Express Rail Link Sdn. Bhd. (ERL), pengendali KLIA Ekspress dan perkhidmatan keretapi transit berkelajuan tinggi menjangkakan pertambahan kapasiti sebanyak 50 peratus selepas membeli enam tren baharu.
Tren-tren tersebut dibeli daripada sebuah syarikat yang berpengkalan di China, Changchun Railway Vehicles Co. Ltd. (CRC) akan melengkapi 12 tren sedia ada yang dimiliki oleh ERL.
Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Nadzmi Mohd. Salleh berkata, daripada enam tren baharu berkenaan, empat darinya akan digunakan untuk KLIA Transit manakala baki dua lagi akan digunakan untuk KLIA Ekspress.
"Ini adalah pembelian biasa dalam melakukan perniagaan kerana kami melihat terdapat peningkatan permintaan selepas klia2 mula beroperasi," katanya selepas memeterai perjanjian pembelian dengan CRC di sini hari ini.
Tambah Mohd. Nadzmi, tren baharu itu akan mempunyai ciri-ciri yang lebih baik berbanding tren terdahulu seperti sistem infotainmen, wi-fi, bahagian kerusi roda dan rak bagasi.
Ia akan mula diterima ERL secara berperingkat bermula Mei 2016 sehingga November 2016.
Ketika ditanya mengenai kemungkinan perkhidmatan ERL daripada KLIA disambung ke Melaka, Nadzmi berkata, syarikat tersebut sentiasa bersedia.
Beliau bagaimanapun enggan mengulas dengan lebih lanjut mengenai perkara tersebut.
Post time 25-11-2014 10:24 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Setuju....klia-melaka...sonang den xyah drive jauh nak amik sedare atau sewa teksi kalau nak balik kampung kat klia. Last edited by JDT on 25-11-2014 10:28 PM
Rancangan ERL KL-Melaka amat dialu2kan. Tiket mahal sikit pun tak pe lah, relax, tak jem lalulintas, pantas dan jimat masa. Mudah2an menjadi realiti di masa hadapan.