CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3173|Reply: 48

[Tempatan] Melayu semakin terpinggir di Kuala Lumpur

[Copy link]
Post time 24-11-2014 02:33 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 23 Nov. – Jurang ekonomi antara Melayu dan bukan Melayu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur merupakan cabaran besar dihadapi orang Melayu, kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Katanya, berdasarkan statistik, orang Melayu masih jauh di belakang kaum lain dalam segala hak pemilikan dan perniagaan di ibu negara.

“Soalnya siapa hendak kita persalahkan? Apabila lesen diberi, dipajakkan atau dijual. Hartanah diberi begitulah juga jadinya,” katanya semasa berucap pada Konvensyen UMNO Wilayah Persekutuan yang dirasmikan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak, di sini hari ini.

Tengku Adnan berkata, 200 tahun dahulu orang Melayu pernah memiliki hampir 100 peratus tanah di Kuala Lumpur, namun jumlah itu kini berkurangan menjadi hanya 21.7 peratus, ekoran sikap orang Melayu sendiri yang menggadai dan menjual tanah kepada bangsa lain.

Selain itu, katanya orang Melayu di Kuala Lumpur juga secara purata menerima gaji antara RM2,000 hingga RM3,000 sahaja sebulan dan menyumbang kepada statistik atau peratusan golongan miskin bandar.

Tengku Adnan, yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, berkata statistik pemilikan rumah juga menunjukkan orang Melayu masih rendah berbanding bangsa lain.

“Bayangkanlah, harga rumah di ibu kota paling rendah kira-kira RM300,000 sedangkan kemampuan untuk Melayu bandar sekitar di bawah RM150,000 sahaja.

“Statistik individu yang memohon rumah sewa dan beli daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pula berjumlah lebih 42,000 orang, dengan 90 peratus terdiri daripada golongan Melayu,” katanya.

Beliau berkata realiti itulah yang terpaksa dihadapi orang Melayu di Kuala Lumpur, ditambah dengan kos sara hidup yang menambah bebanan hidup sehingga ada dalam kalangan mereka terpaksa merempat.

Tengku Adnan, yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata, anggota UMNO Wilayah Persekutuan perlu memainkan peranan membantu dan memastikan segala jurang dan kesempitan hidup orang Melayu di bandar dapat ditangani.

“UMNO Wilayah Persekutuan tidak mahu melihat ada bangsa kita yang hidup merempat dan melarat ... sebaliknya azam UMNO Wilayah Persekutuan amat teguh untuk membawa Melayu bandar keluar daripada garis kemiskinan,” katanya.– BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2014 02:36 PM | Show all posts
Padan lah pun.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 02:37 PM | Show all posts
tabiat org melayu....

i.malas berusaha..
ii.nak dpt kekayaan dgn cara yg mudah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 02:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Selayaknya sis.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 02:41 PM | Show all posts
Perkasa mana??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2014 02:48 PM | Show all posts
minggu ni ada PAU2014 di PWTC so mcm2 la keluar kenyataan, tangisan pasal ketuanan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2014 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Salah Anwar nie bak kata macai
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 03:08 PM | Show all posts
bila saya kata salah melayu sendiri tak pandai, sekolah pun malas jadi miskin bandar...ada plak tak boleh terima hakikat..

Dah jadi miskin bandar duit plak tak pernah cukup..suruh meniaga part time pasar malam ka...ada ja alasanya.

yg senangnya...sementara jadi miskin bandar sampai gol....menyalak kat kerajaan ja lah..kalau tak baring tengah jalan sambil jilat tar panas...tu memang melayu paling hebat..tapi hidupnya tetap macam tu gak..tetap miskin bandar gak..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2014 03:11 PM | Show all posts
Bkn ke hanya kjaan yg ada hak keluarkan lesen, pg lah pantau. Kuasa dh ada pn, gunakanlah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya dapat menghidu bini tua saya akan masuk sini berikan sepatah dua. Korang tunggu ya?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 03:15 PM | Show all posts
mattzzx posted on 24-11-2014 02:41 PM
Perkasa mana??

diaorang turun lambat sikit...lift pprt rosak...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak_Nogori posted on 24-11-2014 03:08 PM
bila saya kata salah melayu sendiri tak pandai, sekolah pun malas jadi miskin bandar...ada plak tak  ...

Uncle tak bimbang bini saya marah ke Uncle cakap macam ini?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 03:19 PM | Show all posts
Tiap kali Ku Nan datang bulan dia mesti reka statistik sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 03:20 PM | Show all posts
Rani kulup mane..rani kulop!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 03:21 PM From the mobile phone | Show all posts
BotakChinPeng posted on 24-11-2014 03:19 PM
Tiap kali Ku Nan datang bulan dia mesti reka statistik sendiri

Tu dia......awak dah muncul.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 03:23 PM | Show all posts
spiderman80 posted on 24-11-2014 03:15 PM
Uncle tak bimbang bini saya marah ke Uncle cakap macam ini?

utk lebih maju....patutnya kena terima kelemahan2 kita...bukan suruk bawah kapet..sampai tua melayu takkan maju2.

macam lesen...berapa ramai melayu dah dapat lesen....ada komplen...DBKL pi serbu..senyap sekejap..lepas tu melayu buat lagik...nak senang...bila kita cakap melayu tak pandai meniaga macam cina macam bangla, macam org siam...marah....aku ada lesen meniaga taw....yg ada lesen meniaga atas nama ko...tapi yg meniaga tu bukannya dia...macam mana boleh melayu ni dabik dada kata pandai meniaga?.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2014 03:28 PM | Show all posts
Tengku adnan  dungu perasan billionaire melatah pun korang layan ka. Bodoh semua Last edited by BotakChinPeng on 24-11-2014 03:37 PM

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 03:31 PM | Show all posts
spiderman80 posted on 24-11-2014 03:14 PM
Saya dapat menghidu bini tua saya akan masuk sini berikan sepatah dua. Korang tunggu ya?

kamu laki bini ni memang hidup harmoni...
tau je kat mana bini kamu berada...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 03:33 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 24-11-2014 03:23 PM
utk lebih maju....patutnya kena terima kelemahan2 kita...bukan suruk bawah kapet..sampai tua melay ...

kelemahan kita ternak lembu dalam kondo. lembu sepatutnya di ternak di ladang ragut rumput bukan kondo. itulah kejahilan melayu kita
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 03:34 PM | Show all posts
Ku Nan dah tua bangka pun tak tau lagi ka kaum mana terpinggir di KL

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 04:09 AM GMT+8 , Processed in 0.112238 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list