CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2729|Reply: 5

Umno sudah bukan lagi harapan masa depan Malaysia

[Copy link]
Post time 26-11-2014 05:45 PM | Show all posts |Read mode
Umno sudah bukan lagi harapan masa depan Malaysia



Kenyataan media Setiausaha Agung DAP merangkap Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng di Pulau Pinang pada 26 November 2014.


Umno sudah bukan lagi harapan masa depan Malaysia, apabila Khairy Jamaluddin pun sudah bermain politik perkauman dan agama bagi membisukan suara-suara memohon bantuan kewangan dengan menakut-nakutkan mereka bahawa kehilangan kedudukan istimewa mereka adalah lebih buruk daripada menjadi miskin.


Umno sudah bukan lagi harapan masa depan Malaysia, apabila Khairy Jamaluddin pun sudah bermain politik perkauman dan agama bagi membisukan suara-suara memohon bantuan kewangan dengan menakut-nakutkan mereka bahawa kehilangan kedudukan istimewa mereka adalah lebih buruk daripada menjadi miskin. Khairy Jamaluddin selama ini dilihat sebagai suara waras di tengah kegilaan kebencian agama dan kaum yang menjadi darah daging Umno.


Bagaimanapun beliau telah nampaknya memilih jalan gelap yang sebelum ini ditelusuri oleh para ekstremis seperti Perkasa dan Ibrahim Ali, apabila beliau menggunakan ucapan dasarnya di Perhimpunan Pemuda Umno untuk menyalahkan orang bukan Melayu kerana mempersoalkan status raja-raja Melayu, hak dan kedudukan istimewa orang Melayu serta kedudukan rasmi Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan. Tindakan menyalahkan orang bukan Melayu adalah suatu pengkhianatan dan politik jahat oleh Khairy kerana ia ternyata dusta dan berniat jahat untuk menyatakan orang bukan Melayu mempersoalkan hak yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.


Malah Umno sendiri pernah mempertikai kedudukan dan hak Raja-raja Melayu di awal 90’an. Beliau yang datang daripada parti perkauman seperti Umno yang hanya terbuka kepada Melayu/Bumiputera dan tidak kepada bukan Melayu, Khairy menggelarkan DAP ‘parti cauvinis’ berikutan kejayaan DAP menarik minat dan keahlian anak muda Melayu untuk menyertai DAP. Bukankah kejayaan DAP menarik minat anak muda Melayu suatu isyarat positif bahawa DAP bukanlah cauvinis mahupun perkauman tetapi sebuah parti politik berbilang kaum yang berjuang demi seluruh rakyat Malaysia?


Adakah Khairy sedang membangkitkan momok perkauman lantaran pendedahan terbaru dalam Laporan Pembangunan Manusia 2013 bahawa 53% isi rumah Malaysia tidak memiliki aset kewangan manakala satu dalam setiap tiga warga Malaysia tidak mempunyai sebarang jenis akaun bank? Isi rumah luar bandar mencatat angka tertinggi di kalangan mereka yang tidak mempunyai aset kewangan (63%)  berbanding 45% isi rumah bandar. Mengikut pecahan etnik, sekitar 57% Bumiputera bukan Melayu dan 55% Melayu tidak mempunyai aset kewangan, manakala angka bagi kaum Cina dan India masing-masing 45% dan 44%.


Memetik angka daripada Bancian Pendapatan Isi Rumah, laporan tersebut juga menyatakan bahawa hampir 90% dan 86% isi rumah luar bandar, masing-masing, tidak mempunyai simpanan, sementara majoriti isi rumah pada kadar 88% tidak memperolehi pendapatan daripada simpanan mereka. Data daripada simpanan KWSP setakat 2013 menunjukkan bahawa 90% rakyat Malaysia yang menghampiri usia pencen tidak mempunyai dana yang mencukupi untuk mengekalkan gaya hidup asas untuk lebih daripada takat lima tahun.


Simpanan rendah KWSP adalah akibat daripada hakikat bahawa majoriti rakyat Malaysia mendapat gaji rendah. Agihan gaji bulanan daripada KWSP menunjukkan bahawa pada 2013, satu per-tiga atau 2.1 juta ahli aktif memperolehi kurang daripada RM1,000, sementara lebih kurang tiga suku (76.8%) memperolehi kurang daripada RM3,000 dan sekitar 90% digaji kurang daripada RM5,000 sebulan.


Kenapa Khairy tidak berucap mengenai laporan ini yang ditaja oleh Jabatan Perdana Menteri, yang memberi kesan langsung kepada masa depan ekonomi rakyat Malaysia, terutamanya golongan muda termasuk Melayu dan Bumiputera? Jelas sekali beliau telah mengambil jalan mudah dengan menggunakan sentimen perkauman, kerana beliau tidak mempunyai sebarang jawapan dan juga sedar bahawa Umno bukanlah sebahagian daripada penyelesaian kepada masalah ini, malah sebenarnya Umno lah masalahnya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2014 08:34 PM | Show all posts
x relevan tu nombor 2. nombor 1, UMNO selamanya akan berkuasa.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 02:21 PM | Show all posts
kawe nok buko parti baru....PARTI JANDA KEMUT...

UMNO tokleh doh..PAS nawok sokmo...

Reply

Use magic Report

Post time 4-12-2014 11:20 AM | Show all posts
JandaKemut posted on 28-11-2014 02:21 PM
kawe nok buko parti baru....PARTI JANDA KEMUT...

UMNO tokleh doh..PAS nawok sokmo...

Hok aloh weh demo
Kawey Like SEJUTA KEMUT
Reply

Use magic Report

Post time 5-12-2014 12:01 AM | Show all posts
hermm dream on lah PR ..

UMNO cakap pasal kaum racist.. DAP cakan pasal kaum free speech... heh.. selective.. punishment..
Reply

Use magic Report

Post time 14-12-2014 08:49 AM | Show all posts
kalau ikhlas nak bantu orang pun bukan ikut bangsa atau agama.....bantulah orang yang memerlukan
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:10 AM GMT+8 , Processed in 0.116018 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list