CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6198|Reply: 54

[Tempatan] 9 Jam Perjalanan Ke Sekolah Tak Halang Dapat 5A

[Copy link]
Post time 28-11-2014 08:15 AM | Show all posts |Read mode
9 jam perjalanan ke sekolah, bukan penghalang untuk  mencapai UPSR 5AMariah  Ahmad, Astro Awani | Kemas kini: November 28, 2014
(Diterbitkan pada: November 28, 2014 07:44 MYT)        


Ibu bapa Emily tiba di Kuala Lumpur kelmarin  untuk memberi kejutan kepada Emily. - Astro AWANI/Mariah Ahmad





KUALA LUMPUR: Bagi Hellma EmilyJoinin,12,  perjalanan selama 9 jam dari rumah ke sekolah bukan halangan untuk terus menimba  ilmu.

Anak kedua daripada empat adik-beradik ini mencatat rekod sejarah  sekolah SK Magandai Kota Marudu, Sabah dengan mencapai keputusan 5A dalam Ujian  Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) buat pertama kalinya sejak sekolah itu  ditubuhkan.

“Saya bersama-sama kawan saya akan sentiasa mengulang kaji  pelajaran di sekolah ketika kami mempunyai masa lapang,” katanya kepada Astro  Awani di KLFA Academy Football Centre semalam.

Hellma Emily Joinin yang  mesra dikenali sebagai Emily juga cemerlang dalam bidang sukan.

Emily  yang memilih saluran 550 National Geographic Wild sebagai saluran kegemaran  sebelum ini pernah menyertai Program latihan 1MCC- Astro Kem BOLA pada tahun  2013 dan terpilih untuk menjalani latihan intensif di Kelab Bola Sepak Cardiff  City, Cardiff, United Kingdom yang diadakan pada Mac lalu.

Bagi ibu  bapa Emily, tiada ungkapan yang dapat menggambarkan perasaan mereka apabila  keputusan cemerlang Emily diumumkan.

“Kami sangat gembira apabila  mendengar keputusan Emily. Isteri saya sampai terlompat-lompat apabila mendapat  tahu mengenai perkara ini,” kata bapa Emily, Joinin Jabil, 40 yang juga  merupakan cikgu Bahasa Malaysia tahun 6 di SK Magandai.

Bagi ibu Emily  pula, Helly Noorwhety Jodiv, 35 beliau sangat bersyukur dengan keputusan  itu.

“Dia memang dari kecil, memang bagus. Kami ada gerakan hati dia  akan dapat. Dia sangat berkeyakinan. Saya susah hati kalau dia tidak dapat 5A,  sebab dia begitu yakin,” kata Helly yang juga merupakan guru di SK Maganda.

Bagi ibu bapa Emily, mereka sanggup berkorban masa dan tenaga untuk ke SK  Magandai yang jauh dari rumah demi mendidik murid mereka.

“Kami menaiki  motor bersama penduduk-penduduk kampung yang lain untuk ke sekolah yang terletak  kira-kira 100km daripada rumah kami, Kampung Tondig Tandik, Kota Marudu.

“Jika cuaca tidak begitu baik atau hujan, kami terpaksa berjalan kaki.  Perjalanan yang selalunya kira-kira 9 jam kadang kala akan menjadi satu hari  kerana kami terpaksa bermalam di dalam hutan ketika dalam perjalanan ke  sekolah," tambah Joinin.


Penduduk yang perlu ke SK Magandai  terpaksa menggunakan rakit untuk merentas sungai -  Facebook SK Magandai  Kota Marudu


Sebilangan  pelajar berehat sebelum meneruskan perjalanan mereka ke sekolah  -  FacebookSK Magandai Kota Marudu



Antara guru yang berehat ketika  dalam perjalanan ke sekolah  - FacebookSK Magandai Kota  Marudu



Antara jalan yang perlu dilalui  sebelum sampai ke sekolah - FacebookSK Magandai Kota Marudu


Joinin berkata perjalanan ke sekolah itu selalunya pada hari Ahad dan  kebanyakan guru-guru dan pelajar terpaksa bermalam selama dua hingga tiga minggu  di sekolah kerana jarak rumah yang begitu jauh dari sekolah.

Ibu bapa  Emily tiba di Kuala Lumpur kelmarin untuk memberi kejutan dengan Emily yang kini  menjadi mentor untuk program Program latihan 1MCC- Astro Kem BOLA 2014.            




  

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/9-jam-perjalanan-ke-sekolah-bukan-penghalang-untuk-mencapai-upsr-5a-49298?cp
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-11-2014 08:18 AM | Show all posts
kenapa tak di beri kemudahan yang terbaik pada penduduk dan pelajar kawasan ni?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah....

Pasni blh dok sek asrama penuh...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 08:22 AM | Show all posts
bangga tgk anak murid dan cikgu2 dan mak bapak berkorban untuk menuntut ilmu
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 08:26 AM | Show all posts
ya Allah...kuatnya semangat dorang...terharu baca..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 08:35 AM | Show all posts
bagus la, hanya org yg pernah rasa derita yang faham erti sebenar bahagia, tak macam sesetengah orang taking for granted, pantang ada kesempatan, mula la nak curang...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2014 08:39 AM From the mobile phone | Show all posts
gambar emily yg terang skit x de ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 08:39 AM | Show all posts
x sanggup nya aku...smpi 9 jam perrghhh...hr2 plak tu...
kt skola bpe jam je...
kul bpe dia kuar umh ek...x tecapai akal ku
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2014 08:46 AM | Show all posts
salah satu bukti pendidikan malaysia bertaraf dunia.
walaupun serba kekurangan tapi dia masih berinspirasi untuk berjaya.
Tahniah KPM
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 08:48 AM | Show all posts
Terbaik....Tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
oh ank cikgu budak nih kira takdelah org susah sgt.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 08:53 AM | Show all posts
napa dorang tak duduk aje dekat sekolah tu...
buat rumah dekat dekat situ sebagai contoh..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Sian kt pnduduk kt cne..tkde ke usaha dr pihak krajaan..something utk mmbantu..tk kira lh cr ape pun..diowang ttp rkyt msia dn berhak nikmati ape sj kmudahan mcm rkyat or negeri laen..now dh 2014 nk msk 2015..mmg sian..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 08:59 AM | Show all posts
Aduhai Sabah.. ai tak paham sampai bila BN tak improve jaringan transport sana.

Sekali diorang bangkit satu hari nanti, habis la BN..

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Salute sis.Begitu tabah mereka dlm menuntut elmu.

P/s
Bukan sperti ummah satu lg kerajaan dah bg pelbagai bntuan tup2 duk rankinh ujong2 jah.,duit buat beli smartphone..bimbo yahamat.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 09:03 AM | Show all posts
tahniah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2014 09:07 AM | Show all posts
tahniah dik. Bangga ada anak bangsa begini. susah hidup, masa perjalan bukan penghalang untuk berjaya. Sedang kami, anak-anak yang serba lengkap belum tentu dapat keputusan sehebat ini
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-11-2014 09:11 AM | Show all posts
atekome posted on 28-11-2014 12:58 AM
Sian kt pnduduk kt cne..tkde ke usaha dr pihak krajaan..something utk mmbantu..tk kira lh cr ape pun ...

Yup sepatutnya di beri kemudahan terbaik sama rata.Bukan bila dah berjaya baru nak di julang.Masa susah sorang2.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 09:13 AM | Show all posts
aku xtau nak kesian ke apa...

ade 1 contoh...org nak develop tanah kt sabah...nak jadi kan moden....DBKK susah nak appruv...

itu belom masok lg penduduk kg yg xbg buat jalan laa...yg xbagi besar kan jalan laa...xbagi nak turap jalan laa...

alasan ganggu umah depa...bukan depa dok ataas tanah sendiri..tanah kerajaan....DBKK plak asek bantah alasan penduduk buat bantahan...

alamat sampai bebila laaa berulang alik mcmni...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 09:13 AM | Show all posts
siannya cikgu dgn anak murid kat sana. selayaknya cikgu sana dpt elaun yg lebih sebab sekolah jauh. kat sini relax je leh gi byr bil dgn meniaga time kerja. ajar pun asal boleh, malam ajar tuisyen, sape tak gi tuisyen tak dapat hint ujian.

*flamebait*
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:32 PM GMT+8 , Processed in 0.493077 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list