CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2021|Reply: 16

[Tempatan] Raisyyah in distress: Isu nama Islamnya yg dipertikai ustaz dijawab Dr Maza

[Copy link]
Post time 26-11-2014 08:50 PM | Show all posts |Read mode
DrMAZA.com
Liked · 3 hrs · Edited ·

Seseorang telah mengirimkan kepada saya post Sdri Felexia Yeap. Ia mengingatkan saya apa yang telah saya sebutkan sejak sekian lama.


https://www.facebook.com/DrMAZA/ ... ?type=1&theater

ISU BIN BUKAN BAPA DAN IMEJ ISLAM
Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri Zainul Abidin
(artikel ini ditulis pada tahun 2007 semasa penulis [Dr MAZA] masih lagi sebagai Mufti Perlis ketika itu)

Apabila isu nama bapa wajib dikekalkan seperti yang dibincangkan oleh Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis , ramai yang cuba mengambil bahagian memperkatakannya. Sehingga orang yang telah lama disepikan pun, termuncul membuat kenyataannya di dada media. Emosi dan sentimen juga dengan aktifnya menempatkan diri. Ada yang menunggu ‘bola tanggung’ merasakan barangkali inilah peluang yang dinantikan. Saya katakan: sabar dulu..
Isu ini sebenarnya bukanlah fatwa saya secara individu. Sebaliknya keputusan sebulat suara ahli jawatankuasa yang terdiri daripada dua belas anggota yang hadir. Sebahagian besar mereka adalah pensyarah universiti dalam bidang-bidang pengajian Islam yang berbagai dan ramai yang memiliki Ph.D mereka yang tersendiri. Alhamdulillah, Perlis mempunyai anggota fatwa yang teramai. Maka, tidak wajar untuk dianggap ia sesuatu yang dibincangkan sepintas lalu tanpa penelitian.

1. Hanya Di Sini

Memang, isu ini agak unik dan istimewa. Antara yang paling menyebabkannya istimewa, adalah penukaran nasab seorang yang menganut Islam kepada Abdullah hanya berlaku di negara melayu kita ini. Yang pasti, hal seperti ini tidak berlaku di negara-negara Arab atau Indonesia yang besar itu. Justeru, di negara ini jika ada persatuan saudara baru yang ratusan anggotanya, maka kesemua mereka pasti ber‘bin’ yang sama, iaitu ‘Abdullah’. Jika ada sepuluh yang bernama Ahmad, maka amatlah keliru untuk ditentukan Ahmad yang mana satu, kerana kesemua mereka ‘Ahmad bin Abdullah’. Maka –barangkali- terpaksalah pihak pengurus persatuan menghafal nambor kad pengenalan mereka. Begitu juga jika sepasang suami isteri menganut Islam, maka bertukarlah mereka menjadi insan-insan yang nama bapanya sama; Abdullah.


2. Tidak Pada Zaman Sahabat

Pada zaman Nabi s.a.w., jika baginda amalkan hal ini, tentulah majoriti para sahabah akan ber'bin'kan Abdullah. Maka tidak adalah lagi disebut ‘Umar bin al-Khattab, sebaliknya ‘Umar bin Abdullah, tidaklah lagi Uthman bin ‘Affan, sebaliknya ‘Uthman bin Abdullah. Juga tidak adalah lagi ‘Ali bin Abi Talib, sebalik ‘Ali bin Abdullah. Sebab, kesemua bapa mereka tidak menganut Islam. Namun apa yang berlaku tidak sedemikian rupa. Ya, baginda menukar nama-nama buruk individu yang menganut Islam tetapi mengekalkan hakikat 'bin' mereka. Sedangkan orang Arab begitu menjaga dan menyebut titis keturunan mereka sehingga ke beberapa peringkat. Umpamanya, jika kita membuka kitab yang masyhur, Riyadh al-Salihin, karangan al-Imam al-Nawawi (meninggal 676H) hadith pertama daripada ‘Umar bin al-Khattab. Al-Imam Al-Nawawi menyebut: “Amir al-Mukminin, ‘Umar bin al-Khattab bin Nufail bin Abd al-Uzza…” ‘Abd al-‘Uzza bermaksud hamba berhala al-‘Uzza. Jika lihat nama datuk nabi “… bin Kilab”. Kilab bermaksud anjing-anjing. Islam tidak mengubah sesuatu hakikat yang pasti.

3. Kaitan Akidah

Ada yang cuba mengaitkan isu ini dengan akidah. Seakan Fatwa Perlis tidak fikir tentang akidah. Bimbang jika bapanya bernama dengan nama syirik maka akan menjejaskan akidah anaknya yang menganut Islam. Alangkah lemah cara fikir yang seperti itu. Tidakkah dia tahu, bapanya itu bukan sahaja bernama dengan nama yang syirik, bahkan pengamal kesyirikan. Apakah jika Gopal a/l Subramaniam yang menganut Islam maka setelah nama Gopal ditukarkan kepada Marwan umpamanya, maka Subramaniam yang tidak meredhai Islam ini juga hendak ditukar?!. Maka setiap kali kita berjumpa Subramaniam, kita kena panggil dia ‘Wahai Abdullah’, kerana bimbang jika dipanggil Subramaniam maka rosak akidah anaknya Marwan?! Sesungguhnya kesyirikan tiada kaitan dengan semua itu!! Kalau kerana nama Subramaniam menyebabkan Marwan rosak akidahnya, apakah jika Subramaniam pergi ke kuil, Marwan anaknya yang masuk Islam pun menjadi kufur?! Tidakkah itu lambang pemikiran yang langsung tidak faham konsep akidah!!

4. Kenapa Ditimbulkan?

Ada yang tanya kenapa hendak ditimbulkan isu ini? Dah lama dah kita amalkan. Kita beritahu bahawa sesuatu perkara yang dibawa ke perbincangan fatwa negeri tentu ada sebabnya. Sama ada ia disebabkan pertanyaan, atau kekeliruan orang ramai mengenai soal hukum-hakam syarak. Maka ia pun dibahaskan.
Di sini saya sebutkan secara ringkas dua alasan utama keputusan tersebut dibuat. Pertama; Nas al-Quran dan al-Sunnah yang melarang hal tersebut. Firman ALLAH s.w.t:

(maksudnya): Panggilah mereka itu (dengan ber"bin"kan) kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. Jika kamu tidak mengetahui bapa-bapa mereka, maka panggilah mereka sebagai saudara-saudara kamu seagama dan sebagai "maula-maula" kamu. Kamu pula tidak dikira berdosa dalam perkara yang kamu tersilap melakukannya, tetapi (yang dikira berdosa itu ialah perbuatan) yang disengajakan oleh hati kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Ahzab: 5).
Kata al-Imam al-Tabari (meninggal 310H) dalam Tafsir al-Tabari menyebut: “Ayat ini adalah dalil bahawa tidak boleh menasabkan seseorang kepada bukan bapanya. Hadith-hadith juga begitu keras menegahnya”.

Dalam hadis-hadis Nabi s.a.w., hal ini banyak disebut. Antaranya:
مَنْ ادَّعَى إِلَى غَيْرِ أَبِيهِ وَهُوَ يَعْلَمُ أَنَّهُ غَيْرُ أَبِيهِ فَالْجَنَّةُ عَلَيْهِ حَرَامٌ
“Sesiapa yang mengaku anak kepada bukan bapanya, sedangkan dia tahu itu bukan bapanya, maka syurga haram ke atasnya” (Riwayat al-Bukhari).

Juga sabda baginda:
إِنَّ مِنْ أَعْظَمِ الْفِرَى أَنْ يَدَّعِيَ الرَّجُلُ إِلَى غَيْرِ أَبِيهِ
“Antara pendustaan terbesar ialah seseorang mengaku anak kepada bukan bapanya” (Riwayat al-Bukhari).

5. Menghormati Hak

Kenapa Islam melarang hal ini? Sebabnya kerana Islam ialah agama menghormati dan memelihara hak manusia. Islam ialah agama yang tidak pernah menipu hakikat. Seorang bapa, walau siapapun dia, dia tetap bapa. Sebab, benihnya yang sah itulah yang menghasilkan keturunannya. Bukan benih orang lain. Maka anak yang lahir itu berkait dengannya. Selepas itu adanya hukum-hakam berhubung dengan hak, perkahwinan dan harta. Menolak bapa yang hakiki, atau menidakkannya seakan dia tidak wujud boleh menyebabkan kekeliruan keturunan manusia, bercelaru dalam perkahwinan dan penafian tanggungjawab kekeluargaan. Sedangkan Islam adalah agama penegak keadilan hak dan penyebar kesejahteraan insan. Kata Dr Wahbah al-Zuhaili dalam karya al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu: “Keadilan dan hak menuntut dan mewajibkan agar dinasabkan anak kepada bapanya yang hakiki. Bukan kepada bapa rekaan. Islam agama hak dan keadilan…sesiapa yang ada bapa yang diketahui, maka nasabkan kepada bapanya. Sesiapa yang tidak diketahui bapanya, maka dipanggil maula atau saudara seagama. Ini semua demi mencegah pengubahan hakikat sebenar”. (7/674, Damsyik: Dar al-Fikr 1989).
Inilah agama yang lurus. Sehingga Abu Bakr al-Jazairi dengan lebih sinis dalam tafsirnya Aisar al-Tafasir menyebut: “Wajib membinkan anak-anak angkat kepada bapanya yang dikenali sekalipun bapanya seekor kaldai”.

Justeru itu, baginda Nabi s.a.w hanya mengubah nama individu yang menganut Islam, jika namanya mengandungi makna yang buruk, tetapi tidak mengubah bapanya. Umpamanya baginda mengubah nama sahabah Abd al-Syams bin Sokhr kepada Abd al-Rahman bin Sokhr. Ini kerana ‘Abd al-Syams bermaksud hamba matahari. Namun Sokhr yang bermaksud batu dikekalkan. Bahkan baginda tidak mengubah bapa seorang sahabah yang bernama Abdullah bin ‘Abd al-Asad. Bapanya bernama ‘Abd al-Asad yang bermaksud hamba singa. Baginda tidak mengatakan diubah nama bapa kerana takut rosak akidah. Sesiapa yang mahu pendetilan boleh tanya kepada ahli-ahli hadis yang menguasai Kutub al-Tarajim atau dia sendiri boleh merujuk kepada buku-buku al-Tarajim yang membincangkan biodata tokoh-tokoh yang disebut dalam sejarah Islam. Ini seperti kitab Al-Isobah fi Tamyiz al-Sahabah karangan al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani, atau Siyar A’lam al-Nubala, karangan al-Hafiz al-Zahabi dan puluhan yang lain.

Jika demikian tindakan Nabi s.a.w dan para sahabah, apakah kita lebih faham Islam dibandingkan baginda dan para sahabahnya?!! Apakah kita ingin katakan baginda tidak menjaga akidah sehingga membiarkan sahabahnya kekal berbinkan “hamba singa”?!!. Aduhai para pengulas isu ini! Luaskan bacaan kita dan janganlah terlebih lajak dari lajunya.

6. Jaga Imej Islam

Kedua; isu ini timbul kerana kita ingin memelihara nama baik Islam. Pada zaman ini Islam diserang dengan berbagai tuduhan. Sering disalahanggap kononnya Islam tidak menghormati hak. Di negara kita ramai bukan Islam menganggap Islam tidak adil kerana menghapuskan hubungan antara anak dan bapa. Ada bapa yang sebut kepada anaknya yang baru masuk Islam: ’awak masuk Islam, saya yang berjasa pada awak pun awak buang. Nama saya pun sudah tidak ada lagi. Siapa itu Abdullah bapa baru awak?!!” Maka mereka bertambah anti kepada Islam dan takut jika anak-anak mereka menganut Islam. Ada yang ingin masuk Islam, tersekat disebabkan bantahan atau sayangkan keluarga. Lebih parahlah jika nama keluarganya disuruh buang!!
Islam sebenarnya menyuruhkan anak melakukan kebaikan kepada kedua ibubapa sekalipun keduanya tidak menganut Islam. Bahkan sekalipun kedua berusaha agar anaknya keluar meninggalkan Islam. Namun perintah ALLAH agar seoarang anak berbuat baik dengan kepada ibubapanya terus kekal. Cuma jangan taat dalam perkara syirik, kufur dan maksiat. Lihat firman ALLAH dalam Surah Luqman ayat 15 :
وَإِن جَاهَدَاكَ عَلَى أَن تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلا تُطِعْهُمَا وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا
(maksudnya) “Dan jika kedua ibubapa mendesakmu supaya engkau mensyirikkan denganku sesuatu yang engkau (dengan fikiran warasmu) tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada kedua; dan bergaulah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik…”.

Soalan yang wajar diajukan; apakah termasuk dalam bergaul dengan ibubapa secara baik dalam urusan dunia ini -seperti yang diperintahkan dalam ayat di atas- jika kita menanggalkan ‘berbinkan’ mereka. Atau menukar nama mereka tanpa pengiktirafan mereka atau mereka menafikan ‘bin’ yang baru itu sebagai nama mereka. Tidakkah tindakan itu mengguris hati mereka tanpa sebab yang diizinkan. Sedangkan seseorang diperintahkan berbuat baik kepada kedua ibubapa sekalipun keduanya bukan muslim. Islam agama yang mengenang jasa dan hak.

Lebih dari itu, tidakkah tindakan itu boleh menjadikan mereka membenci dan bersangka buruk terhadap Islam?!! Bukankah menjadi kewajipan kita mempertahankan imej Islam ini?!! Maka, perbincangan Fatwa Perlis itu bagi saya mempunyai kemunasabahan yang kuat. Sekalipun amalan itu sudah lama, bukan bererti ia mesti dikekalkan dan tidak boleh diubah.

Kata tokoh melayu yang disanjung, Pendita Za’ba, dalam bukunya yang hebat “Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri” yang ditulis pada tahun 30-an: Maka hanyalah pada zaman-zaman yang akhir semenjak beberapa ratus tahun yang lalu ini sahaja orang-orang alim Islam hampir-hampir semuanya di serata dunia tidak lagi mempunyai semangat kesendirian kebolehan dan kelayakan untuk berbuat seperti pelopor-pelopor mereka yang dahulu kala itu. Ya, jika dicari sangat sedikit boleh didapati yang tahu dan boleh bersendiri, atau berani bersendiri; melainkan di mana-mana pun akan didapati mereka itu hanya biasa tertaklid sahaja dan kebanyakan daripada itu pula ialah bertaklid buta! Malangnya jika ada siapa-siapa yang mencuba berbuat seperti pakar-pakar Islam dahulu kala itu - iaitu melepaskan diri daripada kongkong taklid dan balik kepada Quran dan Hadis dengan kehendak-kehendak zaman dan hal-hal keadaan yang telah berubah sekarang - maka terus dilempar mereka akan dia dengan kata-kata yang tidak selayaknya seperti “sesat dan menyesatkan, memandai-mandai, membawa bidaah, mengubah-ngubah daripada jalan yang telah diatur oleh pakar-pakar dahulu kala itu (nenek moyang), tidak ada rupa hendak melebih daripada orang dahulu-dahulu” dan berbagai-bagai lagi. Yang betulnya duduklah juga membeku di tempat yang ada itu!! Mungkin juga kerana mereka sendiri tiada upaya membuatnya maka mereka tiada suka kalau ada orang lain pula dapat berbuat. (m.s 33, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka 2005).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2014 09:04 PM | Show all posts
Sangat tertarik dengan kata2 Za'ba.  Hatta sudah mati pun perangai bergantung dengan orang untuk dapatkan pahala.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 09:07 PM | Show all posts
ok lah mujur dia nk msuk islam, xpayah bnyak2 birokrasi mcm kerajaan malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 09:12 PM | Show all posts
edisi summary xde ke? Panjang sangat. Kesimpulannya, apa yg dr maza tu reply?
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapak pnjg
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2014 09:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Panjang benooooooooor
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2014 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Terrbaekk....
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 12:08 AM From the mobile phone | Show all posts
minat sungguh tuan tanah dengan felixia ni ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2014 12:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Bosan la ko maza! Serba serbi nak tunjuk pandai dgn menongkah arus mainstream
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 12:18 AM | Show all posts
di malaysia, masuk islam ialah masuk melayu
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 12:19 AM | Show all posts
primemova posted on 27-11-2014 12:17 AM
Bosan la ko maza! Serba serbi nak tunjuk pandai dgn menongkah arus mainstream

Bertahun sebelum Raisyah ini masuk Melayu, Dr. Maza sudah beri pendapat tentang hal ini sis. Sila jenguk blog beliau.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 12:22 AM | Show all posts
Melayu ni mmg mcm2 benda dorg buat jd sudah, yg majlis fatwa pulak minat betul buat fatwa2 baru yg bodoh2 belaka.
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 12:22 AM | Show all posts
boring dan muak dgn isu sebegini
move on!
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 09:25 AM | Show all posts
arwah wan aku pon binti ngan name ayah dia yg bkan Islam
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2014 09:31 AM | Show all posts
primemova posted on 27-11-2014 12:17 AM
Bosan la ko maza! Serba serbi nak tunjuk pandai dgn menongkah arus mainstream

daripada buat tuduhan melulu cuba tunjukkan poin mana yang salah dalam artikel dr maza tu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2014 09:32 AM | Show all posts
KumbangPolkaDot posted on 27-11-2014 12:08 AM
minat sungguh tuan tanah dengan felixia ni ye

hmmm no comment

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2014 09:40 AM | Show all posts
Ini ustaz sakai Malayu laaa ni ... Islam dia ialah = sokong Pas + pakai kupiah. Yang lain2 tu takpa. Mengumpat takpa, busuk hati takpa, janji sokong Pas + pakai kupiah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:15 AM GMT+8 , Processed in 0.080059 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list