CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 826|Reply: 4

[Tempatan] PAU 2014: Program tuisyen percuma diteruskan

[Copy link]
Post time 26-11-2014 06:15 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Menyedari kepentingan pendidikan dapat membantu mengubah nasib seseorang ke tahap lebih baik, Program HELP Tuisyen Yayasan Pelajaran MARA akan diteruskan tahun depan dengan tambahan 50 pusat tuisyen di seluruh negara.

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata program tuisyen anjuran bersama Biro Hal Ehwal Bandar dan Perumahan Pemuda UMNO, adalah satu inisiatif parti itu menaik taraf hidup masyarakat terutama dalam pendidikan untuk membantu anak-anak muda kurang berkemampuan di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Saya yakin program ini adalah satu kaedah cukup baik untuk kita membantu masyarakat, dan program seumpama ini amat kita (UMNO) galakkan," katanya selepas menyaksikan penyerahan cek sumbangan Yayasan Pelajaran MARA kepada 50 Ketua Pemuda UMNO Bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.

Program tuisyen percuma bagi subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik dan Sejarah sudah dilaksanakan di 50 kawasan Parlimen seluruh negara membabitkan 5,000 pelajar dengan peruntukan RM1.4 juta.

Sementara itu, Pengerusi Biro Hal Ehwal Bandar dan Perumahan Pemuda UMNO, Nazir Hussin Akhtar Husin berkata UMNO sentiasa mengambil berat kesusahan golongan kurang berkemampuan dan membantu bukan hanya untuk mendapat pendidikan tertinggi, malah juga pekerjaan.

"Kalau kami bagi mereka duit, duit itu akan habis. Jadi kami fikir lebih baik bantu mereka untuk capai pendidikan ke menara gading dengan memberi khidmat tuisyen secara percuma, kami asuh mereka, supaya mereka mampu berjaya dalam kehidupan," katanya. - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2014 05:48 AM | Show all posts
KUALA LUMPUR: Menyedari kepentingan pendidikan dapat membantu mengubah nasib seseorang ke tahap lebih baik, Program HELP Tuisyen Yayasan Pelajaran MARA akan diteruskan tahun depan dengan tambahan 50 pusat tuisyen di seluruh negara.

ye ke..abih apo bonda ni pulak...nasib apoh yang dikato....

Skim Kenderaan Pertamaku’ Elak Belia Muflis
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=842789

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 02:42 PM | Show all posts
program HELP nih mmg bagus


Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2014 05:54 AM | Show all posts
ya lah ....Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.....guno dana MARA untuk agenda hamno....
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2014 09:22 AM | Show all posts
bnyaknye berita politaik
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.188431 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list