CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2008|Reply: 16

[Tempatan] Bila dah hilang adab kepada ilmu

[Copy link]
Post time 27-11-2014 06:56 PM | Show all posts |Read mode
Hari ni tengok FB, hati rasa sayu bila melihat gambar-gambar yang diletakkan dalam FB Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa. Aku kira pemilik FB ini ialah Dr Awang Sariyan, Ketua Pengarah DBP sekarang. Dia buat lawatan ke kilang percetakan dawama (apa nama pulak sekarang) dan aku agak dihadiri juga oleh pihak media.

Sedih bila kilang cetak buku diperlakukan sebegitu rupa. Rasa dah macam tentera Monggol serang Baghdad dan bakar semua khazanah ilmunya.
Taktaulah masuk berita ke belum.

Pengambilan semula peringkat akhir premis DBP di Keramat daripada syarikat konsesi dalam keadaan yang menyedihkan, tanda kehilangan adab kepada ilmu, termasuk buku agama Islam yang disepahkan atau dibuang dalam tong sampah. Insya-Allah dalam tempoh dua bulan DBP akan beroperasi semula di premis Keramat untuk stor, pengedaran dan pemasaran DBP. 26 November 2014




Last edited by sharlenetexas on 28-11-2014 01:53 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-11-2014 06:58 PM | Show all posts
Yang ni paling sedih bila buku dilonggok macam tu je. Dibuat macam takde nilai. Baik sedekah kat perpustakaan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2014 06:58 PM | Show all posts
Selamat maju jaya DBP!
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 06:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kilang cetak al quran, pasti selamat tidak terbakar...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2014 07:00 PM | Show all posts
Baik bagi buku ni kat aku je

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
I tak rasa berminat nak baca novel2 Melayu rumi.

Kalau pakai Jawi script..ada minat la kot.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-11-2014 07:03 PM | Show all posts
Yang kat tengah tu Dr Awang Sariyan. Dua lagi tu tak kenal. Staf DBP kot.

Last edited by sharlenetexas on 27-11-2014 07:04 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2014 07:06 PM | Show all posts
sabbath_shalom posted on 27-11-2014 07:03 PM
I tak rasa berminat nak baca novel2 Melayu rumi.

Kalau pakai Jawi script..ada minat la kot.

Buku Zaaba ada dalam tulisan Jawi - Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri. DBP cetak dalam tiga versi - Melayu, Jawi dan Inggeris. Aku beli Melayu punya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2014 07:11 PM | Show all posts
sedih dgr psl staff2 dawama ni dlu... pisang berbuah 2 kali...
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas posted on 27-11-2014 07:06 PM
Buku Zaaba ada dalam tulisan Jawi - Perangai Bergantung Kepada Diri Sendiri. DBP cetak dalam tiga  ...

Buku dbp byk yg kena order..jarang jual kat kedai buku.

Nak cari susah..terutama buku2 jawi bukan keagamaan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2014 07:17 PM | Show all posts
dulu2 selalu cari buku2 dbp kat Pekan Buku UM
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-11-2014 07:20 PM | Show all posts
Dr Awang Sariyan melahirkan perasaan kecewanya dalam bentuk puisi


Puisi Amarah Murkaku

Betapatah tidak
air mataku merembes
hatiku luka berdarah
nuraniku terseksa pedih
jiwaku memberontak penuh amarah
apabila menyaksikan
hilangnya adab dan akhlak
dalam menghargai ilmu
Tangan dan jiwa kotor itu
semahunya menghina
karya ilmu dan susastera bangsa
tiada akal dan budi
meletakkan hasil pemikiran dan olahan karyawan bangsa
di bumi dan di tong sisa pepejal
setara sampah sarap dan kotoran
sesudah kaumungkiri amanah
kepada watan
sesudah kaunikmati laba
Itulah pengkhianat bangsa
Itulah pengkhianat negara
Itulah pengkhianat peradaban
Itulah pemusnah ilmu dan pemikiran
Azablah kelak hidupmu
di dunia dan di alam sana
jika tidak kaulunaskan
hutangmu kepada bangsa
kepada negara
kepada peradaban
kepada karyawan
kepada ilmu dan persuratan
kepada setiap jiwa
yang haknya kaudustakan.


Menjelang Subuh 27 November 2014

Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2014 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Generation X pasti familiar dengan buku2 DBP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2014 01:56 AM | Show all posts
loyangjohor posted on 27-11-2014 07:11 PM
sedih dgr psl staff2 dawama ni dlu... pisang berbuah 2 kali...

padahal ambil kontrak cetak buku teks tapi boleh rugi. tu lah bila duit dibawa pergi ke tempat lain. yang paling kesian staf kena berhenti kerja. dahlah masa tu beberapa hari lagi nak puasa. nak raya pulak tu. kesian family diorang.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2014 01:59 AM | Show all posts
Dari FB Kembara Bahasa Melayu Mahawangsa

Memberikan penjelasan kepada media tentang langkah segera DBP dalam menangani fungsi komersisl (pengeluaran, pengedaran dan pemasaran) sesudah pengambilalihan daripada syarikat konsesi. Antaranya pelantikan 122 pencetak dan 23 pengedar yang dengan sendirinya membantu meluaskan peluang perniagaan kepada Bumiputera, menjual terbitan di DBP di gedung buku besar dan berangkaian luas seperti MPH, Popular Book Store, Kedai Buku Satu Malaysia dan yang lain serta penjualan buku dalam bentuk kafe buku bergerak (van atau bas mini). Sejak mengambil alih fungsi komersial pada 1 September 2014, Alhamdulillah majalah sejak keluaran Oktober telah berada di pasaran lebih awal dan mudah dibeli di seluruh negara. Hampir seribu judul buku baharu dan cetak ulang sedang dicetak dan sebahagiannya telah terbit. Insya-Allah dalam tempoh enam bulan DBP dapat stabil semula dalam bidang pengeluaran dan pemasaran terbitannya. Mohon doa semua.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2014 02:00 AM | Show all posts
Aku ingat baca buku dbp tahun 90an, antara syarikat percetakan ialah Harian Zulfazli sebelum dawama diwujudkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2014 09:43 AM | Show all posts
sharlenetexas posted on 28-11-2014 02:00 AM
Aku ingat baca buku dbp tahun 90an, antara syarikat percetakan ialah Harian Zulfazli sebelum dawama  ...

dgr DBP dab ambil alih bhgian kreatif... betul ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.077346 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list