CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4778|Reply: 20

[Tempatan] TERKINI:Kanak-Kanak Berpakaian Seluar Sekolah Di Temui Lemas Di Pantai Lagun

[Copy link]
Post time 26-11-2014 08:38 PM | Show all posts |Read mode
Seorang kanak-kanak lemas selepas mandi bersama kawan-kawan di Pantai Lagun Kuala Ibai berhampiran Masjid Terapung Kuala Terengganu.


Mangsa yang berpakaian seluar sekolah masih tidak dapat dipastikan identiti kerana tidak membawa sebarang pengenalan diri.


Mangsa dipercayai berumur 7 atau 8 tahun lemas di kawasan pantai itu kira-kira jam 1 petang tadi.


Mayat mangsa berjaya ditemui oleh anggota bomba yang menerima panggilan kecemasan dan diserahkan kepada polis sehingga dituntut oleh ahli keluarga.


Jika sesiapa ada sebarang maklumat atau kehilangan ahli keluarga diminta menghubungi balai polis yang berhampiran.


Sumber: http://omakkau.blogspot.com/2014 ... seluar-sekolah.html


Last edited by GhostWalking on 26-11-2014 12:41 PM

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2014 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Al fatihah utk adik ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah. ..sedihnya
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 08:42 PM | Show all posts
kutip kerang ker
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 08:44 PM | Show all posts
cuti sekolah..rombongan sekolah ke..

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 08:44 PM | Show all posts
al fatihah....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2014 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 08:46 PM | Show all posts
kasihannya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2014 09:23 PM | Show all posts
berpakaian sekolah!!... sekolah lagi ke???
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
ya Allah x terbyg perasaan mak ayah ank twrbujur kaku mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 09:29 PM | Show all posts
Risma posted on 26-11-2014 09:23 PM
berpakaian sekolah!!... sekolah lagi ke???

kalau xikut rombongan sekolah..mungkin pergi sekolah cikgu buat tuisyen..



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2014 12:27 PM | Show all posts
Mayat disangka sampah
RUBIAH OMAR
27 November 2014               


  • Mayat kanak-kanak diusung untuk dibawa ke Bilik Forensik HSNZ, Kuala Terengganu, semalam.
  • Orang ramai mengerumuni lokasi kejadian sementara menunggu mayat kanak-kanak itu diangkat polis untuk dibawa ke hospital.
[url=][/url][url=][/url]


        KUALA TERENGGANU - “Pada mulanya pakcik ingat sampah, tetapi pakcik tak tahu kenapa hati rasa tak sedap. Jadi, pakcik terus tenung objek tu dan terkejut apabila ternampak dua belah kaki manusia.”

Demikian kata Mustafa Ngah, 61, yang berasal dari Kampung Pantai, Kuala Ibai, di sini.

        Dia merupakan individu pertama yang terjumpa mayat seorang kanak-kanak lelaki dianggarkan berusia 10 tahun yang terdampar di pesisir pantai, dipercayai lemas di Pantai Kuala Ibai, di sini, petang semalam.

        Menurutnya, dia bersama beberapa ahli keluarga lain ke pantai berkenaan kira-kira jam 3 petang untuk mencari hasil laut terutamanya kerang yang dipercayai turut boleh didapati di pantai tersebut.

“Semasa sampai di situ, kami anak-beranak terus berjalan di pesisir pantai sambil mencari hasil laut terutamanya kerang yang dipercayai turut terdapat di sini sejak belakangan ini.

“Ketika itu, dari jauh pakcik ternampak satu objek yang agak pelik sedang bergolek-golek di pesisir pantai akibat dihempas ombak.

        "Mulanya pakcik fikir ia hanyalah sampah, tetapi hati mula rasa tak sedap," katanya.

        Keinginan untuk tahu lebih lanjut, Mustafa mengamati objek itu agak lama sehingga dia ternampak dua kaki manusia.

        "Pakcik sangat terkejut apabila mendapati objek bergolek itu manusia setelah melihat dua belah kakinya," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.

        Jelasnya lagi, yakin objek yang disangka sampah itu adalah mayat manusia, dia terus menjerit memanggil ahli keluarga lain bagi mendapatkan bantuan mengangkat mayat tersebut.

Kembang menangis tengok mayat

        Sementara itu, Kembang Ismail, 69, yang turut berada bersama Mustafa semasa mayat tersebut ditemui berkata, ketika Mustafa yang juga sepupunya itu terjumpa mayat berkenaan, dia berada tidak berapa jauh dari lokasi kejadian.

“Makcik memang ada ternampak dia (Mustafa) mengangkat sesuatu objek dan menyangka dia telah terjumpa seekor ikan besar, bagaimanapun selepas terdengar Mustafa menjerit bagi tahu jumpa mayat, makcik terus cepat-cepat hampirinya.

“Sebaik lihat mayat itu, makcik menangis kerana terbayangkan anak makcik, hanya ALLAH SWT yang tahu perasaan makcik ketika itu,” katanya.

Belum dikenal pasti identiti

        Dalam perkembangan sama, Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai JBPM Terengganu, PgB Mohamed Zulkhairul Mohamed Razilah berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 3.20 petang, sebelum enam anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

        Bagaimanapun katanya, mayat kanak-kanak yang masih belum dikenali identitinya itu berjaya ditemui orang awam di kuala sungai berkenaan kira-kira jam 4 petang.

“Kanak-kanak berkenaan yang masih belum dikenali identitinya itu dipercayai ke kuala sungai berkenaan untuk mandi bersama
        beberapa rakannya sebelum kemudian dipercayai lemas.

        "Mungkin panik dan takut, rakannya dipercayai lari meninggalkan lokasi kejadian,” katanya.

        Dalam masa sama, beliau menasihati ibu bapa agar sentiasa memantau pergerakan anak dan jangan sesekali membiarkan atau membenarkan anak mandi di pantai terutamanya pada musim yang tidak menentu kini.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/mayat-disangka-sampah-1.336970


Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 09:33 PM | Show all posts
anak sapa la ni...

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 11:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak tahu lagi ke anak sapa....kesiannye....
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 11:37 PM | Show all posts
agaknya balik tuisyen,singgah mandi,pas kawan tu tenggelam timbul,kawan2 yang lain lari,takut,,dendiam,senyap,xbgth kat sesape..

yang makpak ni mencari di rumah sedar mara..xreport polis lagi,tunggu cari dulu..
sian ibubapa bila dapat tahu berita ni..

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 11:42 PM | Show all posts
mak_wa95 posted on 26-11-2014 09:29 PM
kalau xikut rombongan sekolah..mungkin pergi sekolah cikgu buat tuisyen..

x jugak, budak2 kg ni biasa je pki seluar skolah, lagi2 kalau org susah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2014 11:48 PM | Show all posts
raxief posted on 27-11-2014 11:42 PM
x jugak, budak2 kg ni biasa je pki seluar skolah, lagi2 kalau org susah..

yang tutup muka putih tu,bukan baju sekolah ke..

ok la kalau biasa pakai seluar sekolah..

tapi kemungkinan juga kalau budak tu tenggelam timbul,kawan lari tinggal..sbb,takut kena marah sbb curi2 mandi..

ni yang berlaku kes rempit...kawan jatuh/kena langgar..depa lari tinggal.takut kena marah..sampai orang lain jumpa mangsa..



Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 11:51 PM | Show all posts
mak_wa95 posted on 27-11-2014 11:48 PM
yang tutup muka putih tu,bukan baju sekolah ke..

ok la kalau biasa pakai seluar sekolah..

itu kan tuala.

betul, maybe kwn2 arwah ni dh takut, buat senyap je la..

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 11:57 PM | Show all posts
raxief posted on 27-11-2014 11:51 PM
itu kan tuala.

betul, maybe kwn2 arwah ni dh takut, buat senyap je la..

tu kes budak2 kecik..

ni yang umur 15 tahun  merempit..kawan jatuh kena langgar kete,dia balik dok senyap kat rumah..takut kena marah merempit..last orang lain yang jumpa..kalau bgth awal tah dapat diselamatkan..macam ni juga,takut kena marah,baik dok diam2..

cuti sekolah,kalau xkawal anak betul2,macam2 hal boleh jadi..



Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 11:59 PM | Show all posts
sedih wooo
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.533463 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list