CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9234|Reply: 129

[Tempatan] Dua Jenis Driver Yang Bahaya Atas Jalan Raya

 Close [Copy link]
Post time 25-11-2014 08:28 AM | Show all posts |Read mode
Aku dah lama tak bawak motor. Last sekali aku bawak motor, adalah bila anak first aku masih lagi 6 bulan. Aku lambat dapat lesen kereta. Umur 28 tahun baru aku ambik.

Dari usia aku 18 tahun sampailah ke 28 tahun, aku ke mana-mana bawak motor aje. Meredah hujan dan panas. Meredah terik mentari. Meredah air lecak hujan. Melayan mana2 mamat yang nak ajak aku racing.

Menunggang motor membuatkan kau prektis deria driving kau supaya lebih peka dengan sekeliling kau. Serius. Kalau aku Pengarah JPJ, aku wajibkan semua pemandu yang nak ambik lesen kereta, wajib ambik lesen motor dan bawak motor dulu setahun sebelum ambik lesen kereta. Baru kau boleh paham psikologi penunggang motor yang sebenar dan surely kau akan lebih peka dengan diorang ni.

Dengan menggunakan pengalaman luas aku sebagai mat motor dan pengalaman aku bawak kereta selama 4 tahun lebih, aku boleh simpulkan; ada dua jenis golongan pemandu kereta yang merbahaya dan lesennya patut dikaji semula.

Nombor 1;
Sekumpuluan Gadis IPT Melayu Yang Nak Keluar Shopping

Yang ni memang cukup bahaya pada zaman dahulu. Tapi sekarang ni impaknya akan makin merbahaya kerana sebelum2 ni kawan2 diorang boleh tolong tengokkan kiri dan kanan mana tau terlanggar kereta lain dekat blind spot, sekarang ni oleh kerana kawan2 dia pun sibuk duk whatsapp dan messaging sambil seorang designated driver kena drive dan pantau jalan sorang2, possibility eksiden tu cukup tinggi. Nak kenal golongan pemandu camni senang je.

Dia hampir terlanggar kau, kemudian bila kau hon atau kau maki dia, baru la dia terkejut dan kemudian dia buat2 muka blur. Itu cara kau nak kenal diorang ni. Kau mesti kena hampir dilanggar dulu.

Tapi aku dah nampak dah cara yang lebih senang nak kenal diorang ni. Pemandu dia bawak kereta, punyalah gelabah sampai dagu dia letak kat stereng nak tengok jalan. Tah camne dia pusing stereng aku tak nak tau.

Ciri-ciri identiti :

a. Bertudung
b. Ramai dalam satu kereta
c. Menggelabah hanya selepas dia nak terlanggar kau dan terlalu gelabah sehinggakan untuk elak kau, dia nak bantai kereta lain.
d. Diorang akan terkejut dan menggelabah dalam satu detik yang sama dan synchronized.
e. Jika driver dia keseorangan, dia akan pandang depan dan depan dan depan SAHAJA sepanjang perjalanan tanpa tengok kiri kanan langsung.

Nombor 2
Amoi 30 an Yang Bajet Dia Amoi Tapi Dia Ah So

Geng2 ni...lagi bahaya. Dia mengalami masalah yang sama macam Geng Gadis IPT..cuma kepala dia akan disandarkan kepada kusyen dan badan dia akan keras aje melekat kat kusyen.

Muka bajet cun. Selalunya diorang ni akan bawak Toyota Vios atau Honda City kurniaan ayah dia. Akan bawak kereta selaju mungkin dengan cara dia nak sampai destinasi paling awal berbanding orang lain.

Identiti dia paling utama?

Tangan kat stereng sepanjang masa sehingga keras tangan dia kat situ dan bahu disandarkan ke kusyen sampai melekat. Oh, muka nak carik gaduh.

Ciri-ciri identiti

a. Ah So yang perasan Amoi
b. Bawak kereta sorang2
c. Langsung tak menggelabah walaupun dia nak terlanggar orang lain sebab dia hanya concernkan diri dia aje sampai destinasi.
d. Kalau berlaku eksiden, yang akan dipersalahkan adalah kau, wiper kereta dia, sport rim orang lain, bangunan yang reflectionnya tinggi dan pelbagai lagi punca lain.
e. Akan drive keseorangan dengan muka kononnya "masa itu emas."
f. Bila dia drive, tangan dia akan lurus memegang stereng. Bukan setakat itu saja, bahu juga tidak pernah meninggalkan kusyen seat kereta kerana dikhuatiri tangan akan terlepas dari stereng.

...................


"Babi ah kau Tot! Kau memang sexist! Mana dia contoh pemandu lelaki yang merbahaya?"

Ada. Tapi 9/10 orang yang nak langgar aku, selalunya adalah perempuan.

Bawak kereta tangan jangan keras. Jangan letak dagu kat stereng, nanti kau tak cukup kuat untuk turn stereng kalau ada apa2. Tengok kiri kanan. Jangan 100% bergantung dengan side mirror apatah lagi side mirror Proton Persona first version yang sampah. Tengok blind spot. Pusingkan tengkuk tu!

Tu lah benda paling berharga yang kau belajar bila kau bawak motor ni. Bawak motor ajar kau pusing tengkuk tengok blindspot.  Kena jaga. Kau langgar orang kau sakit, kau kena langgar kau sakit. Jadi awareness tu lain sikit compare dengan bawak kereta ni.

Aku cakap serius ni.

Kalau aku Pengarah JPJ, tiap2 orang kena ambik lesen motor dulu setahun sebelum ambik lesen kereta.

Sumber:http://cursingmalay.blogspot.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2014 08:31 AM | Show all posts
caprut asal kampung yg salu drive sambil riba anak
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 08:32 AM | Show all posts
kenapa tanak usulkan semua orang amik lesen motor + kereta + lori + bas sekaligus?
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 08:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Dagu letak.kat stereng:lol
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Haha. ..langsung x mengelabah walau nak melanggar org lain x tahan baca:lol
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 08:44 AM | Show all posts
kahkahkah... nombor 1 tu biasa bawa myvi... kekadang Suzuki swift
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-11-2014 08:47 AM | Show all posts
same je laki ke pompuan ke...
kalau dah jenis berlagak kengkonon dia sorang je mampu beli keta, mmg cenggitu le perangai nye...

1) yg ni mmg selalu laki le... maybe diorg ni jenis masuk ofis/punch kul 10 pagi tapi kul 6.30 pagi dh kuar rumah... so, boleh la bawak santai, speed 60kmj kat lane tgh or lane paling kanan, sambil hisap rokok, hembus asap ke luar... dah habis rokok sebatang, letak lak tgn atas bumbung keta sambil ketuk2 ikut irama lagu dlm radio...

huh!

2) yg ni laki ke pompuan ke melayu ke cina ke tua ke mude ke same je... beli keta mampu tapi nk beli mentol signal x mampu... potong line, main masuk je... nk masuk simpang pun main masuk je... ke mmg keta diorg ni jenis nk bagi keluar signal tu kena tekan banyak button? maybe kot keta canggih sgt kot...

huh!

3) yg ni biase nye laki bajet terer... nak masuk simpang suke masuk hujung2 jalan... dah hujung2 baru kalut nk potong line... signal pun x bagi.. main himpit je... bajet terer.. perasan sorang2...

huh!


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2014 08:55 AM | Show all posts
aku ada kawan bawak keta memalam pakai spek mata hitam.Motif??? tu pun membahayakan jugak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2014 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang no 2..
dah langgar budak aku sampai patah..

Sambil baling namecard ..dia ckp "kalo ada apa2, kol...I bz mau buka I punye kedai"
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
GhostWalking posted on 25-11-2014 08:55 AM
aku ada kawan bawak keta memalam pakai spek mata hitam.Motif??? tu pun membahayakan jugak

Abam gos kawan nga ayahanda kulop ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2014 09:02 AM | Show all posts
jengkoil posted on 25-11-2014 12:58 AM
Abam gos kawan nga ayahanda kulop ke?

hahahahah koserrrrr.kawan aku tu pompuan
ayahanda kulop mandi pun pakai spek aku rasa
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 09:05 AM | Show all posts
kategori post ni aku setuju gak. tapi nak tambah

1. lelaki budget maskulin terakhir malaya
Bawa kete satu tangan kat stereng, satu tgn kat luar tingkap pegang rokok. kalau berhenti kat lampu isyarat dan perasan kete gadis disebelahnya, akan hon2. biasanya kalau seorang lebih tawaduk tapi kalau bersama2 rakan2 akan jadi seperti monyet liar nak mengawan. Biasanya menaiki kete buatan malaysia yang sudah dimodified. Muzik daripada kete biasana lebih kuat daripada Club malam Zouk.

2. Pak Arab tertanggal serban
Biasanya naik kete sewa, berlatar belakangkan pelajar. Bawa laju, alnggar lampu isyarat dan suka cucuk adalah antara karektoristik mereka.suka mengambil kedua2 lane. kalau memandu biasanya disebabkan tidak dapat buat keputusan sama ada nak lorong kanan atau kiri, maka dia berada di tengah2..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-11-2014 09:08 AM | Show all posts
Lagi satu kategori belakang kereta letak sticker ayat2 yang berunsur Islamic tapi bawak keta macam haramzadeh.Potong line sesuka hati tak bagi signal,bawak seolah2 nak terkincit tapi dengan cara tak pro
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 09:09 AM | Show all posts
Aku perasan Ah So yang perasan Amoi ni, susah sangat nak bagi jalan walaupun ko dah bagi signal nak himpit kiri atau kanan untuk masuk simpang time jam.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 09:09 AM | Show all posts
citer pasal driver laknat sampai bila2 tak habis
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 09:13 AM | Show all posts
GhostWalking posted on 25-11-2014 08:55 AM
aku ada kawan bawak keta memalam pakai spek mata hitam.Motif??? tu pun membahayakan jugak

Hai, awak sindir aku ke...........?  Kekadang aku bawa kereta mlm pakai cermin mata glap kerana silau lampu kereta di hadapan.  Tapi aku drive tak jauh, dekat je...

Dulu ketika masih bekerja, bila terlambat nak kejar punch-kad, aku drive ke ofis mcm lipas kodong.  Memotong pun sebelah kiri, menyelinap selagi boleh, angkat tangan minta jalan, sampai ada kekawan yg komen dahsyatnya driving aku.  Punyalah gelabah tak nak punch-kad merah.  Hari ini, gi KL pun LRT je.  Tak suka driving dah melainkan terpaksa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-11-2014 09:16 AM | Show all posts
nolya posted on 25-11-2014 01:13 AM
Hai, awak sindir aku ke...........?  Kekadang aku bawa kereta mlm pakai cermin mata glap kerana si ...

ohemjeeeeee nolya kah kawan aku tuh?? hehehehehe tapi ni kalau kusi pun dia rapatkan sampai dada himpit stereng
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 09:24 AM | Show all posts
nasib baik lah aku naik LRT aje bawak moto pun takut.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 09:29 AM | Show all posts
Baru je kes estima kat melawati lawan arus. Pastu lampu punya terang. Bila kita hon sebab dia lawan arus, dia keluar keta nak gaduh. Dah lah buat salah. Muka cam rempit. Kereta pinjam agaknya. Lagi mau berlagak and kurang ajar. Siaplah nanti beli car recorder, sebarkan je salah laku mereka ni, biar kena tangkap!
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2014 09:30 AM | Show all posts
GhostWalking posted on 25-11-2014 09:16 AM
ohemjeeeeee nolya kah kawan aku tuh?? hehehehehe tapi ni kalau kusi pun dia rapatkan s ...

Tak delah sampai kusi nak dekat kat steering.  But now I'm extra careful when driving around KL or I prefer naik LRT.  More relax dn tak stress.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:45 PM GMT+8 , Processed in 0.084389 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list