CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5214|Reply: 24

Lelaki Harapan Dunia

[Copy link]
Post time 29-11-2014 04:47 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-11-2014 05:06 AM From the mobile phone | Show all posts

Filem Lelaki Harapan Dunia arahan pengarah baru, Liew Seng Tat bukan memaparkan tentang kebodohan mahupun menyentuh isu politik, sentimen atau sensitiviti dalam kalangan masyarakat Melayu.

Menurut Sharon Gan selaku penerbit, idea menghasilkan filem ini sebaliknya mengetengahkan sebuah kisah komedi di samping mempelihatkan budaya dan kemuafakatan juga semangat bersatu padu masyarakat Melayu serta mengangkat keunikan tradisi lama mengangkat rumah."Tema filem ini tentang tradisi dan budaya.

Tidak dinafikan, filem ini memang mempunyai banyak lapisan yang mungkin memberi maksud tersirat tetapi ia bukan bertujuan memaparkan kebodohan ataupun sensitiviti orang Melayu."Sebaliknya, kami mahu menarik perhatian penonton menerusi komedi yang digarap dalam filem ini," katanya ketika ditemui pada majlis Malam Gala Lelaki Harapan Dunia di Kuala Lumpur, semalam.

Sharon mengulas lanjut dakwaan filemnya memaparkan kebodohan Melayu seperti menerusi babak watak seorang kanak-kanak tidak berminat subjek matematik.

Selain itu, dari segi sentiviti menerusi babak cara menjalankan qurban seekor unta juga disifatkan sebagai zalim. Malah, beberapa dialog diselitkan merujuk situasi dan cara politik masyarakat negara ini.

Harun Salim Bachik yang melakonkan babak qurban unta menyatakan ia memberi satu kelainan tetapi tidak menafikan babak percikan darah sewaktu unta disembelih dipertontonkan agak keterlaluan."Bagi saya babak itu tidak zalim kerana kita melakukannya mengikut syariat. Malah, babak penyembelihan itu tidak ditujukkan tetapi mungkin percikan darahnya agak berlebihan," katanya.

Sementara itu, Seng Tat menyatakan dia mengambil masa dua tahun untuk menghasilkan skrip dan menjalankan banyak kajian tentang budaya dan tradisi masyarakat Melayu.Katanya, dia mahu memastikan segala yang dipaparkan dalam filem keduanya ini bukan saja sangat dekat di hati masyarakat Melayu tetapi boleh ditonton semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, fahaman mahupun idealogi..

"Sejak kecil saya sudah biasa bergaul dengan masyarakat Melayu. Malah, saya tahu dan sangat tertarik dengan tradisi angkat rumah yang sering dilakukan mereka yang tinggal di negeri sebelah utara."Saya rasa tradisi ini sangat unik dan generasi hari ini mungkin tidak ramai mengenainya. Jadi, dari situlah timbulnya idea untuk menghasilkan filem ini," katanya.

Bakal menemui penonton mulai 27 November ini, filem ini juga dijayakan pelakon berpengalaman antaranya Wan Hanafi Su, Soffi Jikan, Jalil Hamid dan Azhan Rani.

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2014 11:53 AM | Show all posts
crite ni terima mix reaction daripada peminat seni...

ade kata filem ni filem satira...memang begitu...

ade plak yang sensetif...kata filem ni mempelekehkan...

br plan nak tengok movie ni..tengok trailer macam best...ade kelainan...
Tapi tulah...kene tengok dulu baru tau macam mana
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2014 11:58 AM | Show all posts
yg kate sensitif tu masih belum terbuka fikiran diorg tu...filem ade mcm2 genre ya...
kebolehan bersatira ni one of the thing our malaysian film industry should explore
scene terpecik darah kurban pun dh sentap giler2..belum lg psl sentuh anjing..
klu sentuh tang ni, alamat smpi nak dibakar pawagam tu
org2 sebegini baik duduk jelar dlm kepompong lama ngan citer2 mat rempit, bohsia, gangster
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2014 12:00 PM | Show all posts
abg khirrahman ni jugak mengarah filem anu dlm botol raja azmi tu kan?


filem dia sendiri pun lagi kuat explore sensitiviti agama..

Last edited by dauswq on 29-11-2014 12:03 PM

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2014 12:09 PM | Show all posts
dauswq posted on 29-11-2014 11:58 AM
yg kate sensitif tu masih belum terbuka fikiran diorg tu...filem ade mcm2 genre ya...
kebolehan ber ...

sentuh anjing Yasmin Ahmad dah buat dulu dalam Gubra,
ustaz tu usap anjing otw pergi ker surau...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2014 12:25 PM | Show all posts
kukukatablog posted on 29-11-2014 12:09 PM
sentuh anjing Yasmin Ahmad dah buat dulu dalam Gubra,
ustaz tu usap anjing otw pergi ker surau... ...

cuba kalau pengarah cina buat noks..


Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2014 12:44 PM | Show all posts
Walaupun tak rasa mcm nak tgk filem ni kat pawagam, I dont think perlu nak merendah2kan filem ni. Tak isu, tp saja nak create issue utk memperlekehkan usaha org lain. Motipp??? Kau dengki?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2014 12:49 PM | Show all posts
Big words for a race that makan anjing.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2014 01:32 PM | Show all posts
Urang UMNO membebel lagi.

Btw, pi letak la thread ni kat CI. Sana lagi menarik bashing partynya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2014 01:34 PM | Show all posts
dauswq posted on 29-11-2014 12:00 PM
abg khirrahman ni jugak mengarah filem anu dlm botol raja azmi tu kan?

La...dia ke?

Stok2 Ahmad Idham rupanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2014 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
chazey posted on 29-11-2014 01:32 PM
Urang UMNO membebel lagi.

Btw, pi letak la thread ni kat CI. Sana lagi menarik bashing partynya.


Err.. Sori cane nak letak kat CI tak tau. Hee..

Bukak thread ni sbb nak tgk segala jenis komen dari semua.. Ada yg sokong. Ada yg tidak.. Menarik untuk dibaca dan dipikirkan...

Papepun aku sebenonye nak kumpul semua komen dari retis2 atau ig bekenaan cite LHD ni.. Tapi takde pulak  butang uplod ...

Sesapa ada lagi jumpa kekomen bekenan LHD dari ig ig retis atau yg dah tgk bolehla tepek..  

Takde niat nak bash atau sokong pun dgn khir rahman..just nak tau pendapat memasing.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2014 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Foghorn_Kazoo posted on 29-11-2014 11:53 AM
crite ni terima mix reaction daripada peminat seni...

ade kata filem ni filem satira...memang beg ...

Betul. Kena tgk dulu.
Terpulanglah pada masing kan..

Ko dah tgk belum?
Aku belum..

Tapi sebab banyak sgt komen bercanggah tu yg buat tertarik nak tgk..
Walaupun aku mmg tak penah tgk cite melayu kat pawagam selama ni..

Haha.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2014 04:13 PM | Show all posts
malukokram posted on 29-11-2014 03:57 PM
Betul. Kena tgk dulu.
Terpulanglah pada masing kan..

Blom lagi...

hari rabu haritu nak p tengok..skali blom kluar daa...dia start kluar khamis...
kalo rabu hrtu dah ade...memang dah layan la..

mayB nex week br sempat tengok...

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2014 04:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Satira ni very new to meols yang tak pandai ilmu filem. Iols pohon pencerahan. Bolehla kita sama2 belajar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2014 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa lg better cite mcm ni yg buat orang berbincang luahkan pendapat diorang..dari cite yg kosong just nak kasi gelak tebahak bahak  balik umah, dah. Takde ape dah.. Happy? Banyak lagi cara nak happy..
Dari cerita yg buat bebudak rasa nak jadi gangster hebat duk lua gua lu gua kehulu kehilir sampai mak bapak pening kepala..

At least bukak jugak mata mata org Melayu Islam sume.

Dari bising kata cite ni bodohkan Melayu. Baik kita up kan diri.. Up kan agama.. Dan make something worth utk agama kuarga dan negara.

utk pejuang seni Melayu...anda bolehdah make film baru yg martabatkan maruah melayu bebanyak utk kami tgk plak..

Tu pendapat akula.


Oh..sori..
#tengokpunbelom.

Larikkkkkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2014 04:17 PM | Show all posts
de_ikea posted on 29-11-2014 04:13 PM
Satira ni very new to meols yang tak pandai ilmu filem. Iols pohon pencerahan. Bolehla kita sama2 be ...

satira tu macam sindiran...

Slalo filem2 satira ni adegan/babak dalam filem tu ade sindiran tetang budaya/isu semasa masyarakat..

cth paling senang:
crite mamat khalid tu..Hantu kak Limah balik rumah

Cerita komedi tapi ade unsur sindiran..
Tulah...kadang2 cerita satira ni ada kala menjadi, dipuji..kalo x kena tempat, dicerca...hihi



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2014 04:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Foghorn_Kazoo posted on 29-11-2014 04:17 PM
satira tu macam sindiran...

Slalo filem2 satira ni adegan/babak dalam filem tu ade sindiran tet ...

Mcm parody eh kot bahaso inggeris?

Baru aku tau satira tu apa. Kena banyak membaca lagi nih.

Tq beb.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2014 04:22 PM | Show all posts
malukokram posted on 29-11-2014 04:15 PM
Aku rasa lg better cite mcm ni yg buat orang berbincang luahkan pendapat diorang..dari cite yg koson ...

Movie ni macam lain sikit...

Trailer dia pon lain, poster filem pon lain...memang dari jenis cerita melayu
yang luar kepongpong filem2 MIG, Razak Mohyideen, filem2 Yusof Haslam @pon Filem Aziz M Osman..

Even pelakon2 dalam movie ni..lebih kurang macam pelakon yang pelakon2 indie...

Bukan jenis mainstream...

Formula sama macam Mamat Khalid sikit la..guna wajah biasa, wajah tempatan...

Bukan yang cantik2, berwajah pan asian dan berkereta mewah semua....

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2014 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Foghorn_Kazoo posted on 29-11-2014 04:17 PM
satira tu macam sindiran...

Slalo filem2 satira ni adegan/babak dalam filem tu ade sindiran tet ...


Terima kasih atas pencerahan uols.
Terharu iols.

Tapi betul lah. It's definately not easy to be accepted. We have different level of mentality and acceptance.

And i agreed, it is something worth to be learned and debated after all. Dari tersogok dgn cerita2 mig, idham, tok usop selam dll.



Last edited by de_ikea on 29-11-2014 05:44 PM

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.083724 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list