CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7211|Reply: 81

[Tempatan] Pusat Beli-Belah Lima Bintang Tidak Sedia Peluang Kepada Vendor Melayu

[Copy link]
Post time 28-11-2014 05:11 PM | Show all posts |Read mode
  • PAU 2014: Pusat Beli-Belah Lima Bintang Tidak Sedia Peluang Kepada Vendor Melayu


Gambar hiasan.



KUALA LUMPUR: Pusat beli-belah bertaraf lima bintang mempunyai sedikit vendor Melayu walaupun terdapat kaum Melayu dalam senarai lembaga pengarah mereka, kata salah seorang perwakilan Umno Perak.
Datuk Mohd Radzi Manan berkata, lembaga pengarah Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang terdiri daripada orang Melayu yang mempunyai kepentingan di pusat beli-belah itu, tidak menyediakan peluang secukupnya kepada orang Melayu untuk membuka perniagaan mereka di sana.

"Ini adalah pusat beli-belah bertaraf lima bintang tetapi saya tidak lihat mana-mana kedai yang dimiliki oleh orang Melayu? Dimana orang Melayu? Hanya di pusat beli-belah 'tiada bintang'," katanya kepada perwakilan ketika membahaskan usul ekonomi pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2014 di sini, Jumaat.

Beliau berkata, ketua korporat Melayu yang kini 'duduk di kerusi besar' tidak harus lupa bahawa Umno yang meletakkan mereka disana.

"Kepada lembaga pengarah Melayu, jangan duduk di kerusi tinggi anda dan mendiamkan diri. Perjuang kepentingan Umno, Melayu dan Islam," katanya.

Mohd Radzi turut membidas beberapa pemimpin Umno yang memberikan projek kepada kontraktor Cina dan mengabaikan orang Melayu.

"Apabila mereka mahu undi, mereka cari orang Melayu. Namun sebaik sahaja mereka menang, mereka cari kapten Cina," katanya.


http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/11/28/pusat-beli-belah-lima-bintang/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2014 05:24 PM | Show all posts
org melayu tidak pandai berbisnes..dapt duit lebih, beli bmw dulu dr menyimpan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 05:30 PM | Show all posts
LTAT pun ada kena ngena dgn boustead, shopping complex The Curve kah?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kompem la kedai pprt mencemarkan permandangan saja..pastu datng ummah mat rempit melepak depan kedai melayu..selayaknya saja.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 05:34 PM | Show all posts
betul tu...aku pergi Suria KLCC, nak cari kerepek pisang, sikit punya susah....
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 06:03 PM | Show all posts
5 bintang ka...50 bintang ka... takde bintang ka.. memang tak banyak melayu nak sewa ruang jual barang buatan orang lain. Itu bisnes caprut semua.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-11-2014 06:08 PM | Show all posts
Cina lagi la tak pandai berniaga.  Suka sangat bukak bisnes caprut macam kedai tapi di tempat lima bintang masih sikit sangat berbanding kedai milik asing.  Melayu tumpu bisnes untung besar macam kontrak selenggaraan.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 06:10 PM | Show all posts
Cina pun tak ramai gak berniaga di klcc
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2014 06:40 PM | Show all posts
La....kalau bagi kat melayu nanti baru baru semangat lah business. Lama sikit nanti buka kedai 2-3 hari je seminggu. Lagi pun apa yang sesuai untuk orang melayu buka business kat 5* shopping complex? Takan nak jual kerepok lekor sedangkan sewa sebulan mau cecah 50krm.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 06:43 PM | Show all posts
Lepas tu nanti kedai tu bersawan, tak di jaga dengan betul. Yang rugi tokey mesak itu shopping complex juga. Kalau wa tokey mesak itu shopping pun wa kena fikir 2-3 kali juga nak bagi sewa kat dia orang.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 06:51 PM | Show all posts
melayu kalau dpt lesen berniaga pun dia jual balik kat bangla/pakistan macam kat jalan TAR... prrfffttt,....
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah sampai masa melayu berubah...rebut peluang...belajar berniaga...ambil risiko
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 07:28 PM | Show all posts
buat business tak semestinya berjaya, tak semestinya kaya. Banyak gagal business lepas itu bunuh diri. At least 3 kali ganda stress pekerja makan gaji. Kalau kebolehan mental tak sampai, bagi free rental pun boleh gagal.

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 07:36 PM | Show all posts
famri7 posted on 28-11-2014 05:34 PM
Kompem la kedai pprt mencemarkan permandangan saja..pastu datng ummah mat rempit melepak depan kedai ...

Tak pelaaaa meniaga tempat lain. Bumi Allah luas.. Famri7 ni bangsa ebola meniaga kat pavilion
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Isu ni dah lama raise by tan Sri nor yaacob.. Pastu senyap je..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 07:46 PM | Show all posts
CrowneGlory posted on 28-11-2014 07:44 PM
Isu ni dah lama raise by tan Sri nor yaacob.. Pastu senyap je..

Pernah tanya.. Sewa dia fuiyoo mahal..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2014 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Datinaishah posted on 28-11-2014 07:36 PM
Tak pelaaaa meniaga tempat lain. Bumi Allah luas.. Famri7 ni bangsa ebola meniaga kat pavilion

Kalau nak kutuk melayu pun.. Byk je mall cina yg pprt.. Cth leisure mall kat Cheras tu.. Haiyaa manyak jinjang.. Dgn lagu2 pecah gegendang nya.. Betul mcm disko pprt cina dlm tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 07:58 PM | Show all posts
Maju Junction milik Melayu tu maju sangat ke?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 08:02 PM | Show all posts
CrowneGlory posted on 28-11-2014 07:47 PM
Kalau nak kutuk melayu pun.. Byk je mall cina yg pprt.. Cth leisure mall kat Cheras tu.. Haiyaa ma ...

Mana ada hai yaaa banyak bagus kata famri7.. Kalo Melayu semuanya bodo dan pprt.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2014 08:11 PM | Show all posts
kalau pergi kompleks pertama, yang kat belah depan dan tengah tu kedai2 cina..yang gelap kat belakang tu bazaar melayu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.088859 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list