CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7404|Reply: 84

[Jenayah] Nasib Wak Jamil Gula Di Simbah Air Panas Oleh Menantu

[Copy link]
Post time 28-11-2014 07:39 AM | Show all posts |Read mode
Muar: Berang bapa mentuanya tidak membeli barangan keperluan termasuk beras dan rokok, seorang lelaki berusia 20-an  memukul mangsa menggunakan cota sebelum menyimbah air panas dalam kejadian di Batu 18 1/4, Ayer Hitam, dekat sini, kelmarin.

Lebih kejam, suspek yang tidak bekerja itu sanggup membiarkan Mohd Noor Abdullah, 55, atau lebih dikenali sebagai Wak Jamil Gula itu menanggung kesakitan dalam keadaan kepala berlumuran darah dan melecur di badan selepas dia meninggalkan rumah bersama isteri dan dua anaknya dengan menggunakan kereta milik mangsa.

Ini menyebabkan mangsa  merangkak sejauh  20 meter hingga ke depan pintu rumah saudaranya untuk meminta bantuan dalam kejadian  jam 4 pagi itu.

Biras mangsa Rubiah Manaf, 57, berkata, kejadian disedari beberapa saudara yang tinggal berhampiran selepas terdengar jeritan mangsa meminta tolong dari luar pintu rumahnya.

"Pada mulanya ahli keluarga lain yang tinggal berdekatan tidak berani menghulurkan bantuan kerana tahu sikap panas baran menantu Wak Jamil. Bagaimanapun, kerana tidak sanggup melihat dia merintih meminta tolong menyebabkan mereka membantunya.


      Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 November 2014 @ 5:15 AM   

WAK Jamil menerima rawatan di hospital selepas menantunya memukul dan  menyimbah air panas ke atasnya.

Sumber: http://www.hmetro.com.my/node/12446











Last edited by GhostWalking on 28-11-2014 12:04 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2014 07:42 AM | Show all posts
kuang ajaqq punya menantu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Menantu umur 57 tahun...
Pak mertua umur 55 tahun..

Menantu hantu 20an....

:Q:Q
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2014 07:45 AM | Show all posts
Elok Wak Jamil Gula sumbatkan gila sekilo dalam mulut menantunya
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 07:45 AM | Show all posts
menantu hantu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2014 07:57 AM | Show all posts
Cerita yang lebih detail:


  • Keadaan Mohd Noor yang melecur 35 peratus pada badan dan mukanya.
  • Lokasi kejadian Mohd Noor dipukul dan disimbah air panas oleh suami kepada anak angkatnya, dalam kejadian pagi kelmarin.
  • Mohd Noor melecur 35 peratus pada badan dan muka dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan.


        MUAR – Bukan setakat kepala dipukul menggunakan cota, seorang lelaki di sini, turut disimbah air panas oleh suami kepada anak angkatnya dalam kejadian di Batu 18 1/4, Air Hitam, kelmarin.

        Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, Mohd Noor Abdullah, 55, melecur teruk pada bahagian muka dan badan serta cedera parah pada kepala.

        Biras mangsa, Rubiah Manaf, 57, berkata, mangsa yang kematian isteri dua tahun lalu dan tidak mempunyai anak, membenarkan anak angkatnya dan suami tinggal bersama di rumahnya.

        Menurutnya, insiden itu dipercayai berpunca daripada masalah kewangan memandangkan suami anak angkatnya itu tidak bekerja.

“Mereka bertengkar sebelum itu. Kejadian ini cuma disedari saudara yang tinggal berhampiran selepas terdengar Mohd Noor menjerit minta tolong sambil merangkak keluar.

“Ketika itu, Mohd Noor berlumuran darah di kepala dan kulitnya melecur. Saudara saya mengejutkan yang lain untuk membantu Mohd Noor,” katanya semalam.

        Katanya, mangsa segera dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk rawatan berikutan keadaannya makin lemah.

        Menurutnya, suspek telah melarikan diri bersama isteri dan dua anak mereka menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) KIA Citra milik mangsa.

        Pengarah HPSF, Dr Selahuddeen Abd Aziz berkata, mangsa melecur 35 peratus pada bahagian muka dan badan, dan kini dirawat di wad kecemasan hospital berkenaan.

“Keadaan mangsa kini stabil. Dia dijangka menjalani rawatan dalam tempoh panjang berikutan lecur dialami agak serius. Dia akan dibenarkan pulang apabila luka lecur pulih,” katanya.

        Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Muar, Superintendan Muhammad Hanif Othman, ketika dihubungi memaklumkan pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut termasuk memburu suspek.

        Katanya, siasatan awal mendapati suspek mempunyai mempunyai tiga rekod lampau berkaitan jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata.


[url=]
[/url]Sumber:Sinar Harian

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2014 08:13 AM | Show all posts
tak sedar diri punya jantan, baguslah ke penjara kau lepas ni..
si bini tu pulak... anak angkat tak guna betul...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 08:17 AM | Show all posts
dah lah menumpang, xkenang budi betul.
bini plak sayang giler kat laki yang ntah hape2 tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2014 08:17 AM | Show all posts
lain kali jgn menumpang rumah bini....

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 08:18 AM | Show all posts
membela hantu
bukan menantu
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 09:14 AM | Show all posts
astaghfirullah... ini yang takut berbaik dengan orang even family members sendiri...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 09:16 AM | Show all posts
udah la menantu kepada anka angkat, tak bekerja, dasar biowok komodo betul
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak cucu punya nasib ntah camner.. Selayaknyalah repot polis kasi reput sikit dlm penjara..lps tu suruh anak mintak cerai.. Kalau mintak kat luar Mau kena simbah asid.. Baik mintak dia dlm penjara.. Setakat rokok pun pak mertua kena belikn.. Mati lg baik kalau setakat jd penyembur sperm je
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Smoga si syaitan ini dilanggar lori saja.

P/s ummah jawa kah?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 09:25 AM | Show all posts
kesiannnyeee...apa nk jadi dgn manusia skrg ni
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 09:28 AM | Show all posts
Harap dpt tangkap secepat mungkin pastu tampal gmbr sakai tu kat sini utk dicerca secara berjemaah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2014 09:33 AM | Show all posts
kesiannya pakcik ni.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 09:38 AM | Show all posts
Ummah JDT lagi... ish..ish..ish..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 09:45 AM | Show all posts
Allah kesiannya pakcik ni....
anak angkat & menantu bertarap lebih hina dr haiwan
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 09:59 AM | Show all posts
namirulmukminin posted on 28-11-2014 09:38 AM
Ummah JDT lagi... ish..ish..ish..

Muor.... sakai punya menantu hantu...naik hantu dahhh....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.127410 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list