CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: vandergooh

[Tempatan] Ustazah, kenapa jadi begini sekarang ini...??

 Close [Copy link]
Post time 28-11-2014 11:39 PM | Show all posts
setazah mashitah jeles ke dengan ustaz boliwud?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2014 11:47 PM | Show all posts
MissLibra posted on 28-11-2014 10:31 PM
aku ingat makcik ni waktu mula mula famous dulu ada masuk tv komen pasal trend pompuan pakai brooch  ...

brooch otromen tudung paridah dia taknak komen?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2014 01:11 AM | Show all posts
ade jugak yang menyokong..

panggil retis yang berhijrah tu sekadar nak diorang cerita apa yang sebenarnya dunia hiburan tu...diorang bagi nasihat jangan masuk dunia hiburan..penuh maksiat..

i pernah dengar cerita satu artis lelaki yang berhijrah dijemput jadi panel.. dia siap cakap saya bukan ustaz..jangan panggil saya ustaz..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2014 12:52 PM | Show all posts
vespa_oren posted on 27-11-2014 11:51 AM
Ada orang~ dia baik. Tapi bukan sebab dia betul betul baik~ tapi sebab dia tak pernah diuji dengan ...

kenapa betul sgt ni...huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2014 06:04 PM | Show all posts
poll ni utk apa sebenarnya?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2014 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah macam lagu ajai dah...makin keliru dibuatnye
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2014 09:56 PM | Show all posts
vandergooh posted on 28-11-2014 10:57 AM
itulah dik... bila dijemput ke pentas agama menceritakan pengalaman lalu untuk jadikan pengajaran. ...

Aku sokong apa yg ko ckp..
yg bg title ustazah ustaz tu msyarakat juga.. nmpk org pkai tdung labuh berserban ..semua pkat pggil ustaz. Org2 yg bru berubah tu pun xnk dipanggil mcm tu.. cuma nk berkongsi penglman dorang berubah. Nk bg kesedaran pada org lain.. klau x mampu nahi munkar..amar maruf pun dah bagus. Bukn senang nk ajak org berubah ke arah kebaikan. Lg2 artis..berpuluh thun bergelumang dlm dunia seni..bkn senang nk kikis semua yg x baik tu ..kna ambik msa perlhan2 utk  berubah..

bg aku xder salahnya sesiapa nk jd ustaz ustazah..cuma kna perbnyakkn ilmu.. menyeru kpada kebaikan mencegah kepada kemungkaran adalh tggungjwab semua org islam..bukn terhad kpada ustaz ustazah tok guru sajer

yg x patotnya golongan agamawan yg terjun dlm hiburan politik..tp x memgamalkn ilmu yg ada
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2014 10:03 PM | Show all posts
kanan_kiri posted on 27-11-2014 11:48 AM
kalau difikirkan betul ape yang dia sentuh tu..
yang rocker, artis pakai tudung labuh jd ustaz @ u ...

tu la.. setuju...

apa kriteria kita nak kata seseorang tu ustazah ustaz? adakah bila dia bertaubat, dah pakai labuh2, kita terus kata ustazah? aku ustazah la kalau gitu? tapi ilmu aku senipis kulit limau.. (up la sket dari bawang kekekeke).. tak terasa ustazah pun... memang ramai retis2 kita yg dah berubah tup2 jadi ala2 ustazah.. irma, diana amir, takde plak sampai nampak macam ustazah.. tapi.... yg aummm tu, kemain.... dia pun yg melenting nya...

bab UM ni, hurmmm aku geleng pala.. used to adore dia.. tapi beralih arah kepada ustazah bahiyah la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2014 10:17 PM | Show all posts
Ustazah ni telah diuji oleh Allah dgn kuasa dan jawatan... Dan dia gagal dgn ujian Allah itu....
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2014 08:33 AM | Show all posts
vespa_oren posted on 27-11-2014 11:51 AM
Ada orang~ dia baik. Tapi bukan sebab dia betul betul baik~ tapi sebab dia tak pernah diuji dengan ...

terbaik bro.


Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2014 09:26 AM | Show all posts
MissLibra posted on 28-11-2014 10:31 PM
aku ingat makcik ni waktu mula mula famous dulu ada masuk tv komen pasal trend pompuan pakai brooch  ...

aku paling menyampah pendekatan tak kira la ustad ke ustazah kat majlis ilmu.kalo tak hencap,mengumpat,hina,judge org org dlm masa yg sama mmg tk sah.sudahnya malas aku nak dengar ,tengok atau pegi so called majlis ilmu.kat tv pulak especially al hijrah..ada program amik penceramah luar ...tapi program tu masa tak berapa nak kena....ada yg masa siaran nak abes tgh memlm buta laaa,hapa la...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2014 10:44 PM | Show all posts
DAP lapor polis, Mashitah kata tak gentar

Bekas timbalan menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim tidak gentar dengan laporan polis DAP terhadap dakwaannya tentang pembakaran kitab Al-Quran oleh orang Cina di Kedah.

Ditanya wartawan Malaysiakini tentang perkara itu sewaktu ditemui di perhimpunan agung Umno, Mashitah menjawab: "Kalau dia (DAP) nak saman saya pun, samanlah".

Mashitah juga ditanya mengenai perbezaan fakta mengenai kejadian yang dibangkitkannya, dan juga kejadian yang disebut oleh Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Mengulas mengenai perkara itu, Mashitah berkata ia perlu dirujuk kepada Mukhriz.

"Yang itu awak boleh semak dengan dialah...Yang saya punya (fakta) bersandarkan kepada saya dimaklumkan oleh ketua wanita Kuala Kedah (Noor Hasita Mat Isa)," katanya lagi.

Isnin lalu, Mukhriz mengumumkan seorang lelaki Melayu kini ditahan di wad psikiatrik selepas didapati mengoyakkan kitab Al-Quran.

Namun, Mashitah pada hari Rabu lalu mendakwa ada orang Cina di Kedah membakar Al-Quran untuk upacara sembahyang mereka.

Pagi ini, dua MP wanita DAP membuat laporan polis terhadap kenyataan Mashitah yang disifatkan mereka sebagai membuat kenyataan tidak bertanggungjawab.

Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2014 11:34 PM | Show all posts
R2D2 posted on 30-11-2014 10:44 PM
DAP lapor polis, Mashitah kata tak gentar

Bekas timbalan menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim tidak  ...

mashitah, ibrahim ali, rani kulop adalah pejuang melayu yg kebal undang2

polis 100% tidak akan ambik tindakan dgn kenyataan mereka, lupakan jelah,

Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 09:26 AM | Show all posts
guesswho09 posted on 28-11-2014 08:40 PM
apa dia dah buat?

husband dia anak tunggal. skrg mak duduk dgn anak saudara sbb anak sendir x nak bela
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 06:11 PM | Show all posts
primemova posted on 29-11-2014 10:17 PM
Ustazah ni telah diuji oleh Allah dgn kuasa dan jawatan... Dan dia gagal dgn ujian Allah itu....

aku setuju...
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 06:15 PM | Show all posts
miss_bear posted on 2-12-2014 06:11 PM
aku setuju...

Setuju...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2014 06:16 PM | Show all posts
lindarafee posted on 2-12-2014 09:26 AM
husband dia anak tunggal. skrg mak duduk dgn anak saudara sbb anak sendir x nak bela

Asben dia garang
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2014 11:14 PM | Show all posts
Tiada niat menghina artis berhijrah, kata Mashitah Ibrahim

Datuk Dr Mashitah Ibrahim menjelaskan hari ini, beliau tidak bertujuan menghina atau memperlekeh mana-mana pihak apabila membuat teguran mengenai kewujudan ramainya ‘ustaz ekspres, ustazah jadian’ di kalangan artis yang berhijrah.

Ketua Wanita Umno Baling itu berkata, pandangannya yang dikemukakan ketika berucap pada Perhimpunan Agung Umno minggu lepas, disalah erti sehingga menimbulkan kemarahan banyak pihak.

“Dalam ucapan saya, tidak salah mereka yang berhijrah berkongsi pengalaman dan semangat Islam tetapi sewajarnya mereka tidak sentuh soal hukum hakam apalagi menghukum orang lain,” katanya menurut Sinar Harian Online hari ini.

“Yang saya bangkitkan ialah keadaan di mana mereka mengeluarkan pandangan atau bercakap mengenai perkara yang mereka tidak berapa tahu, sehingga menimbulkan kecelaruan masyarakat,” beliau dipetik sebagai berkata dalam portal berita itu.

Mashitah berkata, atas konteks tersebut, beliau menyentuh kewujudan mereka yang tidak mahir dalam bidang agama, termasuk segelintir artis yang baru menyertai PAS dan bercakap hal agama dan hukum hakam, sehingga menambah kekeliruan orang ramai.

Semasa berucap pada persidangan parti itu atas kapasiti perwakilan Wanita Umno Kedah, beliau berkata: "Artis pakai tudung, dipanggil ustazah dan mengendalikan program agama. Kemunculan ramai ustaz ekspres, ustazah jadian yang asalnya pelakon, penyanyi, 'rockers', kemudian masuk PAS, celaru keadaan!”

"Mereka mungkin mempunyai pandangan menyimpang, mungkin menyesatkan. Ada kesedaran dan semangat Islam tetapi tak boleh cakap pasal hukum kerana mereka tak ada wibawa. Setakat pengalaman tidak melayakkan kita jadi ustazah atau ustaz."

Beliau yang juga bekas timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu berucap membahaskan usul agama, pendidikan dan sosial.

Katanya, menurut Sinar Harian, beliau mengalu-alukan usaha dakwah golongan itu yang sudi berkongsi pengalaman atau menceritakan kisah hidup mereka sebagai pengajaran.

Mengulas mengenai kaedah pendakwah sama ada menyanyi atau berjenaka seperti yang juga disentuh dalam ucapannya, katanya kepada akhbar itu, beliau sekadar mengingatkan agar tidak keterlaluan sehingga mencacatkan ilmu yang hendak disampaikan.

“Setiap pendakwah ada kaedah tersendiri menarik perhatian hadirin. Namun, kita harus tahu seimbangkan cara dan isi.

“Ceramah ialah majlis ilmu, bukan persembahan hiburan seperti Maharaja Lawak Mega. Audien juga dinasihatkan tidak memilih ceramah kerana ada jenaka, tetapi kerana ilmunya,” katanya dipetik Sinar Harian.

Mashitah juga berkata beliau bimbang sekiranya terlalu banyak gelak ketawa dan disulami percakapan berunsur lucah atau menghina orang lain, majlis ilmu itu akan hilang keberkatannya.

Ditanya mengenai tuntutan permohonan maaf presiden Panglima Malaysia, Sulaiman Ibrahim atau lebih dikenali Leman Raja Lawak, Mashitah berkata, tiada keperluan berbuat demikian kerana beliau tidak menghina sesiapa.

“Saya tiada agenda peribadi bangkitkan isu ini. Jangan putar belit kenyataan saya. Tanggungjawab semua menegur apa yang tidak betul dalam masyarakat... Saya cadangkan beliau meneliti ucapan saya, bukan sekadar memetik sebaris dua petikan,” katanya.

Semasa dalam bahasnya minggu lepas, beliau berkata: "Nak cari ustaz, ustaz pun ceramah macam Maharaja Lawak Mega, ada juga ustaz macam ustaz Bollywood. Padan yang dengar pun, nak pilih ustaz yang nyanyi dan buat lawak, nak dengar lawak pi dengar Maharaja Lawak lah, tak payah dengar ceramah agama." – 2 Disember, 2014.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-12-2014 11:44 PM | Show all posts
lindarafee posted on 2-12-2014 09:26 AM
husband dia anak tunggal. skrg mak duduk dgn anak saudara sbb anak sendir x nak bela

bangsat betul ikat suami sampai begini... akak pantang org yg memutuskan hubungand engan mak dan tak kenang jasa ibu nih... celaka sangat... nak ajar mereka ni suruh sesiapa puak pembangkang ke pegi jumpa maknya dan buat2 coverage tak tinggal dengan anaks endiri atau rumah sendiri.. baru padan muka...

perosak agama..
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2014 09:25 AM | Show all posts
lindarafee posted on 2-12-2014 09:26 AM
husband dia anak tunggal. skrg mak duduk dgn anak saudara sbb anak sendir x nak bela

oo... kisahnya
so tak heran la dgn jiran pon leh bergado


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 05:37 PM GMT+8 , Processed in 0.289184 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list