CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5139|Reply: 66

[Tempatan] Kerana rumah nak tergadai anak jadi korban

[Copy link]
Post time 23-11-2014 09:27 PM | Show all posts |Read mode
Kerana rumah nak tergadai anak jadi korban
23 November 2014 8:18 PM


0 0 Google +0


“SAYA amat tertarik dengan cerita Ayu Raudah dua minggu lalu tentang bab suaminya KDin yang terlalu berkira untuk berbelanja walaupun untuk beri makan minum anak-anaknya. Sebab saya juga menghadapi masalah yang sama, malah lebih teruk lagi,’’ Itu cerita Kartina dalam e-melnya.



“Suami saya Jeff juga terlalu berkira bukan sahaja bab beli barang makan malah untuk beli perabut rumah pun dia tak suka. Ketika awal berkahwin dulu dia tak mahu beli perabut alasannya buat apa membazir, nanti kalau pindah ke rumah lebih besar, semua benda itu akan dibuang sahaja sebab dah tak sesuai. Yang saya ni percayalah. Ikut nasihat dia.


“Tapi bila dah mengandung saya tak larat duduk bersimpuh atas lantai, jadi saya ajak dia beli set kerusi meja, beli yang murah saja, asalkan dapat duduk sudah cukup. Dia setuju tetapi dia tak beli, kerana dia tak mahu membazir. Jadi sayalah kena beli. Kemudian saya beli peti sejuk kecil kerana kadangkala rumah kami sering didatangi tetamu, maka benda-benda itu menjadi keperluan terutama untuk menyimpan ikan sayur dan sebagainya.


“Bila hari raya saya beli pula set meja makan. Hutang lagi, sebab saya tak ada duit tunai dalam tangan. Jeff tak setuju katanya bukan ramai orang datang rumah beraya. Memang betul, tetapi nak tunggu bila? Ketika itu anak sudah lahir takkan nak makan atas lantai lagi. Lainlah kalau zaman dulu itu semua tak jadi masalah.


“Bila hutang bertambah banyak, tentulah saya kesempitan duit, tambah-tambah dah ada anak. Saya minta bantuan Jeff beri saya duit setiap bulan untuk keperluan makan minum kami juga, lebih penting susu anak. Tetapi dia cuma belikan susu anak dan lampin pakai buang. Bab lain dia tak mahu ambil tahu, katanya kerana saya pandai berhutang, sayalah kena bayar. Saya terpaksa sabar sebab memang salah saya pun.


“Bila anak bertambah belanja hidup tentulah bertambah, tapi Jeff tetap dengan hal dia. Bila tiba Hari Raya, saya pening. Sebab Jeff diberi tanggungjawab membeli daging bukan dua, tiga kilo, tapi enam kilo dan lima ekor ayam. Bukan setakat itu Jeff mesti sediakan semua bahan membuat dua jenis masakan rendang daging dan ayam masak kari.


“Peraturan telah disediakan oleh kakak Jeff sama ada kami balik atau tidak, tetapi benda-benda itu mesti disediakan. Pendek cerita Jeff mesti hantar duit kepada emaknya untuk dua jenis hidangan. Duit tersebut lain daripada duit yang Jeff hantar setiap bulan. Adik-beradik Jeff tujuh orang. Tapi anak-anak buahnya ramai sebab Jeff anak keenam. Pendek kata kalau hari raya memang penuh rumah emaknya.


“Kalau Jeff bagi duit dia sendiri saya tak peduli, itu memang tugas dia anak lelaki, masalahnya Jeff memanjang tak cukup duit dia mesti minta saya top-up RM300. Habis tu hutang saya yang tersedia macam mana? Siapa nak bayar? Bila hari raya saya hendak beri emak saya duit untuk belanja raya, walaupun emak tak pernah minta. Tetapi salahkah saya beri emak saya duit raya jika emak Jeff pun saya terpaksa beri?




bersambung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-11-2014 09:29 PM | Show all posts
“Masa mula-mula kahwin bolehlah saya bantu, tetapi bila anak dah bertambah dua, Jeff kenalah fikir. Tetapi masalahnya kalau saya tak beri, Jeff melenting. Mulalah buat muka macam kena cuka tumpah menconcong, serba tak kena. Anak datang dekat dia boleh mengamuk membelasah anak yang masih kecil.

“Bila anak bertambah tentu rezeki turut bertambah dan sudah pasti gaji Jeff naik setiap tahun, tetapi Jeff tetap macam biasa. Kedekutnya kalahkan ‘Haji Bakhil’. Satu hari saya tanya macam mana rancangannya nak beli rumah, takkan nak menyewa sepanjang hayat. Katanya dia perlu simpan duit lagi. Paling kurang untuk 10 peratus duit muka. Bila saya tanya berapa banyak yang telah terkumpul, katanya tak sampai RM2,000.

“Terkejut saya. Kahwin dah lapan tahun, anak dah tiga, simpanan tak sampai RM5,000. Kalau saya kira dengan jumlah gajinya, dan perbelanjaannya sudah pasti dia boleh simpan lebih RM8,000. Sebab saya yang terbeban dengan hutang ini pun sudah ada simpanan RM4,000. Tapi saya tak beritahu Jeff. Saya fikir mesti ada yang tak kena dengan gaya perbelanjaan Jeff selama ini. Atau mesti dia berbohong dengan saya tentang simpanannya.

“Kerana sakit hati saya cadangkan supaya kami bertukar perbelanjaan, saya bayar sewa rumah, bil elektrik dan dia ambil tanggungjawab saya. Tapi dia mengelak. Dia tuduh saya tak percayakan dia. Memang pun, tapi saya tak cakap depan dia.

“Saya ambil kesimpulan mungkin dia menghantar duit lebih kepada emaknya. Tetapi emaknya tak selalu duduk kampung, sering berjalan ke rumah anak-anaknya. Nak bertanya dengan kakak ipar, saya segan sebab memang kami tak rapat. Adik-beradik Jeff tak banyak berbual dengan ipar-ipar kecuali dengan adik-beradik mereka sahaja.

Contoh kalau mereka sedang bercakap dan saya melintas dekat mereka. Pasti mereka akan berhenti bercerita. Senyap sunyi seketika. Jadi macam mana saya boleh rapat dengan mereka.

“Nak jadikan cerita satu hari saya terjumpa isteri abang Jeff, kak Zie ketika dia turun membeli-belah di KL, saya ajak ke rumah dia mengelak, katanya dia tunggu abang Jeff cari tempat pakir kereta. Saya jarang bertemu kak Zie sebab dia jarang balik beraya di kampung, kalau balik pun kami berselisih sebab tahun itu pula saya beraya ke kampung saya. Jadi kami jarang bertemu.

“Apa yang menarik, Kak Zie beri tahu dia baru bertukar tempat kerja. Kebetulan dia sepejabat dengan sepupu saya.

Apa lagi saya pun telefon dengan sepupu saya maka terbongkarlah cerita yang paling menarik bahawa mentua saya menghadapi masalah tanah dan rumahnya bakal dilelong oleh bank. Jadi untuk mengelakkan rumah dilelong mentua saya minta semua anaknya bantu untuk tebus daripada bank. Patutlah Jeff sering tak berduit sebab setiap bulan terpaksa bayar ansuran hutang bank.

“Kak Zie tahu cerita itu daripada suaminya, sebab kak Zie control semua duit gaji suaminya. Sebab mereka sudah beli rumah jadi mereka kena tanggung bayaran ansuran bulanan. Suami Kak Zie terpaksa bercerita sebab duit gajinya tak banyak dan dia tak mampu bayar dua hutang. Kerana terlalu marah sebab tu kak Zie jarang balik ke rumah mentua kami sebab dia tak mahu tanggung hutang orang.

“Sebenarnya hutang tersebut bukan hutang emak Jeff, tetapi oleh bekas suami kakak sulung Jeff yang menggadaikan geran dan tanah rumah emaknya untuk buat bisnes. Tetapi menurut ceritanya, bila bisnes dah berjaya, kakak Jeff kena madu, mereka bergaduh dan bercerai. Bila dah bercerai bekas suaminya tak tebus rumah yang digadai. Jadi kerana takut kehilangan rumah dan malu kepada jiran, maka terpaksalah emak Jeff minta bantuan anak-anaknya.

“Memang masalah mereka besar dan adik-beradik Jeff memang baik mahu bantu emak dan kakaknya yang dalam kesusahan. Tetapi yang saya tak boleh faham mengapa Jeff tak mahu berterus terang dengan saya. Mengapa mesti berahsia.

“Begitu juga kepada emak dan adik-beradik Jeff, apa salahnya mereka berunding bersama kami anak menantunya, mengapa mesti berahsia. Perbuatannya memang menimbulkan masalah kepada anak menantu lain. Contoh kak Zie dia bukan sahaja marahkan mentua kami, malah kakak sulung Jeff juga dia tak suka. Katanya mengapa dia mesti tanggung hutang orang sedangkan mereka suami isteri pun susah kerana beli rumah.

“Saya pun sakit hati Jeff melepaskan tanggungjawab keluarga sendiri untuk membantu kakaknya, sedangkan mereka boleh berusaha meminta bekas abang iparnya membayar hutang atau menebus balik rumah yang dia gadaikan kepada bank. Mengapa mesti menyusahkan orang lain? Sedangkan dia hidup senang.

“Pada saya dalam rumah tangga semua masalah susah senang gembira dan air mata mestilah dikongsi bersama. Berterus terang adalah jalan paling baik. Saya sedia membantu keluarga Jeff, tetapi janganlah pinggirkan kami dan anggap kami orang luar. Kesilapan mereka membuat saya merasa Jeff khianati kesetiaan saya kepadanya selama ini.

“Kini kami sudah lapan tahun berkahwin, berapa lama lagi kami mesti tanggung hutang ini? Takkan 15 tahun lagi kami terpaksa berkorban. Kami pun perlu hidup, kalau kak Zie dah beli rumah, kami masih kumpul duit, tak tahu bila hasrat kami akan tercapai. Harga rumah kini semakin hari semakin bertambah mahal.

“Rasanya kalau biarkan saja rumah itu tergadai lebih baik sebab emak Jeff pun jarang duduk di rumah tersebut.

Janganlah kerana sayangkan rumah tersebut kami anak menantu kena hidup susah bertahun-tahun.’’ Itu cerita Kartina tentang masalah yang dihadapinya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.UjdBFuOS.dpuf
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 09:39 PM | Show all posts
kejap lagi mesti berbondong bondong ummah melayu wanita mesia cakap lelaki tu tak guna...tak bertanggungjawab....soklan saya mudah...

yang pompuan ni nak sgt kawen dengan lelaki yang perangai camni kenapa?sebelum kawen pun dah tunjuk perangai..tapi sanggup kawen....maka tanggungla..selayak nye...jangan la pulak nak pergi bagitahu perangai suami tu camtu..dulu kau yang nak kawen lelaki camtu ..sape suruh.....dari dulu lagi saya dah cakap...ini masuk kali ke dua ratus namploh tiga...yang perempuan mmg suka lelaki yang tak de tanggungjawab yang kedekut camni..bila lepas kawen...mereka pulak yang komplen pilihan mereka...ajaib bukan wanita mesia ni
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 09:44 PM | Show all posts
utusang kepelikang tanpa batasang
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
utusan ada segmen drama melayu
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 09:56 PM | Show all posts
baca jelah....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-11-2014 09:57 PM | Show all posts
arasham posted on 23-11-2014 09:56 PM
baca jelah....

baca je?...tak ada komen ke?..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 10:00 PM | Show all posts
malas Cik AN.. benda ni bukan pelik. dah biasa dengar..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2014 10:02 PM | Show all posts
abes bacer ..
satu ja kesimpulan

bila isteri tak tau kelebihan dan hak dia sebagai seoraang isteri .. ini lah jadi nya


Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 10:07 PM | Show all posts
kucingTomey posted on 23-11-2014 09:39 PM
kejap lagi mesti berbondong bondong ummah melayu wanita mesia cakap lelaki tu tak guna...tak bertang ...

dari dulu hang sakit hati ngan perempuan yang ala2 'awak amat baik untuk saya'

dah dah lah..

move on..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 10:08 PM | Show all posts
eh.. yang mention nama ayu raudah tu bukan artis tuh ke?

yang laki dia pemain bola kembar tuh kan.. zakuan ex rita tuh kan?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 10:10 PM | Show all posts
NURMIMIE posted on 23-11-2014 10:07 PM
dari dulu hang sakit hati ngan perempuan yang ala2 'awak amat baik untuk saya'

dah dah lah.. ...

kite move on dah kak mimie...cume saje nak komen artikel tu...kebetulan ..kena pulak tu kan....




awak terlalu baik utk saya....saya taklayak utk awak

awak layak utk sape?

saya layak utk jeff...maafkan saya....

saya tak nak kuar belanja pas kawen nanti...kalau nk kuar..awk kuar sorang

baik jeff.....saya harap awak berubah lepas nikah nanti....insyaallah(getus dalam hati)


2 tahun kawen dan dikurniakan sorang anak....


arini aku kena email bende ni ke utusan...aku dah tak tahan dengan perangai suami pilihan aku dulu








pelik bukan perangai wanita ........ajaib
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2014 10:11 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 23-11-2014 10:02 PM
abes bacer ..
satu ja kesimpulan

bagi abng plak dik...suaminya yg kena pandai..dah tahu ada masalah abang ipar puncanya digadai rumah ibunya..dia patut bincang dgn ibunya yg dia pun ada tangggungjawap sebagai seorang suami dan anak...takkan semuanya nak diletakkan pada isteri..sampai sofa, peti seju, meja pun tak ada...ish...sengkeknya..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
NURMIMIE posted on 23-11-2014 10:07 PM
dari dulu hang sakit hati ngan perempuan yang ala2 'awak amat baik untuk saya'

dah dah lah.. ...

Klu pjg umur, lg 8thun pun kita blh jumpa ayat kucingtomey yg mcm sakit hati tu...

Serupa virus spammer Darsita pulak....

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 10:24 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 23-11-2014 10:11 PM
bagi abng plak dik...suaminya yg kena pandai..dah tahu ada masalah abang ipar puncanya digadai rum ...

sebab tu adik kata

ni la akibat bila seorang isteri tak tau kelebihan dan hak dia sebagai seorang isteri

Jeff juga terlalu berkira bukan sahaja bab beli barang makan
ni dah sah2 salah .. dari awal perkhawinan lagi
makan u wajib suami tanggung

Tapi bila dah mengandung saya tak larat duduk bersimpuh atas lantai, jadi saya ajak dia beli set kerusi meja, beli yang murah saja, asalkan dapat duduk sudah cukup. Dia setuju tetapi dia tak beli, kerana dia tak mahu membazir. Jadi sayalah kena beli.
mengalah lagi ..
sedangkan dah sah2 wajib keatas suami memberi keperluan asas

Anak datang dekat dia boleh mengamuk membelasah anak yang masih kecil.
pun masih tak sedar hak dia sebagai seorang isteri
apatah lagi peranan sebagai seorang ibu?
tengok ja? anak d belasah?

Kerana sakit hati saya cadangkan supaya kami bertukar perbelanjaan, saya bayar sewa rumah, bil elektrik dan dia ambil tanggungjawab saya. Tapi dia mengelak. Dia tuduh saya tak percayakan dia. Memang pun, tapi saya tak cakap depan dia
bertahan lagi?

mengapa ada perempuan seperti ini?




Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 10:32 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 23-11-2014 10:11 PM
bagi abng plak dik...suaminya yg kena pandai..dah tahu ada masalah abang ipar puncanya digadai rum ...
suaminya yg kena pandai..dah tahu ada masalah abang ipar puncanya digadai rumah ibunya..dia patut bincang dgn ibunya yg dia pun ada tangggungjawap sebagai seorang suami dan anak

nak letak salah pada siapa?

100000000% adik letak kat lelaki tu sebab pengecut. takut nak berbincang dengan isteri.

90% adik letak salah kat si ibu. anak dah kawin. menantu tu pun anak juga. bawak2 lah berbincang sama2. anak lelaki jarang menolak permintaan dari ibu .. jangan ambil kesempatan keatas anak lelaaki lebih2 lagi yang dah ada keluarga sendiri.

100% adik letak salah kat si isteri.. kenapa dan mengapa asyik nak mengalah? mengalah takpa kalau bukan keperluan asas. ni makan .. perabut asas pun sendiri beli? kalau si isteri bertegas dan rajin bertanya dan guna kuasa menggoda .. lamer kot dah tau rahsia suami kena hantar duit untuk si emak.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2014 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg aku tau...kak ipar die pandai...tu je..sekian
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2014 10:40 PM | Show all posts
FanTasyCreaTioN posted on 23-11-2014 10:32 PM
nak letak salah pada siapa?

100000000% adik letak kat lelaki tu sebab pengecut. takut nak ber ...

suaminya panas baran dik...isteri plak nak jaga keharmonian rumah tangganya...tu yg dia tahan je..lani baru diluahkan apa yg ada dalam fikiran dia.

ibu mertuanya pun satu..ko ada masalah dgn menantu satu lagi....ko letakkan beban pada anak2 yg lain..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 10:41 PM | Show all posts
kucingkecik posted on 23-11-2014 10:35 PM
Yg aku tau...kak ipar die pandai...tu je..sekian

100 markah  

Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2014 10:42 PM | Show all posts
Ini mesti pekerja utusan miskin mundur punya pengalaman sendiri .
Cuma malu nak ngaku saja. Disiar la macam masalah orang lain . Ayu Raudah konon .Poorah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:37 AM GMT+8 , Processed in 0.722877 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list