CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1986|Reply: 17

[Tempatan] Perhimpunan Umno dorong rakyat suka atau takut Umno?

 Close [Copy link]
Post time 24-11-2014 03:45 PM | Show all posts |Read mode
        Petanda membimbangkan akar umbi Umno mula condong kepada puak ekstremis apabila pemimpin nombor dua Tan Sri Muhyiddin Yassin memanggil penceramah perhimpunan parti minggu ini untuk memberi amaran kepada mereka agar jangan menghentam kaum dan agama lain.
        Pada ketika rakyat Malaysia bimbang peningkatan inflasi menjelang pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tahun depan, akar umbi Umno membuat keputusan mempertahankan Akta Hasutan dan sama ada menghapuskan sekolah Cina dan Tamil menjadi kebimbangan utama parti itu.
        Justeru, untuk memastikan ahli akar umbi tidak lagi mengapi-apikan ketegangan kaum, Muhyiddin memutuskan lebih baik memanggil dan memberitahu agar memperlahankan retorik mereka.
        Persidangan kali ini sekali lagi akan menjadikan cabaran terhadap Umno tsunami pilihan raya umum 2008.
        Di saat para ahlinya semakin cenderung ke arah puak pelampau Melayu, pemimpin kanannya mahukan jalan tengah sebagai hala tuju untuk parti.
        Pemimpin akar umbi Umno  yang ditemuramah The Malaysian Insider berkata, secara dasarnya adalah sama ada Umno boleh meninggalkan politik lama perkauman dan mengamalkan politik baru iaitu keterbukaan dan kesaksamaan.
        Atau, sebagaimana pemimpin sederhana Umno Datuk Saifuddin Abdullah berkata, ia adalah sama ada Umno mahu menjadi parti yang ditakuti atau disayangi oleh semua rakyat Malaysia.
        Topik sensitif
        Pada 11 November, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi pecahan topik utama kepada delegasi akar umbi yang mana akan dibahaskan mereka.
        Topik yang dijangka menjadi tumpuan adalah sistem sekolah satu aliran dengan sistem sekolah vernakular, Akta Hasutan dan Akta Keharmonian, isu kawalan sosial media dan juga isu kos sara hidup serta kualiti kehidupan, kata Hishammuddin.
        "Topik lain adalah peranan GLC (syarikat berkaitan kerajaan) dalam memperkukuhkan ekonomi Bumiputera, etika dalam pemilihan parti dan pindaannya serta penambahbaikkan perlembagaan parti," katanya.
        Pakar pendidikan mempersoalkan mengapa topik sekolah vernakular ditimbulkan lagi.
        Sebuah forum yang diadakan minggu lepas mendedahkan pereka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan sendiri mengakui tiada bukti menunjukkan sekolah vernakular sebagai punca kepada perpecahan dalam masyarakat.
        Malah, Akta Hasutan adalah janji yang dibuat oleh presiden Umno sendiri, Datuk Seri Najib Razak.
        Jadi mengapa tiba-tiba timbul minat dalam topik bersifat perkauman?
        "Ia kerana banyak ahli Umno masih terperangkap dalam mentaliti lama," kata pemimpin Umno Kedah, Ramli Yunus.
        "Mereka fikir untuk jadi popular di kalangan kaum Melayu, kamu perlu dilihat berjuang untuk kepentingan dan hak Melayu."
        Perkara tersebut termasuk pemansuhan sekolah Cina kerana ia dikatakan membawa kebencian kepada kaum Melayu dan mengekalkan Akta Hasutan supaya tiada sesiapa mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu.
        Mentaliti itu merupakan sebahagian daripada doktrin pengawasan lama, kata Saifuddin, di mana Umno adalah penjaga survival Melayu dan tanpa Umno, nasib kaum Melayu samar.
        Seorang aktivis Umno Selangor, bagaimanapun, membuat spekulasi kemungkinan terdapat niat buruk di sebalik isu melibatkan Akta Hasutan.
        Aktivis tersebut yang mahu dirahsiakan identitinya berkata ia mungkin langkah untuk membawa parti  tersebut ke arah menjadi sebuah parti masyarakat Melayu, di mana konsep hak keistimewaan Melayu dan raja-raja Melayu diterima pakai.
        "Jadi apabila kamu kritik pemimpin Umno, ia juga bermakna kritikan kepada pemimpin Melayu dan kamu boleh didakwa kerana menghasut."
        Hasilnya mungkin kritikan keatas polisi kerajaan dan menteri Umno juga dianggap sebagai hasutan kerana juga dianggap serangan kepada pemimpin Melayu.
        Pengawasan lwn gabenor
        Saifuddin percaya cara perwakilan membahaskan topik semasa perhimpunan nanti akan menentukan keupayaan Umno menyesuaikan diri dengan landskap politik baru di mana kelompok moden, "kelas pertengahan" berpendidikan yang membentuk jumlah pengundi yang signifikan.
        "Kita hilang sokongan atas pagar 2008 dan ia semakin banyak pada 2013. Kita juga kalah," kata Saifuddin, merujuk kepada demografi tersebut yang membentuk 30% daripada senarai pengundi.
        Dalam satu wawancara tahun lepas, Saifuddin berkata pengundi atas pagar (pertengahan) tidak konsisten menyokong Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat tetapi menyokong parti yang menawarkan dasar yang masuk akal.
        Akta Hasutan salah satu contoh menurut Saifuddin, ia disebabkan pengundi pertengahan yang lebih bijak mahu kerajaan terbuka kepada kritikan.
        Ramli, yang juga pemimpin Umno akar umbi Kedah juga senada, mengatakan akar umbi Umno masih bercakap mengenai isu-isu tertentu seperti bercakap dengan penduduk kampung.
        "Realitinya adalah undi luar bandar yang semakin mengecil tetapi mereka tidak mengembangkan minda supaya mampu bercakap dengan profesional, ahli perniagaan dan mereka yang terpelajar, di mana pengundi seperti ini semakin meningkat.
        Pilihan topik juga mencerminkan sama ada Umno memahami isu yang lebih besar dihadapi rakyat Malaysia, di mana ketika ini berdepan dengan kenaikan harga barang akibat pemotongan subsidi dan selepas ini cukai GST pula.
        Juga lebih penting adalah sama ada pembahas akan membangkitkan isu mengenai pengumuman kerajaan untuk memansuhkan semua subsidi bahan api bermula 1 Disember ini.
        Data daripada pengkaji bebas Merdeka Center menunjukkan isu yang menjadi tumpuan sebahagian pengundi dalam pilihan raya umum adalah melibatkan kos sara hidup.
        Tetapi tidak kira sejauh mana perbahasan tersebut akan menjadi panas, Saifuddin percaya isyarat paling jelas datang daripada ucapan presiden, semasa pembukaan dan penutup.
        Semuanya bergantung kepada Najib sama ada membenarkan Umno hanyut ke arah menjadi ekstremis atau menjadi lebih bersederhana.
        "Ia sama ada Umno mahu meneruskan naratif 'pengawasan' dan takut mendapatkan sokongan, atau menggunakan naratif 'gabenor' dan membuat rakyat menyukai anda dengan mentadbir secara telus dan berkesan," kata Saifuddin. – 24 November, 2014.

Multiple Polls: ( Max 3 choices ), Total 29 Users voted
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2014 03:50 PM | Show all posts
Kun Nan bontot dan kerepot pun masih tak sedar Cina jaguh merempat di kuala lumpur. Dasar muka katak bawah tempurung
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 03:53 PM | Show all posts


Patutnya tajuk di atas bukan 'takut' UMNO tapi.  'dah menyampah' dgn UMNO
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 03:53 PM | Show all posts
BotakChinPeng posted on 24-11-2014 03:50 PM
Kun Nan bontot dan kerepot pun masih tak sedar Cina jaguh merempat di kuala lumpur. Dasar muka katak ...

org gila terlepas tanjung rambutan masuk cari forum
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Tukar lah nama parti jadi united malays jilat bontot cina...umjbc... that should do the trick...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 03:58 PM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 24-11-2014 03:53 PM
org gila terlepas tanjung rambutan masuk cari forum


http://www.nst.com.my/articles/10eff/Article//Article
KUALA LUMPUR:  To some 1,200 people, home to them is the streets of Kuala Lumpur.These include the ever bustling Petaling Street, Puduraya bus terminal, Klang bus stop, Dayabumi, Pudu Market, Chow Kit, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Central Market, Kotaraya, Sentul (Indian settlement), Lebuh Ampang, Jalan Imbi, Kuala Lumpur City Centre, Dataran Merdeka, Brickfields, Jalan Masjid India, National Mosque, Jalan Ipoh, Jalan Raja Laut and Jalan Ampang.A study conducted by the Welfare Department showed that slightly less than half were between the ages of 22 and 45, followed by those aged 46 to 59 (33 per cent) and senior citizens (22 per cent).Most were jobless despite being in good health.Some made ends meet by selling recyclable items picked up from garbage dumps, or by becoming parking attendants and restaurant workers.   The compiled data, which is aimed at looking for ways to reduce the number of homeless nationwide, also showed that on the average, 20 teenagers were living on pavements in different parts of the city.Of the homeless in Kuala Lumpur, the majority  were Chinese (659), followed by Malays (451), Indians (249) and other races (19).The study was conducted jointly with six non-governmental organisations -- Reachorg, Nineteen O One, Kechara Soup Kitchen, (Kechara), Archdiocesan Office For Human Development, Community Ces Excel Services (Street Fellowship) and Grace Community Services.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2014 04:01 PM | Show all posts
kaseh80 posted on 24-11-2014 03:53 PM
Patutnya tajuk di atas bukan 'takut' UMNO tapi.  'dah menyampah' dgn UMNO

depa takut nak guna perkataan menyampah

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 04:02 PM | Show all posts
aku tak suka. aku tak takut. tapi aku benci. benci dengan nada bongkak mereka sewaktu berucap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2014 04:06 PM | Show all posts
buat semak dengan jammed jer perhimpunan agong umngok ni..ntah haper la macai2 dok fanatik pi sgt.. umno yg dulu lebih bagus dr umno yg skrg. phuuuiii
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2014 04:24 PM | Show all posts
iwan007 posted on 24-11-2014 04:06 PM
buat semak dengan jammed jer perhimpunan agong umngok ni..ntah haper la macai2 dok fanatik pi sgt..  ...

meriah uoul..dgn bendera2.....

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 04:39 PM | Show all posts
~anya~ posted on 24-11-2014 03:56 PM
Tukar lah nama parti jadi united malays jilat bontot cina...umjbc... that should do the trick...

sokong anya
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
bangcak posted on 24-11-2014 04:39 PM
sokong anya

Hhmmm.... mesti bangcak gembira dengan nama baharu itu kan...
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 04:19 PM | Show all posts
pau ni medan perwakilan umno untuk syok sendiri
konon nak perjuangkan nasib org melayu
rupanya perjuangkan diri sendiri saja
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 24-11-2014 03:53 PM
org gila terlepas tanjung rambutan masuk cari forum

Kak, ini salah saya tak pandai menjaga isteri ketika beliau inginkan belaian kasih sayang. Saya tak dapat memuaskan nafsu seks Puan Botakchinpeng jadi dia akan masuk forum meroyan macam orang gila.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 07:29 PM | Show all posts
c===8 posted on 1-12-2014 04:19 PM
pau ni medan perwakilan umno untuk syok sendiri
konon nak perjuangkan nasib org melayu
rupanya per ...

Akak nih separuh umur sentiasa ke PAU nih... akak siap hafal skrip apa yg mereka nak cakap dan sampai masa dah tahap meluat dah, sebab utama hipokrit dan munafik sahaja bermaharajalela didalamnya dsri atas sampai bawah...dah bosan..
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 07:52 PM | Show all posts
Saifuddin ? yg wasatiyyah GMM ? tu ke?
and Ramli ?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2014 07:53 PM | Show all posts
extremist bukan KJ dah bagi penjelasan , ke?

i mean the blog can quote saifudin ? saifudin mana ni ?

tapi apa apa pun i am more interested dalam bentuk tindakan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 09:44 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.117315 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list