CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1145|Reply: 3

[Tempatan] PAU 2014: Jangan pertikai 1,000 kuota haji 1MDB

[Copy link]
Post time 28-11-2014 11:26 PM | Show all posts |Read mode
Seorang perwakilan tampil menyelar pemimpin Pakatan Rakyat yang terus mengkritik syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Wakil Kelantan, Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, Pakatan juga tidak menghargai sumbangan 1MDB yang didakwanya menghantar lebih 1,000 orang imam untuk menunaikan ibadah haji sejak ia ditubuhkan.

"Ia mampu menghantar 1,000 orang imam masjid dan surau untuk menunaikan ibadah haji.

"Kenapa semua ini tak dipersetujui pembangkang?" tanya Ikmal sewaktu membahaskan usul ekonomi di Perhimpunan Agung Umno petang ini.

Menurutnya,  Pakatan Rakyat tidak wajar berterusan mengkritik badan "pelaburan strategik" itu kerana ia bukanlah menggunakan wang kerajaan untuk membiayai keseluruhan operasinya.

Dakwa Ikmal, 1MDB hanya menggunakan RM1 juta dari kerajaan sebagai dana sokongan permulaan dan jaminan bon sebanyak RM5.8 bilion dari kerajaan.

"Adilkah syarikat seperti ini didesak dan ditekan seolah-olah mereka menggunakan wang kerajaan semata-mata," katanya.

Pakatan Rakyat sebelum ini mendakwa hutang 1MDB yang ditanggung kerajaan berjumlah RM20 bilion.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli turut mempersoalkan kerahsiaan operasi 1MDB yang dakwanya turut mempunyai operasi di pusat bebas cukai Kepulauan Cayman.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2014 05:22 AM | Show all posts
lah apoh yang susah kan..., Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz ...hang bagi le surat jaminan...tanpa batalan....kamu akan tanggung...kalu itu 1MDB....jadik macang MAS....
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2014 05:39 AM | Show all posts
hmm isu 1MDB lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2014 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Tun M pun kritik laa bangang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:25 AM GMT+8 , Processed in 0.347888 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list