CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1686|Reply: 22

[Tempatan] Edisi Dinosor : Mengapa orang muda sokong parti lawan

[Copy link]
Post time 26-11-2014 11:38 AM | Show all posts |Read mode
Mengapa orang muda sokong parti lawan'
[url=][/url][url=][/url][url=][/url]

0 0 0
Anak muda menyokong parti lawan kerana mereka dilihat memberi peluang kepada orang muda, kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

"Lebih membimbangkan ada pula yang masuk parti cauvinis itu? Jawapannya mudah, sebab parti lawan dilihat beri peluang pada orang muda.

"Setahun jagung, dah boleh jadi calon. Kalau kita tengok di Dewan Rakyat muka-muka muda lebih ramai di belah sana berbanding dengan kita.

"Keadaan ini membentuk persepsi bahawa parti lawan lebih terbuka untuk angkat orang muda," tegas Khairy dalam ucapan dasarnya di perhimpunan agung Pemuda Umno di PWTC hari ini.

"Kalau belah lawan begitu rentaknya, mana wow factor kita? Tak cukupkah cerdik pandai, orator hebat, pendebat ulung di kalangan orang muda dalam Umno untuk diangkat?

"Atau kita masih lagi melihat orang muda sebagai budak suruhan penaik bendera, mengusung pengundi dengan motor setiap kali pilihan raya? 50 tahun dulu mungkin, tapi dunia dan perabadan sudah jauh berubah," tambahnya.

Khairy mengingatkan "kalau kita tak berubah, alamatnya kita akan ‘diubah’ dengan kuasa peti undi orang muda."

Menurutnya lagi, Umno sebenarnya parti orang muda di mana suatu ketika dulu barisan pimpinannya sarat dengan tenaga muda di peringkat tertinggi.

Beliau memberi contoh Tan Sri Rais Yatim jadi menteri besar Negeri Sembilan di usia 36 tahun. Manakala Tan Sri Shahrir Samad pula menjadi timbalan menteri di usia 31 tahun dan menjadi Menteri Wilayah Persekutuan pada umur 34 tahun;

"Tan Sri Isa Samad jadi menteri besar Negeri Sembilan pada usia 33 tahun; Tan Sri Rahim Tamby Chik pun sama, jadi Ketua Menteri Melaka di usia 32 tahun.

"Tun Musa Hitam jadi pemangku setiausaha agung Umno di umur 32 tahun, jadi menteri kabinet bila masuk 40; Tan Sri Annuar Musa, di usia 34 tahun, sudah jadi menteri kabinet;

"Tengku Razaleigh Hamzah Pengerusi Petronas umur 35 tahun, menteri kewangan 39.  

"Begitu juga dengan bapa kepada Presiden kita, Allahyarham Tun Razak yang diangkat jadi menteri besar Pahang pada umur 33 tahun, jadi Timbalan Perdana Menteri usia 35 tahun," katanya.

Sayang, tegas Khairy, Umno kini telah membelakangi masa di mana hanya beliau seorang sahaja – Ketua Pemuda Umno Malaysia – satu-satunya menteri kabinet di bawah usia 40 tahun.

"Saya tak mahu begitu, tak boleh saya seorang sahaja yang lepas – itupun baru lepas – saya mahu saudara-saudara dan ramai lagi orang muda sebaya kita ada bersama saya! Barulah ada transformasi," tegasnya.

Tegasnya, itu bukan bermaksud tamak mengejar pangkat dan kedudukan, "namun kita tidak boleh menafikan peralihan generasi dan anjakan demografi yang sedang berlaku di hadapan mata kita.

"Perahu sudah di air, pendayung sudah di tangan. Tunggu apa lagi kongsilah kemudi itu dengan kami orang muda.

"Segerakan gandingan orang berpengalaman dengan anak muda untuk menentukan kegemilangan bangsa. Kami mahu suara orang muda di segenap ceruk pimpinan negara. Pemuda di Dewan Rakyat, Pemuda di Dewan Undangan Negeri, Pemuda dalam GLC, Pemuda jadi Timbalan Menteri dan lebih ramai Pemuda jadi Menteri!" tegasnya.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-11-2014 11:39 AM | Show all posts
nah ko... himpunan dinosor..
minus KJ

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 11:44 AM | Show all posts
yang ni teman mmg sokong KJ. Bagi peluang pada miker yg muda dan berkaliber.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2014 11:49 AM | Show all posts
perang_sivil posted on 26-11-2014 11:44 AM
yang ni teman mmg sokong KJ. Bagi peluang pada miker yg muda dan berkaliber.

cemuih dah tgk set2 tua bangka tak sedar diri tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 11:52 AM | Show all posts
Bodoh ka sekoq2 ni.  Kan mamakutty dan kata hari tu bahawa org bodoh saja duk junjung umno.   
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 11:53 AM | Show all posts
sokong!! takkan orang tua bangka je nak kaya....
orang muda pun nak jadi kaya jugak...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2014 11:54 AM | Show all posts
dia x sebut anwar jd menteri belia umur brapa?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2014 11:56 AM | Show all posts
dah janji tak nak ratib nuart dinosor la uols...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2014 12:02 PM | Show all posts
ele...walk the talk la...

sendiri tua bangka tak sadar diri..

mengata diri sendiri ka?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 12:25 PM | Show all posts
atira posted on 26-11-2014 11:39 AM
nah ko... himpunan dinosor..
minus KJ

ya saya sokong KJ...yg tua tak nak turun....yg mudah tak dpt peluang...

sama mcm bola kita..asyik asyik org tu shj...mana org muda??? tu sbb kita selalu kalah....dunia dah berubah...cara kita sdh ketinggalan zaman...zaman Fudal...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 12:32 PM | Show all posts
cepat2 la sedor diri tu....x lama lagi ketum nk bungkus....bila lagi nk amek peluang.....

tp nak ke tua2 bangka ni mengalah...kantung x cukup penuh lagi.....aku skeptical di situ....
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 12:38 PM | Show all posts
kl pun tua
kurang2 biar la ahli parlimen kita umur 21
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 12:41 PM | Show all posts
Bab ni cik sokong KJ...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 12:46 PM | Show all posts
lu apoh crita KJ...sendiri mau disokong kah.....itu madey sudah adoh cakaplah....
"Pemimpin Umno biasanya tidak suka menerima ahli baru yang berbakat kerana takut mereka dicabar dan hilang jawatan atau tidak dapat jadi calon pilihan raya    http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=838679
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 01:13 PM | Show all posts
takde maknanya kes PR bagi golongan muda. bukan semua nak join politik nih.

golongan muda nih terutama generasi Y lebih pada nak cari jawapan yg solid utk setiap perkara.
dah takde lah jawapan ala2 mcm dulu...

kenapa tak boleh makan beralih tempat - jawapan dulu (takut kahwin ramai) - jawapan betul ( tak nak bersepah2 byk tempat, malas org nak kemas).

itu soalan bodoh2 je. generasi muda sekarang nak jawapan pada persoalan yg lebih rumit...

- kenapa harga rumah tak boleh dikawal ( pembelian dari kumpulan tertentu, kumpulan warga asing, kawalan harga melampau).

- kenapa harga minyak tak boleh turun hatta kita pengeluar minyak.

jawapan menteri kadang2 tak mengambarkan status mereka. lebih parah lagi rasa sakit hati.
org bawahan pula kadang jawap tak kukuh...malahan ada yg berbau ugutan.

kalau tak takde la kes troll pasal kangkung, kapchai, buih, ayam seringgit semua tuh

yg ini hangpa kena ubah benda nih.

issue dia hangpa kena letak org yg betul2 layak utk teraju sesuatu bahagian dan menjawap dgn jawapan yg lebih teknikal. bukan ayat cover line.


Last edited by lompatikam on 26-11-2014 01:15 PM

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 01:51 PM | Show all posts
Dinosor je ke penyebab? Persoalan ni lebih dalam dari tu.

Tak der sapa yang berjuang demi negara. Semua fokus utk kesenangan sendiri. Agenda sendiri. Baik gomen baik pembangkang. Tak der kisahkan rakyat.

Kisah sebenonya, rakyat tak der pilihan. Walaupun pembangkang terbukti sgt agenda gila kuasa dan tamak, tak der beza dgn dinosor, rakyat sanggup gamble. Hok ternyata berjuang demi rakyat dari awal disenyapkan dan ditendang. Politik memang kotor.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2014 01:55 PM | Show all posts
idup umono...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 01:56 PM | Show all posts
orang pilih ayam muda  jer sekrang ni....
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 02:53 PM | Show all posts
muka-muka tua tau makan rasuah je
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 02:54 PM | Show all posts
dulu lg dah aku cakap UMNO ni parti org2 tua
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:31 PM GMT+8 , Processed in 0.095401 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list