CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1962|Reply: 22

[Tempatan] Selangor bentang bajet RM2.42 bilion, jumlah tertinggi dalam sejarah

[Copy link]
Post time 24-11-2014 03:36 PM | Show all posts |Read mode
Selangor bentang bajet RM2.42 bilion, jumlah tertinggi dalam sejarah

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali semasa pembentangan Bajet 2015 di persidangan Dewan Undangan Negeri di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Raiezal
Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menggunakan lebih 90% daripada jumlah RM3.31 bilion rizab negeri bagi Bajet Selangor 2015, bajet tebesar dalam sejarah negeri tersebut.
Azmin semasa pembentangan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor mencadangkan sejumlah RM2.422 bilion untuk bajet kali ini, 53.19% untuk perbelanjaan mengurus dan 56.81% daripadanya diperuntukkan untuk pembangunan.
Namun pembentangan itu menunjukkan bajet defisit apabila kutipan hasil negeri tahun 2015 dianggarkan hanya ‎RM1.97 bilion sahaja, berbanding perbelanjaan RM2.42 bilion.
Pentadbiran menteri besar terdahulu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semasa Bajet 2014 hanya memperuntukkan RM1.8 bilion dan Bajet 2013 sebanyak RM1.63 bilion.
“Kumpulan Wang Disatukan pada 19 November 2014 berjumlah RM3.31 bilion. Jumlah tersebut terdiri daripada aset berbentuk wang tunai RM108.68 juta dan pelaburan sejumlah RM3.2 bilion.
“Kumpulan Wang Disatukan meningkat sebanyak RM400.8 juta kepada RM3.307 bilion iaitu 13.78% berbanding RM2.907 bilion pada 2013,” kata Azmin di DUN Selangor hari ini.
Bertemakan “Pembangunan Berkualiti, Rakyat Dipeduli”, Azmin berkata bajet itu bagi melaksanakan semua rancangan pembangunan kerajaan khususnya program kesejahteraan rakyat.
“Bagi peruntukan mengurus, RM 385 juta adalah bagi emolumen, RM443.5 juta bagi perkhidmatan dan bekalan, dan RM 17.6 juta diperuntukkan kepada pembelian aset.
“Sejumlah RM 426.5 juta pula disediakan untuk pemberian dan kenaan bayaran tetap dan RM 16 juta untuk perbelanjaan lain,” katanya.
Bagi peruntukan pembangunan pula, perbelanjaan tertinggi RM277.3 juta digunakan bagi program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), RM106.6 juta bagi perkhidmatan masyarakat, pembangunan luar bandar, sektor perbandaran dan pembangunan usahawan.
Manakala RM100.2 juta diperuntukkan bagi pembangunan sosial termasuk pendidikan, perumahan, pembangunan belia dan sukan dan pembangunan insan.
“Sejumlah RM48.9 juta akan diperuntukkan bagi pembangunan khas negeri dan RM44.4 juta bagi pengambilan balik tanah.
“Bagi pentadbiran am, sejumlah RM33.8 juta diperuntukkan manakala bagi pembangunan adat Melayu dan warisan serta pelancongan sejumlah RM9.25 juta disediakan,” katanya.
Azmin turut membentangkan enam strategi Bajet 2015, iaitu membesarkan lapisan kelas menengah, menjana pertumbuhan berkualiti, memberdaya ekonomi hawa dan generasi
muda.
Selain itu, pembangunan kejiranan hijau, menjana industri budaya dan intelektual, serta menyemarak ekonomi desa turut digunakan sebagai strategi.‎ TMI


p/s:- Bajet defisit kerajaan Selangor ni mesti ok kot..yg tak boleh bajet defisit Pusat...kan kan kan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2014 03:42 PM | Show all posts
Macai PKR cube melihat daripada segi positif
ahahahha
kelako
padahal yg lebih2 masok poket azmin buat order pondan
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 03:47 PM | Show all posts
at least takde rasuah rumah rm 24 juta cm khir toyo kan?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Kan dah kata....
Orang lain cari duit... yang mengabiskan nko ye azmin....
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 03:52 PM | Show all posts
apa lagi. kuasa dah ade, inilah mase nak menghabiskan dana yang banyak tu
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Proyek masyukkkk... Keh keh keh keh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2014 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Salesman mesidis tompang gumbira
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 04:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Tomok and tebolah srupo nate apoo laa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-11-2014 04:01 PM | Show all posts
robertocarbos posted on 24-11-2014 03:42 PM
Macai PKR cube melihat daripada segi positif
ahahahha
kelako

akai macai mudah dibaca..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2014 04:02 PM | Show all posts
~anya~ posted on 24-11-2014 03:47 PM
Kan dah kata....
Orang lain cari duit... yang mengabiskan nko ye azmin....

kan uncle dah cakap...ni time cina2 yg kasi sponser masa pru13 nak balik duit mereka....masa Khalid Gagap dia kemut...marahlah Ketum..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2014 04:03 PM | Show all posts
lindarafee posted on 24-11-2014 03:52 PM
apa lagi. kuasa dah ade, inilah mase nak menghabiskan dana yang banyak tu

tak pa..demi rakyat katanya.

Pak Seman
Ketua Cabang PKR Greenwood.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2014 04:04 PM | Show all posts
kasibiman posted on 24-11-2014 03:59 PM
Proyek masyukkkk... Keh keh keh keh

kroni yg kaya bertambah kaya..yg melayu masih miskin bando..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 04:06 PM | Show all posts
cuba tanya bekas MB yang kini jadi adun bebas tu , pandangan dia pasal bajet selangor

dan tanya dia kalo dia masih MB selangor apa bajet dia

so bleh kita tgk beza dan ada sesuatu untuk di lihat

takat telan apa di sogok tak sihat gak

tu pasal penting kerajaan bayangan or opposition kabinet dan bajet depa dan polisi depa..patut kene ada

tapi pasai takbuat? dok sibuk kutuk oang lain tu buang masa aje..ko nya mana? kita nak tenguk kendian baru bleh pilih

ni dok berdebat dok pc dok tuduh itu ini polisi oang lain..wat pe?

wartawan mesia ni baik politik or hiburan or hal semasa memang  tahap sampah ler pada aku, pi la tanya soalan berani skit kendian tempek di media sosial

mende ni penting, kalo wartawan esp politik tu seme blajo PSIKOLOJI skit..depa akan tau pasai pa penting?

pasai dengan SOALAN WARTAWAN, politician cam mp adun ni akan terlepas kata or berkata sesuatu yang akan jadi LIABILITY pada jiwaaaaaaaaaa dalam diri depa untuk KONSISTEN dengan apa depa kata or JANJI sebab depa berkata di UMUM, depan orang ramai so depa cannot take back the promise or depa tokleh tarik balik..

kata2 itu cam CONVICTION dalam diri depa push diri depa untuk fulfill the promise..provided kata2 depa tu cukup convincing akan sesuatu isu dan ini cuma boleh di lakukan kalo wartawan bijak bersoal !!

tahap botak mazidul yang tgh sakit tu (harap cepat sembuh) takyah lah..tu kalo stended aku kire masih gagal

ramai dok kaki kipas..last2 jadi jutawan, dapat dato..tu aku meluat ngan mesia tuh banyak plastik jek ptuihh
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak_Nogori posted on 24-11-2014 04:02 PM
kan uncle dah cakap...ni time cina2 yg kasi sponser masa pru13 nak balik duit mereka....masa Khali ...

Dia guna almost 90% of the selangor reserve uncle... vah vah vah vahhh...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau saya MB Selangor, saya akan belikan setiap seorang rakyat negeri saya itu sekotak KFC ayam tiga ketul. At least, semua orang dapat bahagian mereka dengan adil.
Baki wang dana yang ada, saya akan simpan Kat akaun Liang Liang di China.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 10:43 PM | Show all posts
~anya~ posted on 24-11-2014 03:47 PM
Kan dah kata....
Orang lain cari duit... yang mengabiskan nko ye azmin....

batul tu....itu yang meke idamkan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2014 10:44 PM | Show all posts
oreng selangor keno lah soal siAzmin ni...tak kan nak biarkan ajo...dia ingat dio berkuasa...bulih buek suko suko...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Al-Patih posted on 24-11-2014 10:43 PM
batul tu....itu yang meke idamkan....

Sblom jadi MB lagi dia dah atur duit 3 billion itu nak masok tembolok yang mana...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 12:41 AM From the mobile phone | Show all posts
spiderman80 posted on 24-11-2014 06:34 PM
Kalau saya MB Selangor, saya akan belikan setiap seorang rakyat negeri saya itu sekotak KFC ayam tig ...

Pergi saje langgan ehem ehem dan hilangkan keterunaan  dek spider... lagi hokay kak anya rasa...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 01:33 AM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 24-11-2014 07:47 AM
at least takde rasuah rumah rm 24 juta cm khir toyo kan?

Baru sebulan naik kerusi mb tak berani nak memuji takut akhir nanti
jadi sama macam mb selangor yg lain tu. Panas dengan berbagai cerita sensasi akhir nya kena kosongkan kerusi
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.075332 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list