CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1589|Reply: 13

[Tempatan] PAU 2014: sejuta rumah mampu milik sebelum PRU-14

[Copy link]
Post time 27-11-2014 10:02 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Ketua Umno Bahagian Bukit Bintang, Datuk Zainal Mohd Rafique pada Khamis mempersoal kemampuan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membina sejuta rumah mampu milik sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Beliau yang merupakan wakil Wilayah Persekutuan dalam membahas ucapan dasar presiden parti pada Perhimpunan Agung Umno 2014 berkata, rancangan membina rumah mampu milik itu telah dinyatakan dalam aku janji menjelang PRU-13 tahun lalu.

Menurut Zainal Abidin, sejuta rumah yang dinyatakan itu termasuk 500,000 unit di bawah Projek Perumahan 1Malaysia (PR1MA) yang digerakkan oleh sektor awam dan swasta.

Beliau memberitahu, perumahan mampu milik kini merupakan masalah yang tidak berkesudahan khususnya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur.

"Adakah kita yakin mampu menyelesaikan masalah perumahan mampu milik sebelum PRU-14.

"Mungkin, jika kerajaan-kerajaan negeri yang mempunyai kuasa ke atas tanah-tanah, kementerian dan agensi berkenaan memberi kerjasama agar ia dapat ditunaikan sebelum PRU-14," katanya di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Khamis.

Zainal Abidin berkata, kerajaan diminta supaya menjadikan perumahan mampu milik di bandar sebagai agenda penting dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11).

Tambahnya, jika ia tidak dilaksanakan dengan serius maka kerajaan akan kehilangan kerusi-kerusi Parlimen di kawasan bandar pada pilihan raya umum akan datang.

"Ketika itu ia akan menjadi lebih sukar untuk Umno mencapai agenda politik yang tersurat dan tersirat.

"Di sinilah Umno perlu mengimbangi antara kehendak rakyat terutama yang berada di bandar dan wadah serta misi perjuangan parti," jelas beliau.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2014 10:25 PM | Show all posts
Bila pulak umNGOK ckp serupa bikin... Xpe time pru nanti bg je rm50 sure macai akan trus memangkah be end
Duduk bwh jambatan pon xpa
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 12:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Cerita syok sendiri.

Tak pe Melayu takut dengan Cina..pasti umno menang punyer..Melayu selamat di bawah umno. Pemimpin umno pon selamat dr segi harta, jawatan dll...melayu sama-sama selamat...syukurrr
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 12:42 AM | Show all posts
da dekat PRU... jangankan sejuta, sepuluh juta pun mampu time tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 12:56 AM | Show all posts
cucumberkl posted on 27-11-2014 07:25 AM
Bila pulak umNGOK ckp serupa bikin... Xpe time pru nanti bg je rm50 sure macai akan trus memangkah b ...

lah at least ada gak.. rumah yang di janji kan di bina.. DAP Penang mana..??
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 01:05 AM | Show all posts
Bulan dan bintang aku persembahkan.
Wayanggggggg.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2014 05:52 AM | Show all posts
itu isu negaro...bukang isu party...benda lah budak Zainal tu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 07:32 AM | Show all posts
Kalau pemimpin UMNO dikata penipu aku x heran...

yg aku HERAN PAKAI JUBAH SERBAN MENIPU....




  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2014 08:13 AM | Show all posts
semua nak untong...mana nak dapat yang murahnya....ops..mampu milik.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 10:27 AM From the mobile phone | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 28-11-2014 07:32 AM
Kalau pemimpin UMNO dikata penipu aku x heran...

yg aku HERAN PAKAI JUBAH SERBAN MENIPU....

Pe nak hairan. Sampai gua anak melaka terpaksa mengemis buat buku dia tak laku. Sendu alam.kasihan gua anak macai terpaksa menjadi pengemis ilmu pada puan ainon
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 10:33 AM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 28-11-2014 10:27 AM
Pe nak hairan. Sampai gua anak melaka terpaksa mengemis buat buku dia tak laku. Sendu alam.kasihan ...

@NIXAR cuba check IP cilipadi...sama x dengan IP yg mesej aku dalam FB




Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 10:34 AM From the mobile phone | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 28-11-2014 10:33 AM
@NIXAR cuba check IP cilipadi...sama x dengan IP yg mesej aku dalam FB

Haha.ngadu kt moderator. Kasihan . dh bg printscreen kat puan ainon dan group abs. Padan muka kau macai. Orang dh kenal perangai busuk kau. Penulis buku kuat mencarut
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 10:40 AM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 28-11-2014 10:34 AM
Haha.ngadu kt moderator. Kasihan . dh bg printscreen kat puan ainon dan group abs. Padan muka kau  ...

kahkahkah....

ko ni KEBAL...mod x ambil tindakan wlupun RUDE,PROVOKE....

ni ko punya ID ke ?


Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
GuaAnakMelaka posted on 28-11-2014 10:40 AM
kahkahkah....

ko ni KEBAL...mod x ambil tindakan wlupun RUDE,PROVOKE....

Dulu kau hina forumer pasal xbeli produk sampah kau. Kih3 sembang kencang. Xpe dh upload kt facebook kisah kau di cari forum
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.093129 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list