CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 765|Reply: 2

[Tempatan] Diskaun 20 peratus kepada mangsa banjir baiki kereta

[Copy link]
Post time 26-11-2014 06:16 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR 26 Nov. - Proton Holdings Bhd menawarkan diskaun 20 peratus dari jumlah kos pembaikan kepada pelanggan yang mengalami kerosakan kereta akibat banjir.

Dalam satu kenyataan di sini, pembuat kereta nasional itu berkata syarikat mengaktifkan semula program ‘PROTON We-Care Prihatin Banjir’ untuk mengurangkan beban mangsa banjir di seluruh negara.

“Program yang akan berlangsung mulai hari ini sehingga 15 Mac, 2015, akan juga termasuk penilaian kerosakan, perkhidmatan pemeriksaan secara percuma dan bantuan menunda dari lokasi terjejas ke 67 pusat perkhidmatan Proton terpilih di seluruh negara,” kata kenyataan itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn. Bhd., Norzahid Mohd Zahudi berharap program berkenaan dapat meringankan beban pelanggan, terutama bagi mereka yang kereta tidak dilindungi oleh insurans bagi bencana alam.

Pemilik Proton boleh menghubungi pusat Proton We-Care di 1800-888-398 untuk pertanyaan, bantuan dan perkhidmatan tunda. - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2014 06:20 PM | Show all posts
Mangsa banjir saje yg dapat diskaun?
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 05:45 AM | Show all posts
oklah tu....caro nak buek sales stock spare part meke....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:55 PM GMT+8 , Processed in 0.222561 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list