CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4640|Reply: 48

[Tempatan] Jawapan rafizi kepada kj

[Copy link]
Post time 24-11-2014 09:35 PM | Show all posts |Read mode
kerajaan lagi pentingkan rakyat ke orang kaya?




Jawapan saya kepada Khairy Jamaluddin mengenai isu harga minyak: jangan pertahankan untung syarikat minyak, pertahankan rakyat!

KERAJAAN HAPUS SUBSIDI TETAPI JAMIN KEUNTUNGAN SYARIKAT MINYAK

Saya dimaklumkan akan reaksi Ketua Pemuda Umno, YB Khairy Jamaluddin terhadap tindakan menghapuskan subsidi oleh Barisan Nasional dengan menempelak kritikan di media sosial. Beliau menjawab dengan menunjukkan bagaimana harga akan ditentukan di bawah sistem apungan harga terkawal (managed float system) di laman Twitter.

Saya mengalu-alukan jawapan itu kerana ia mendedahkan bagaimana Barisan Nasional terus memangsakan rakyat tetapi membela syarikat-syarikat besar.

Penetapan harga petrol dan diesel telah lama dibuat melalui sistem Penetapan Harga Automatik (Automatic Pricing Mechanism) yang mengikut formula berikut (iaitu yang ditunjukkan oleh YB Khairy Jamaluddin):

1.        Kos petrol dan diesel ditetapkan melalui harga rujukan menggunakan harga yang dikumpul oleh Platts melalui satu indeks yang dipanggil Means of Platts Singapore (MOPS). Harga ini adalah harga purata petrol dan diesel yang diperdagangkan melalui Singapura (dan bukannya harga minyak mentah). Kos ini telah termasuk kos dan keuntungan syarikat minyak yang mengendalikan loji penapisan kerana MOPS menentukan harga petrol dan diesel yang telah siap diproses.

2.        Ditambah: “alpha” atau bayaran pampanan kepada syarikat minyak sebanyak 5 sen (petrol) dan 4 sen (diesel) untuk melindungi mereka dari turun naik kos petrol dan diesel di pasaran

3.        Ditambah: “kos operasi” yang dibayar untuk menampung kos pengangkutan, agihan dan pemasaran yang ditanggung oleh syarikat minyak

4.        Ditambah: “keuntungan syarikat minyak” sebanyak 5 sen (petrol) dan 2.25 sen (diesel)

5.        Ditambah: “keuntungan stesen minyak” sebanyak 12.19 (petrol) dan 7 sen (diesel)

Ini bermakna sementara rakyat terpaksa berdepan dengan risiko turun naik harga petrol dan diesel di pasaran dunia ekoran kenaikan harga minyak mentah dunia, Barisan Nasional meneruskan kaedah menjamin keuntungan syarikat-syarikat minyak melalui formula yang di atas.

Segala kos syarikat minyak – dari kos memproses minyak mentah menjadi petrol dan diesel (dengan merujuk kepada harga rujukan MOPS) sehinggalah ke kos pengangkutan, edaran dan pemasaran – dijamin dan dibayar balik kepada syarikat minyak. Lebih dari itu, Barisan Nasional juga menjamin keuntungan kepada syarikat minyak dan pemilik stesen minyak.

Sebelum ini, rakyat mendapat subsidi yang mengimbangkan jaminan keuntungan yang diberikan kepada syarikat-syarikat minyak. Dengan penghapusan subsidi, rakyat terpaksa menanggung bukan sahaja kenaikan kos petrol dan diesel, malah keuntungan syarikat-syarikat minyak yang dijamin oleh Barisan Nasional.

Sebab itu saya terus menegaskan bahawa subsidi itu adalah satu tanggungjawab sosial dan moral yang perlu Kerajaan Persekutuan tanggung kerana sistem yang sedia ada memunggahkan kekayaan kepada syarikat besar dan memangsakan rakyat.

Saya berminat untuk mendapat jawapan lanjut dari Ketua Pemuda Umno sama ada tindakan beliau mempertahankan formula apungan harga yang menjamin keuntungan syarikat minyak ini bermakna beliau lebih mementingkan syarikat-syarikat besar berbanding kepayahan rakyat kebiasaan?


RAFIZI RAMLI
Naib Presiden/Setiausaha Agong KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2014 09:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Takyah rafizi nk bising. G settle kan dulu area pandan ko yg penuh rumah flat tu. Kotor dan high crime rate. G buat keje
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2014 09:40 PM | Show all posts
leni posted on 24-11-2014 09:40 PM
Takyah rafizi nk bising. G settle kan dulu area pandan ko yg penuh rumah flat tu. Kotor dan high cri ...

kenapa tak suruh polis sahaja settlekan crime rate?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
sama la jgk tnb..naikkan tarif sbb kenaikan cost tp tgk2 hujung tahun untung lg besar drp sebelumnya..kaya kan kroni ja..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Caya lah rafizi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2014 10:44 PM | Show all posts
takde ke yang nak komen jawapan rafizi?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2014 10:48 PM | Show all posts
ladydutch posted on 24-11-2014 10:44 PM
takde ke yang nak komen jawapan rafizi?

macai mati akal nak counter...pusing2 suh piji settle kes jenayah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2014 10:53 PM | Show all posts
razhar posted on 24-11-2014 10:48 PM
macai mati akal nak counter...pusing2 suh piji settle kes jenayah...

dia nak suruh rapiji buat rukuntetangga macam kat penang tu kot...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2014 11:40 PM | Show all posts
minyak tu bukannya mcm elektrik akan habis

takkan ler nak harapkan duit minyak sampai habis?

masalahnya sekarang KJ sebut benda betul, Rafizi pula bila tak boleh pusing kata pula, fikir pasal rakyat

kerajaan Penang pun sembang hebat.... last2 banyak projek utk org2 kaya

di Selangor pun Azmin kata Khalid Ibrahim defesit tiap2 tahun

tak ada masalah pun nak bg syarikat untung tetapi janganlah sampai menipu...... cthnya TNB, Astro, telco
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 12:07 AM | Show all posts
asalkan menjawap sudah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 12:11 AM | Show all posts
selama ni pun memang dah stick cara pengiraan untung syarikat minyak, takkan sekarang nak bantah pula?

sepatutnya pertikaikan kemana duit rakyat dibelanjakan.... adakah utk tampung Rosmah Mansur?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
ladydutch posted on 24-11-2014 10:44 PM
takde ke yang nak komen jawapan rafizi?

Rafizi kata Barisan Nasional meneruskan kaedah menjamin keuntungan syarikat-syarikat minyak melalui formula seperti dlm formula di atas.

Semada ada subsidi atau tidak pengiraan untung rugi syarikat2 minyak tetap sama. Sebagai contoh kalau harga ron95 ialah rm2.20 dan subsidi ialah 20 sen, syarikat minyak dpt rm2.40. Tanpa subsidi syarikat minyak tetap dpt rm2.40. Subsidi ditanggung oleh kerajaan. Harus diingat keyword Rafizi ialah subsidi....jika subsidi diambil kira maka ianya bukan parameter untuk menentukan keuntungan syarikat minyak. Ia hanya menunjukkan semaada kerajaan rugi atau tidak. Tanpa subsidi kerajaan kurang tanggung beban perbelanjaan. Itu saja.

Melainkan Rafizi boleh beri alternatif dgn memberi satu mekanisme harga floating melalui formula dgn parameter2 yg dikurangkan nilainya supaya syarikat2 minyak dpt dikurangkan keuntungan nya maka ini lebih relevan dgn dakwaan nya. Tapi menghapuskan subsidi tidak ada kaitan dgn keuntungan syarikat2 minyak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 12:39 AM | Show all posts
Cai2 tak payah la nak kebangga sgt dgn rapizi pasal isu minyak ni... haruslah si rapizi ni pandai counter KJ sbb dia berasal dr petronas.. tapi tetap ada pusing kat situ.. isu yang ditulis KJ bukan cakap sapa untung sapa rugi tapi lebih kepada memperbetulkan cara pengiraan harga minyak yang dibuat Ladydutch...
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 12:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Kot rapuji nak putar dan kelaut pun....cermin2 lah diri tu dulu..nak cerita keuntungan sykt minyak pun...sykt mana yg nak meniaga rugi.

Tu Anak sykt kerajaan selangor pkns..kenapa rapuji tak fikir rakyat dulu..kenapa biarkan pkns ambil untung Dari menjual rumah mereka dgn harga yg tinggi?...kenapa rapuji jaga keuntungan pkns sahaja..kata pr kerajaan kebajikan..jual lah rumah pkns tu dgn harga yg paling murah tanpa pkns mendapat keuntungan sesen pun.

Boleh ke?.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 01:00 AM | Show all posts
ladydutch posted on 24-11-2014 09:40 PM
kenapa tak suruh polis sahaja settlekan crime rate?

rafizi dah dilantik jadik KPN?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 01:03 AM | Show all posts
Sudah2lah rafizi.. kredibilitimu telah hilang dengan jijiknya langkah kajang..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2014 01:16 AM | Show all posts
Jangan Si Rafizi ni tarik balik cakap  macam selalu tu. Mula mula bergegar sembang kencang bila terkantoi  terus terdiam
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 03:13 AM | Show all posts
crime rate tinggi sesuatu kawasan suruh MP buat kerja? kata bodoh marah pulak, sendiri tunjuk bodoh.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 04:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Jawapan yang menunjukkan kebodohan sendiri..

Kj bagitahu macam mana kira harga pasaran minyak..rafizi kata kj sokong mengutamakan syarikat besar dan menindas rakyat..hahahaha makin terserlah kebodohan rafizi ni..

Btw rafizi xtahu ke..kata sebelum ni kerja syarikat minyak??walaupun bn mengutamakan keuntungan syarikat minyak..namun begitu syarikat minyak masih xberminat untuk jual minyak di malaysia..

Namun kerajaan terpaksa memujuk mereka untuk terus menjual minyak di megara ini untuk kebaikan rakyat..jika sekiranya syarikat luar semua tarik diri..hanya petronas yang tinggal..mereka akan monopoli market..bila monopoli banyak disadvantage kepada rakyat sendiri..

Sebab itu juga jangan diikut sentimen memboikot stesyen minyak.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 08:30 AM | Show all posts
leh plak gerenti profit yerrr
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:20 AM GMT+8 , Processed in 0.063999 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list