CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14981|Reply: 183

[Tempatan] Budak baru akil baligh rupa-rupanya seekor sotong update Page 2 : post #40

[Copy link]
Post time 24-11-2014 05:23 PM | Show all posts |Read mode
Aku selalu dengar guru sejarah, ustaz & ustazah, tok imam dan penceramah agama mengatakan, "...walaupun masyarakat barat maju membangun; kaya raya tapi mereka tiada moral. Mereka hanya mementingkan kemajuan materialistik semata - mata. Bagi umat islam pula, adab, agama dan moral lebih diutamakan berbanding kekayaan materialistik."


Memandangkan aku seorang manusia yang tak mudah termakan kata - kata orang lain, aku kaji dan berfikir secara rasional tentang kenyataan itu. Berdasarkan penilaian aku, apa yang dikatakan adalah poyo semata - mata.


Jika kita lihat kepada statistik penggunaan internet yang dikeluarkan Google, 6 daripada 10 negara yang paling banyak mengakses pornografi adalah negara - negara majoriti islam iaitu Pakistan (nombor 1), Mesir (2), Iran (4), Maghribi (5), Arab Saudi (7) dan Turki (8). Apa yang lebih memeranjatkan adalah daripada 6 negara majoriti islam ini 5 daripadanya adalah negara muslim konservatif dan fundamentalis dimana majoriti rakyatnya sangat lantang memperjuangkan nilai - nilai islam dalam setiap aspek politik, ekonomi dan sosial. Daripada 6 negara ini juga sekurang kurangnya 2 negara iaitu Arab Saudi dan Iran melaksanakan hudud dan qisas.


Menurut Indeks Persepsi Rasuah 2013, 8 daripada 10 negara paling teruk rasuah adalah negara majoriti islam iaitu Somalia (paling teruk), Afghanistan, Sudan, Libya, Iraq, Uzbekistan, Turkmenistan dan Syria. Dalam senarai 10 negara paling bersih rasuah pula tiada satu pun negara majoriti islam tersenarai. Sebaliknya negara - negara barat yang selalu dimomokkan tok - tok ugama sebagai tidak bermoral pula mendominasi ranking. Negara - negara bebas rasuah itu adalah Denmark, New Zealand, Finland, Sweden, Norway, Singapura, Switzerland, Belanda, Australia dan Kanada. Adakah bagi tok - tok ugama yang sangat tinggi taraf ahli syurganya ini perbuatan memberi, menerima atau terlibat secara tidak langsung dalam kegiatan rasuah adalah sesuatu yang dituntut islam?


Kita kata mereka tak bermoral tapi aku belum pernah lagi dengar berita rakyat Sweden (85% atheist), Norway (75%) atau Denmark (80%) buang bayi dalam longkang atau mangkuk tandas. Secara umumnya, masyarakat barat sangat sayang kanak - kanak. Kita je yang berlagak islamik tapi setiap tahun lebih daripada 100 kes buang bayi direkodkan PDRM. Kita kata mereka tak bermoral tapi kes bunuh dinegara - negara Scandinavia jauh lebih sedikit daripada kebanyakan negara - negara majoriti Islam. Bukan ke sepatutnya negara negara kafir tu semua sepatutnya penuh dengan pembunuh? Kita kata mereka tak bermoral tapi rakyat Liechtenstein selalunya tak kunci pintu pun bila keluar rumah sebab kes jenayah dinegara mereka sangat rendah. Mereka tak takut pun barang berharga mereka dicuri. Tapi kita diMalaysia bukan sahaja pagar rumah dengan mangga gergasi tapi juga pasang grill dan sistem penggera keselamatan sebab terlampau takutkan pencuri. Kita kata mereka tak bermoral tapi pada April 2014 media media antarabangsa melaporkan kerajaan Belanda telah menutup 8 buah penjara dan bercadang menutup lebih banyak lagi kerana krisis kekurangan penjenayah yang teramat serius dinegara itu. Tak sangka negara kafir syaitan nirrojim macam tu boleh kekurangan penyangak.


Dengan hanya melihat kepada beberapa statistik (dan pemerhatian aku sendiri semestinya), umat islam tidaklah sebaik mana dan masyarakat barat tidaklah seteruk mana. Ahli agamawan islam seharusnya berhenti mengatakan sesuatu tanpa fakta kerana semakin banyak mereka memomokkan, memfitnah dan berdakyah semakin ramai umat islam yang akan menyampah dengan mereka. Ingat, zaman ini zaman informasi. Zaman "kita bagi makan tahi, dia bersuka ria mengunyah" sudah tamat.
P.S. Aku tak benci umat islam atau agama islam tapi aku tak suka dengan golongan agamawan islam. Aku dah berborak dengan ramai paderi, sami buddha & hindu serta imam dan berdasarkan pengalaman aku, aku boleh kata agamawan islam paling poyo, jobo, suka bercakap tak pakai fakta dan selalu memfitnah penganut agama lain.
Fazrin Jamal

sumber : https://www.facebook.com/fazrin. ... 98828354693?fref=nf

malas nak screen short panjang sangat..


Last edited by ResellerMaxis on 25-11-2014 09:48 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2014 05:26 PM | Show all posts
anak didik gereja jalan gasing?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 05:29 PM | Show all posts
jom ramai2 bg pendapat..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 05:30 PM | Show all posts
agamawan islam paling poyo, jobo, suka bercakap tak pakai fakta dan selalu memfitnah penganut agama lain.


mengingatkan aku kt ustaz ribena je
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 05:32 PM | Show all posts
ada jugak betulnya pendapat dia...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 05:35 PM | Show all posts
Itu kata ustaz dan ustazah untuk meracuni pemikiran ummah pprt supaya jangan maju. Siap kata orang barat tak bermoral? Aku rasa dia orang lagi bagus. Tau menghormati hak orang lain dan persekitaran. Moral banyak  jenis moral.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2014 05:36 PM | Show all posts
mmg betul pun..spot on.

jakim sila terasa.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2014 05:37 PM | Show all posts
annehuda posted on 24-11-2014 05:30 PM
mengingatkan aku kt ustaz ribena je

marah penganut ustaz ribena baca statement kau ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2014 05:52 PM | Show all posts
TT  DAH post kat forum sebelah ke? Kat forum yang tak boleh menerima kebenaran tu. Kekekekeke.....
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 05:53 PM | Show all posts
ramai yg terasa ni
kihkihkih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2014 06:20 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER posted on 24-11-2014 05:52 PM
TT  DAH post kat forum sebelah ke? Kat forum yang tak boleh menerima kebenaran tu. Kekekekeke.....

i copy dari situ lah ni.. memang contradict betul antara situ dan sini..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya tersenyum kepuasan baca artikel sis.elohim maha adil sis.

Tapi semustinya semua salah jarum2 halus yahoodi dn nasoro meracuni dan menghasut ummah suchi yisle melakukan kemungkaran.....ummah yisle secara zahirnya suchi persis salju,anasir2 yahoodi nasoro bertungkus lumus siang malam menjana minda untuk menhancurin ummah yisle...

Namun ummah masih claimed mereka adalaha bngsa terpilih persis jews claimed their supremacism.

Baik masuk hutan saja sis.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 06:29 PM | Show all posts
mungkin ramai atheis, jenis guna kepala otak..... yg jenis mengaku Islam, guna kepala lutut
tetapi rasa2nya negara yg dimaksudkan negara2 Eropah.... bukannya Amerika
negara2 lain mungkin Jepun adalah contoh terbaik
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ohh.umat islam rosak sebab diri dia.bukan sebab agama. Kesilapan diri sendiri .jd ngaku je lah. Xperlu melenting. Islam ajar kejujuran..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 06:50 PM | Show all posts
Huh..

Benda inilah yang aku kerap hujahkan setiap kali adanya perbincangan mengenai hal agama/ perbandingan ketamadunan. Tapi penulis itu menerangkan dengan lebih mendalam lagi.

Setiap kali aku keluarkan hujah sebegini, lobai dan lobainita di forum ini selalu bagi jawapan panjang berjela lagi merapu demi mempertahankan isle yang tercinta. Nampak sangat mereka terdesak & adanya inferiority complex.

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 06:59 PM | Show all posts
barat lu ngeseks dengan pondan pun takda sapa kesah...ngandung anak luar nikah pun tak kena hina..ini salah umat islam itu sendiri bukan ajaran islam..islam pernah maju lu nak sangkal celah mana..saintis,doktor islam lebih lama dulu wujud sebelum wujudnya orang bijak sana kapir..ini membuktikan jika ajaran islam umat islam benar2 ikut memang boleh berjaya dunia dan akhirat..umat akhir zaman memang seperti buih2 di lautan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2014 07:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Org barat tak perlu tgk porn sebab mereka bebas melanggan ayam. Umat islam yg tak berapa nak ada imannya, tgk porn sambil self-service. Nak berzina takut berdosa besar. Sekarang dah byk yg berani sikit, pegi urut batin.

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 07:02 PM | Show all posts
betul la apa yang beliau ucap kan itu.

kalau ummah tak bimbo dah lama boleh fikir apa yg beliau tulis itu.
statistics menjelas kan segala nya tentang kehidupan ummah sunni wal jamaah ini.

selama ini ummah dok buka thread statictic saban tahun kat sini tak pernah nak perasan kah list nya?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 07:06 PM | Show all posts
famri7 posted on 24-11-2014 06:26 PM
Saya tersenyum kepuasan baca artikel sis.elohim maha adil sis.

Tapi semustinya semua salah jarum2 ...

namun yg lucu nya jarun2 halus ummah melayu sunni shafie telah berjaya menyeludup masuk ke aussie, tiba2 jah ada aussie caprut buang bayi kat longkang.
silap haribulan aussie itu ada bau bacang dengan ummah melayu caprut atau pernah tinggal di tanah air yg penuh maksom ini
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 07:29 PM | Show all posts
bagaimana TT pula menilai article ini ? asyik bertanya je org lain , sekali sekala nak tengok jugak u menilai an article.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:41 AM GMT+8 , Processed in 0.088188 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list