlm, ader yg cakap mau pulang...tak mo keja situ dah

yer kerr?sedih nyaaa...
aku xtau lah...tapi kekadang sedih tgk pendatang2 nih...
gi kije bawak bekal...jalan berbatu2 nak g pasar murah...
kerja plak long hours...family xde utk support...



yerr...aku tau...org kita pon ada yg lagi susah...ni apa yg aku terdetik je


Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 09:41 AM | Show all posts
xtahumenahu posted on 24-11-2014 09:38 AM
yer kerr?sedih nyaaa...
aku xtau lah...tapi kekadang sedih tgk pendatang2 nih...
gi kije bawak b ...

gaji seribu lebih jer sebulan... tapi keja bahaya giler
hmmm mau ke orang tempatan keja mcm ni?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 09:48 AM | Show all posts
Vellfire posted on 24-11-2014 09:41 AM
gaji seribu lebih jer sebulan... tapi keja bahaya giler
hmmm mau ke orang tempatan keja mcm ni?

tu lah pasalnyerr
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 11:21 AM | Show all posts
Pekerja mcm tak diberi baju yang kalis api. Mcm pakai baju biasa je.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2014 11:30 AM | Show all posts
dani-rox posted on 24-11-2014 12:01 AM
Kesian kann... Mcm mana lah agaknya famili derang terima berita buruk nih

kalau ...
ader dokumen penuh ..
kalau yang datang menyeludup .. lagi kesian ....



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2014 11:57 AM | Show all posts
JDT posted on 24-11-2014 08:50 AM
Auk....sian sidak iya, jauh2 datang ngecharik rezeki utk famili sidak..

mena ba
sik kira sapa cdak nya
kesian nangga
kita mun kenak minyak skit masa masak pun terasa pedih
apa gik .....



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2014 11:59 AM | Show all posts
kluangman posted on 24-11-2014 11:21 AM
Pekerja mcm tak diberi baju yang kalis api. Mcm pakai baju biasa je.

bila terjadi kes2 macam ni
baru timbul benda2 patut dan tak sepatut nya kan
lama .... bila dah reda ..mula balik

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-11-2014 12:02 PM | Show all posts
xtahumenahu posted on 24-11-2014 09:13 AM
walau siapa pon mereka...aku harap...yg boleh sembuh dpt cepat sembuh...
pelbagai rintangan diorg k ...

Takziah untuk yang meninggal ..
moga keluarga dier rang dapat pampasan yang sepatut nya
mungkin dier rang jer sumber rezeki ..........




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2014 12:07 PM | Show all posts
Vellfire posted on 24-11-2014 09:29 AM
tgk berita tv3 smlm, ader yg cakap mau pulang...tak mo keja situ dah

mesti trauma deng
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2014 12:16 PM | Show all posts
dani-rox posted on 24-11-2014 12:01 AM
Kesian kann... Mcm mana lah agaknya famili derang terima berita buruk nih




KUCHING – Seorang penyelamat yang bertugas di lombong arang batu Selantik menggambarkan beliau seolah-olah ‘masuk kubur’ dan ia mengingatkannya tentang terowong dibina oleh Viet Cong.

“Semakin masuk ke dalam, ia semakin sempit. Apabila anda masuk, anda boleh berjalan tegak tetapi hanya puluhan meter, selepas itu terowong mula semakin tertutup. Anda perlu membongkok, kemudian merangkak, ” kata Kana Tawi, 27, yang merupakan salah seorang anggota Pasukan Unit Bahan Berbahaya  (Hazmat) yang dihantar selepas berlakunya letupan pada Sabtu.

“Ia membuatkan saya berfikir tentang terowong yang digali oleh Viet Cong sebagai tempat persembunyian. Saya melihat gambar-gambarnya di Discovery Channel. Pada malam itu, saya rasa seperti saya berada di tempat yang sama, “katanya.

Kana berkata rangkaian terowong adalah rumit dengan bahagian yang menyerupai tempat makan, dihubungkan melalui laluan sempit.

“Ia seperti yang masuk ke kubur,” katanya kepada The Star, Ahad. Pasukan Hazmat telah dihantar ke sana untuk menilai keselamatan sebelum penyiasat forensik boleh masuk ke dalamnya.

Pasukan itu membuat keputusan untuk menutup tempat itu pada masa sekarang, yang bermaksud tidak ada orang lain yang akan melihat kesan dan akibat daripada letupan.

Tahap metana adalah terlalu tinggi. Kami terpaksa keluar setelah menjelajah selama satu jam,” kata Kana.

“Kami hanya boleh lalu dalam jarak beberapa ratus meter.”

Gambar tapak letupan itu juga masih tiada kerana ‘flash kamera adalah berbahaya untuk udara’ katanya, sambil menambah tugas mereka adalah untuk memerhati dan menilai tahap keselamatan.

Kana berkata bahagian tepi terowong telah disokong oleh papan, manakala kepingan logam di bahagian atas.

“Terdapat bar keluli yang menegak untuk memastikan terowong utuh.

“Ia tersangat licin dan tanahnya berlumpur,” katanya.

Ahli pasukan memakai gear keselamatan dengan berat kira-kira 30 kg yang terdiri daripada sut kalis-letupan, but berat, topeng muka penuh dan pengesan gas berbahaya.

“Ketua pasukan kami juga membawa pengesan yang lebih khusus,” kata Kana.

“Selepas setiap 50m, kami akan berhenti untuk mengukur udara.”

Ditanya sama ada beliau bimbang ketika melalui perjalanan 130km ke lombong itu, Kana berkata pada suatu ketika dia merasa seperti mahu muntah ketika berada di dalam trak Hazmat.

“Tetapi apabila sampai ke sana, anda hanya perlu percaya dengan peralatan anda. Jika tidak, anda tidak mempunyai keyakinan untuk berkerja. ”

Kana berkata pelombong boleh bekerja dalam keadaan yang sukar.

“Tidak ada lampu. Tempatnya basah dan sempit. Kami terpaksa bergerak seorang.

“Kami mengesan abu, mungkin disebabkan oleh letupan di bahagian yang lebih dalam.”

“Saya berasa sedih untuk pelombong mati,” kata Kana.

Pasukan itu masuk pada pukul 8 malam hari Sabtu, kira-kira 12 jam selepas letupan itu dipercayai telah berlaku.
Hujan malam tadi merumitkan keadaan kerana bahagian rendah terowong telah banjir, lapor mStar.



Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 12:20 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 24-11-2014 12:02 PM
Takziah untuk yang meninggal ..
moga keluarga dier rang dapat pampasan yang sepatut nya
mungkin  ...

kalau bekerja without permit..boleh dpt pampasan ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.444761 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list