CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2731|Reply: 4

Najib Bagi Istana, Ajimin Bagi Kereta

[Copy link]
Post time 25-11-2014 12:11 PM | Show all posts |Read mode

Najib bagi 'istana' kepada Anwar sebagai penghargaan menjadi ketua pembangkang08:38  POLITIK  No comments
Beliau turut mendapat RM1,367 untuk bayaran gaji pemandu, RM2,001 kepada bayaran gaji setiausaha kerja dan pembiayaan bahan api dan tol.

Ketua Pembangkang DUN Selangor Datuk Shamsudin Lias hari ini menerima sebuah kereta rasmi daripada kerajaan negeri sebagai insentif menjalankan tugas sebagai ketua pembangkang.

Pemberian kereta jenis Toyota Camry itu disampaikan oleh Menteri Besar Mohamed Azmin Ali di depan bangunan DUN.

Turut serta pada majlis penyampaian tersebut ialah Speaker Dewan Hannah Yeoh.

Selain itu, Shamsuddin yang juga ADUN Sungai Burong turut mendapat wang elaun sebanyak RM3,000 sebulan.

Beliau turut mendapat RM1,367 untuk bayaran gaji pemandu, RM2,001 kepada bayaran gaji setiausaha kerja dan pembiayaan bahan api dan tol.

Dalam sidang media kemudiannya, Shamsudin mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri dan menghargai pengiktirafan yang diberikan.

Di samping itu, beliau juga akan memberi kerjasama dan menegur kerajaan negeri untuk memberi kesimbangan kepada pemerintahan negeri.

“Saya sebagai ketua pembangkang di Selangor amat menghargai di atas pengiktirafan kerajaan Selangor terhadap peranan pembangkang, dan ini diterjemahkan melalui kemudahan-kemudahan dan sokongan serta kenderaan.

“Saya berjanji akan memainkan peranan sebagai pemantau. Insya-Allah kita akan berikan kerjasama dengan baik. Kalau ada teguran, kita akan berikan teguran secara konstruktif,” katanya.

Sementara itu, Hannah Yeoh berkata Jawatankuasa Pilihan Khas Pengurusan Dewan bersetuju supaya memberikan keistimewaan dan kemudahan kepada Shamsudin.

Katanya, keistimewaan itu adalah sebahagian Enakmen Anggota Pentadbiran dan Ahli Dewan Negeri Saraan 1980 dibentangkan dan diluluskan dalam Mesyuarat Ketiga Penggal Pertama Dewan Negeri Selangor ke-13.

“Ketua Pembangkang dalam Dewan Negeri Selangor merupakan komponen kerajaan yang memainkan peranan sebagai ‘check and balance’ kepada kerajaan sedia ada walaupun tidak dinyatakan secara jelas di dalam Perlembagaan Persekutuan mahupun Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor.

“Keistimewaan dan kemudahan ini diberikan supaya beliau boleh menjalankan tugas-tugas beliau dengan lebih efektif,” katanya.   

* Kalau UMNO pasti akan sumbat pembangkang dalam penjara. Itu penghargaan kepada pembangkang. Istana penjara.  hahahahaha


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2014 12:22 PM | Show all posts
itu tugas pembangkang... usually yg membangkang lebih nampak kesalahan.. yg ditegur tu terima la.. dan terus perbaiki lagi... kdg2 kita sendiri xsedar, itu gunaya orang lain untuk menegur.. ambik yg positif demi rakyat... ini tidak.... "tegur" kang "melenting" ....
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 03:23 PM | Show all posts
persaingan yang sihat macam ni baru memberi kesan. bukannya caci mencaci... sebaliknya berlumba lumba untuk berkhidmat...
Reply

Use magic Report

Post time 3-12-2014 06:34 AM | Show all posts
ok lah tu...satu penghargaan...
Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 03:43 PM | Show all posts
Banyaknye penghargaan die dpt yek
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:18 PM GMT+8 , Processed in 0.057998 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list