CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3954|Reply: 40

[Tempatan] Isteri terpaksa berhutang beli susu, lampin suami

[Copy link]
Post time 1-12-2014 08:07 AM | Show all posts |Read mode
  • Rohana Ariffin, 46, (kanan) memberi minuman kepada suaminya Piaamaddin Saad, 48, yang terlantar sakit akibat kemalangan jalan raya pada Disember 2012 ketika ditemui di rumah mereka di Kampung Kandis, Kodiang dekat Jitra hari ini. - Foto Bernama



        JITRA - Seorang isteri terpaksa berhutang dengan rakan dan jiran untuk membeli susu khas, lampin pakai buang serta ubat untuk suaminya yang terlantar akibat kemalangan.
            
        Rohana Ariffin, 46, dari kampung Kandis, Kodiang dekat sini berkata suaminya Piaamaddin Saad, 48, lumpuh seluruh badan selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Disember 2012 di Pendang.
            
        Rohana berkata, dia terpaksa berhutang selepas bekalan susu khas untuk suaminya dari hospital telah habis sejak Oktober lepas.
            
        "Susu itu harga RM78 setin dan hanya bertahan tiga hari.
            
        "Saya dah buat permohonan kepada pihak hospital untuk dapatkan susu khas itu secara percuma pada tahun hadapan.
            
        "Tapi sebelum sampai tahun depan saya terpaksa beli sendiri bekalan. Saya tak mampu nak kerja sebab ada ketumbuhan pada ovari.
            
        "Bantuan dari JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) sebanyak RM300 sebulan tidak cukup untuk tampung perbelanjaan suami lebih RM1,000 yang memerlukan perhatian sepenuhnya," kata Rohana kepada pemberita di rumahnya hari ini.
          
        Rohana berkata dia dan suami bersama dua anak Iskandar Zulqurnain, 15, dan Natasha, 11, yang masih bersekolah terpaksa mengharapkan bantuan orang ramai yang memberi zakat dan pelbagai sumbangan lain bagi meneruskan kehidupan.
            
        Katanya, dia juga tidak mampu untuk membayar yuran persekolahan untuk anaknya.
         
        Rohana berkata Iskandar kini mengambil upah mencuci kereta berhampiran rumah mereka bagi mengumpul duit untuk membeli kelengkapan persekolahan dan buku pada tahun hadapan.
            
        "Saya harap ada pihak tampil bagi bantuan kepada keluarga," katanya.     
         
        Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan boleh menghubungi Rohana di talian 017-5857686 atau terus ke akaun Agro Bank 1-00-5031-00005954-5. - BERNAMA


[url=]http://www.sinarharian.com.my/semasa/isteri-terpaksa-berhutang-beli-susu-lampin-suami-1.337899
[/url]

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2014 08:43 AM | Show all posts
Kesian, bless her dengan ujian ini. adalah JKM tapi tak cukup ...baitulmal?

Kejap ye saya tertanya -

pesakit ni juga ada bantuan physio ke ataua apa apa ?



katakan Pesakit ni dah lumpuh from  neck below so physiotherapy memang dah tak perlu ke ? isk isk tengok bulk muscles dia tu  dah mula menyusut kesian sangat ...takkan lah kot ?



Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 08:47 AM | Show all posts
semoga ada insan yg berhati mulia utk menderma..

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 08:51 AM | Show all posts
Simpati. Tp kenapa hanya ada akaun agro bank. Akuan bank lain takde ker. Tak byk cawagan agro bank.

BTW, yuran sekolah keb. dan men. bukan ker dah takde sekrg? Anak dia sekolah kat mana?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 09:28 AM | Show all posts
sila semak semula
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 09:45 AM | Show all posts
tumpang simpati...semoga dipermudahkan urusan akak ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-12-2014 09:57 AM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf posted on 1-12-2014 08:43 AM
Kesian, bless her dengan ujian ini. adalah JKM tapi tak cukup ...baitulmal?

Kejap ye saya tertany ...


Physiotherapy tu ada cik kak...

Tapi dlm keadaan keluarga yg daif mcn tu sapa yg nak bawak ke hospital...nk berulang ke hospital kena sewa teksi lagi...lebih baik duit tu digunakn utk keperluan lain..


Mgkin klu dpt rawatan sewajarnya keadaan fizikal suami tu takkn seteruk tu...jiran cuma mampu ziarah sambil sebut bersabarlah sambil hirup kopi O & biskut mayat & hulur berapa termampu...
Jkkk tak panjangkn perkara ni ke ADUN....

Isteri nk kuar bekerja nanti tak de org jaga suami...

Last edited by jazaa on 1-12-2014 10:22 AM

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 11:39 AM | Show all posts
mana la pihak yang patut membantu.. tido ke apa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2014 11:51 AM | Show all posts
JKM dan Baitulmal tu, depa hanya mampu bagi bantuan fix rate ka?

takda ka bantuan yang boleh guna budi bicara, bergantung pada tahap keseriusan penerima bantuan?
nampaknya sistem sedia ada ni kurang unsur kemanusiaan
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 11:59 AM | Show all posts
jazaa posted on 1-12-2014 09:57 AM
Physiotherapy tu ada cik kak...

Tapi dlm keadaan keluarga yg daif mcn tu sapa yg nak bawak ke ...

dik...akak tertarik dgn biskut mayat you sebut. Biskut ape tu?


Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 12:00 PM | Show all posts
Kalau ada ovarian cyst tak payah buang ke? Kalau harmless sepatutnya akak ni blh keje la kan.

Tapi kalau keje pon sapa nak jaga laki dia... unless keje dari rumah.  

Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 12:03 PM | Show all posts
PEPPERMAN posted on 1-12-2014 11:51 AM
JKM dan Baitulmal tu, depa hanya mampu bagi bantuan fix rate ka?

takda ka bantuan yang boleh guna ...

p cik saya accident jln raya tahun lepas. masa dkt hospital lagi dah buat
permohonan dgn pusat zakat. so bila keluar hospital dah dpt semua. susu, pampers,
kerusi roda dan bantuan  bulanan.yg uruskan permohonan kakak saya. ambil gambar.
bawa ke pusat zakat, yg kelakar depa suhbawak p cik ke  situ, kakak saya jwb sediakan  
pengangkutan dia bawa,  kalau tak sila dtg rumah tgk.kakak saya uruskan sbb mak saudara
sibuk jaga p cik.agak2 kakak ni sebatang kara ke?
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 12:03 PM | Show all posts
prettyuglybabe posted on 1-12-2014 11:39 AM
mana la pihak yang patut membantu.. tido ke apa

Pihak membantu ada tp amount RM300 sebulan tak cukup.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 12:06 PM | Show all posts
kak_sue posted on 1-12-2014 11:59 AM
dik...akak tertarik dgn biskut mayat you sebut. Biskut ape tu?

biskut Hup Seng
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 12:06 PM From the mobile phone | Show all posts
kak_sue posted on 1-12-2014 11:59 AM
dik...akak tertarik dgn biskut mayat you sebut. Biskut ape tu?

Biskut lemak Hup Seng cap bola ping pong....


Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 12:10 PM | Show all posts
Yang sebut biskut mayat..biskut mayat...i boleh agak umor uols ni berapa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-12-2014 12:17 PM | Show all posts
Org mcm nilah yg patut dibantu..tolonglah tak payah bantu orang yang konon tunjuk rumah buruk, padahal bukan saja buruk, kotor, anak2 ramai dah besar2 tapi plastik jajan bertimbun tapi mengeluh susah padahal suami isteri serta anak2sihat walafiat.
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 12:24 PM | Show all posts
jazaa posted on 1-12-2014 12:06 PM
Biskut lemak Hup Seng cap bola ping pong....

oh....biskut tawar.





Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 12:27 PM | Show all posts
mmg klu dah guna susu khas utk diberikan pd suami plus pki pampers akan menambah kos
klu ada farmasi yg biasa dia akan bg rate yg murah sikit
lampin plk at least sehr 3 keping kena guna
hrp akan ada pihak yg tampil membantu
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2014 12:30 PM | Show all posts
ajinomotonosuga posted on 1-12-2014 12:06 PM
biskut Hup Seng

kenape ya di panggil biskut mayat? dulu di singapore....drink brand sinalco (kalau tak silap) tak laku kerana they call it  funeral drink. kat chinese funeral suka serve this braand.  maaf TT off topik kejap.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 04:38 PM GMT+8 , Processed in 0.487259 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list