CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dauswq

[MBC]╃Kill Me,Heal Me - WON CARI 2015 Drama of The Year

[Copy link]
Post time 31-10-2015 05:16 PM | Show all posts
Edited by tuna_sandwic at 31-10-2015 05:24 PM

Dah siap aku nyereview.. @dauswq .....

Rating Keseluruhan Drama: 9 + 8.5 + 9 + 5 + 4 = (8.9/10)

1. Cerita  (9/10)
   
Drama ini menyingkap psikologi manusia melalui perkembangan isu DID/Multiple Personaliti Disorder. Sekali lagi Ji Sung dan Hwang Jung Eum menjadi pasangan utama dalam siri ini. Namun begitu keserasian mereka agak tenggelam berbanding pasangan kembar HJE dan Park Seo Joon. Menonton drama ini tidak dapat tidak pasti terpaksa membandingkan lakonan JS dan HJE di dalam Secret Love. Tercari-cari momen indah mereka. Namun terasa sangat hambar.

Kisah dimulakan dengan babak-babak di hospital di mana pelbagai kerenah pesakit mental ditampilkan sebagai cabaran tugas seorang doktor psikiatri. Kerenah pesakit Heo Sook Hee membawa pertemuan ORJ bersama DHJ di sebuah kelab berprestij.


Do Hyun(CDH)/Shin Se Gi/Perry Park/Ahn Yo Sub/Ahn Yo Na/Nana/mr X:
CDH adalah anak orang kaya yang baru pulang ke Korea setelah bertahun tinggal di Amerika. Menghidap penyakit DID dengan 7 watak berlainan. Cha Do Hyun sebagai watak asal ketika normal. Bertukar menjadi watak ganas bernama Shin Se Gi apabila menghadapi ancaman. Watak Perry Park pula merupakan seorang fashionista dengan lenggok bahasa yang menarik.
Watak Ahn Yo Sub akan muncul apabila rasa kecewa dengan kehidupan. Sebagai remaja sekolah yang sangat ingin membunuh diri serta mempunyai pasangan kembar dinamakan Ahn Yo Na. Ahn Yo Na ini gadis cute dan gedik serta sangat obses dengan idol. Nana pula adalah watak rahsia yang sering ditemui bersama sebuah patung beruang. Dan akhir sekali watak Mr X sebagai penamat kepada jalan cerita ini.


Oh RiJin (ORJ): adalah seorang doktor pelatih di Hospital Mental/Sakit Jiwa. Hidupnya sangat bahagia bersama keluarga dan tanpa disangka beliau mempunyai titik hitam dalam sejarah lampau sehingga mengakibatkan kehilangan sebahagian memori silam.


Oh RiOn (ORO): merupakan abang kembar kepada ORJ. Pada episod awal digambarkan sebagai seorang yang tidak bekerja dan menumpang nasib melalui adik kembarnya dan juga kedua ibu bapanya. Namun begitu, ORO juga banyak menghasilkan pelbagai novel misteri dengan menggunakan nama samaran Omega.   


Ia sebuah drama yang menarik. Anda tidak harus meninggalkan drama ini dari senarai tontonan kerana banyak adegan menarik yang mencuit hati serta pelbagai kisah silam yang terbongkar satu persatu.








2.Keberkesanan Lakonan (8.5/10)


Tidak ramai watak dalam siri ini yang boleh diberikan pujian. Fokus cerita ini lebih kepada watak Ji Sung semata-mata.


Ji Sung[Pencalonan Best Actor]

Pujian harus diberikan kepada Ji Sung. Sememangnya 7 watak yang dibawa menjadi igauan terhadap penonton. Sering teringat-ingat watak Ahn Yo Na yang gedik terlampau serta Shin Se Gi yang kasar dan romantik. Loghat yang dilontarkan melalui watak Perry Park turut membuat kita sering tersenyum dan ternanti-nanti.


Hwang Jang Eum
Di dalam siri ini ternyata lakonan HJE kurang menyerlah. Seolah-olah ada gangguan di dalam lakonan beliau. Namun penghayatan beliau masih lagi terbaik. Gabungan HJE dan Park Seo Joon sangat serasi. Nampak cute dan romantik berbanding dengan Ji Sung.


Park SeoJoon
Lakonan yang sangat simple dan bersahaja. Tidak ada yang boleh dibanggakan sangat. Nice acting. Mungkin perlu mendapatkan skrip yang lebih mencabar bagi menonjolkan bakat lakonan beliau.


Kim SeulGi [Pencalonan Supporting Actress]
Lakonan Kim Seul Gi sebagai pesakit mental yang muncul dalam beberapa episod awal sangat memberi kesan. Sayangnya, watak beliau dimatikan lebih awal dan tiada penjelasan. Namun begitu, lakonan yang ditonjolkan dengan aksi dan mimik muka yang over sangat menjentik hati ini. Pujian patut diberikan kerana kehadiran beliau berjaya menyuntik elemen luar biasa di dalam babak permulaan drama ini.

Pencalonan:
1.   Park Ji Sung untuk Best Actor
2.   Kim Seul Gi untuk Supporting Actress




3. Aspek teknikal (Lakonlayar, teknik pengarahan, sinematografi)  (9/10)

Meskipun drama ini membawa topik yang agak berat tapi penyampaian jalan cerita sangat ringan dan bersahaja. Banyak adegan lawak yang memberikan keceriaan dalam siri ini.

Setiap plot digarap dengan sangat ringkas dan teratur. Editing yang cantik dan tersusun. Pengarah berjaya mengekalkan momentum untuk penonton meneruskan tontonan dengan mewujudkan banyak plot twist. Di antaranya,  Oh Ri Jin rupa-rupanya bukanlah adik beradik kembar Oh Ri On. Cha Do Hyun pula bukanlah nama sebenar Cha Do Hyun dan sebenarnya ia adalah nama sebenar Oh Ri Jin. Perry Park pula adalah nama sebuah kapal layar yang diidamkan oleh ayah Cha Do Hyun.


Sinematografi yang cantik dan bersesuaian dengan setiap babak yang dilakonkan. Terutamanya ketika flashback zaman kecil Cha Do Hyun bersama ayahnya ketika melihat kapal Perry Park.

Unsur flashback menjadi daya tarikan dalam drama ini. Menariknya setiap flashback memberikan kesan seram dan menakutkan. Pencahayaan dan sudut pandang kamera memberikan impak sedih dan sayu. Terutamanya scene Cha Do Hyun bersama Oh Ri Jin sewaktu kecil ketika bermain keretapi dan dimarahi ayahnya. Paparan bayangan/shadow berjaya menjentik rasa takut dan sedih yang dialami dua kanak-kanak tersebut.

Sedikit ketidak logikan ditonjolkan di dalam drama ini. Di mana watak Cha Joon Pyo (ayah Cha Do Hyun) dihidupkan selepas koma selama 20 tahun dan boleh terus bangun tanpa sebarang masalah. Bagi penonton yang berfikiran realistik akan merasa sangat terganggu dengan penampilan ini. Sebaiknya watak beliau dimatikan sahaja dan digantikan dengan penemuan beberapa bahan bukti kerana ia merosakkan keseimbangan drama ini. Jika tidak pun, tidak perlu koma selama 20 tahun, cukuplah koma selama 1-2 tahun sahaja. Itu sudah memadai.




4. Skor muzik (5/5)

Semua backgroundmusic/OST yang sangat-sangat best. Cukup serasi dengan plot dan jalan cerita. Ada rasa seram, sayu, sedih, gembira, kelakar, takut.
Memang best!


환청 (AuditoryHallucination) - 장재인 ft. 나쑈 (Jane Jang ft. NaShow) merupakan lagu yang membuat hati terasa sangat sayu, takut dan sedih dalam masa yang sama. Ia sering terngiang-ngiang dan membuatkan kita terbayang kembali babak-babak Oh Ri Jin bersama Shin Se Gi.  


PencalonanLagu Terbaik:
1.   환청 (AuditoryHallucination) - 장재인 ft. 나쑈 (Jane Jang ft. NaShow)


5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (4/5)

Drama ini merupakan sebuah drama ringan dan agak menarik minat untuk tontonan semula. Terutama bagi peminat Ji Sung, pastinya tidak akan serik untuk mengulangi bahagian lakonan melibatkan Shin Se Gi dan Ahn Yo Na yang sangat menonjol dan memberi impak berbeza.

Comments

TOTAL = 9 + 8.5 + 9 + 5 + 4 = (8.9/10) Terima Kasih atas review Nomination: Ji Sung, Kim Seul Gi  Post time 1-11-2015 02:55 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-10-2015 10:25 PM | Show all posts
tuna_sandwic replied at 31-10-2015 05:16 PM
Dah siap aku nyereview.. @dauswq .....

Rating Keseluruhan Drama: 9 + 8.5 + 9 + 5 + 4 = (8.9/10)

Sedikit ketidak logikan ditonjolkan di dalam drama ini. Di mana watak Cha Joon Pyo (ayah Cha Do Hyun) dihidupkan selepas koma selama 20 tahun dan boleh terus bangun tanpa sebarang masalah. Bagi penonton yang berfikiran realistik akan merasa sangat terganggu dengan penampilan ini. Sebaiknya watak beliau dimatikan sahaja dan digantikan dengan penemuan beberapa bahan bukti kerana ia merosakkan keseimbangan drama ini. Jika tidak pun, tidak perlu koma selama 20 tahun, cukuplah koma selama 1-2 tahun sahaja. Itu sudah memadai.

saya pun ade kritik keras pasal ni..
sayang teknik pengarahan yg silap gara2 pesakit yg baru pulih dr koma sepatutnya muscle dia tak brp kuat utk bingkas bangun (separa lumpuh)




Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2015 07:48 PM | Show all posts
Edited by milanhawkin at 3-11-2015 09:12 PM

Rating Keseluruhan Drama (8.87/10)

Kill me heal me (KMHM)

1.    Cerita (9/10)
Ini first time tengok drama Korea yg based on DID (Dissociative Identity Disorder) atau senang citer multiple personalities. I tengok drama ni sbb I really shipped the chemistry between Ji Sung and Hwang Jung Eum since drama Secret Love. Really love them together!

So cerita dia berkisar tentang Cha Do Hyun yg mengidap DID disebabkan pengalaman buruk yg dia alami masa zaman kanak2, tapi dia langsung xde memory pasal pengalaman tu. Cha Do Hyun terpaksa berkongsi hidup & badan dia dgn 6 personaliti lain namun dia betul2 berusaha untuk mengubat diri dia dan kembali hidup normal. Bila dia terpaksa balik Korea, dia terjumpa Oh Ri Jin dan Oh Ri Jin start rawat dia. Bermulalah kisah cinta antara mereka dan segala misteri masa zaman kanak2 mereka terungkai satu persatu.

Characters:
•    Cha Do Hyun (CDH) – gentle, baik hati, selalu strive untuk survive. Selalunya dia ni coward & teragak2, tapi bila dia start kenal Oh Ri Jin, dia slowly build balik dia punya self esteem.
•    Shin Se Gi (SSG) – the bad boy personality yg akan keluar bila CDH mengalami anything related to violence. SSG ni personality paling kuat dan paling lama ada dalam badan CDH. Sangat cool. On Ri Jin adalah cinta pertamanya.
•    Perry Park – pakcik yg suka minum, memancing dan pandai buat bom.
•    Ahn Yoo Sub – twin pada Yoo Na. Suicidal 17-year old guy.
•    Ahn Yoo Na – twin Yoo Sub. Extrovert, loud, gedik (lol) dan sangat sukakan lelaki kacak. Yoo Na jatuh cinta pandang pertama pada Oh Ri On.
•    Nana – budak pompuan kecik yg ada patung nama Nana.
•    Mr X – muncul pada saat2 akhir cerita je. Ayah pada Nana.
•    Oh Ri Jin – doctor pelatih dalam bidang psychiatrist. Jatuh cinta pada CDH bila dia cuba merawat CDH.
•    Oh Ri On – ‘kembar’ Oh Ri Jin. Sebenarnya dia cintakan Oh Ri Jin tapi mengalah pada CDH dan kembali jadi abang yg super duper prihatin dan awesome.

Memorable scenes:
•    Scene CDH jumpa Nana dan the main secret revealed.
•    Scene Oh Ri Jin start ingat balik memory masa kecik dia.
•    Scene first kiss between SSG dgn Oh Ri Jin. Masa ni tertanya2 kenapa SSG nangis masa kiss Oh Ri Jin.
•    Semua scene Yoo Na. Seriously sangat kelakar watak Yoo Na ni. Especially bila Yoo Na jumpa Oh Ri On.
•    Scene twin Oh performed Team Rocket punya chant. Giler lawak.


2.    Keberkesanan Lakonan (9/10)
•    Ji Sung (Cha Do Hyun/Shin Se Gi/Perry Park/Ahn Yoo Sub/Ahn Yoo Na/Nana/Mr X)
What can I say. Ji Sung ni mmg power lakonan dia. Mmg tabik spring. Setiap personality tu berbeza dan dia lakonkan dgn sangat berkesan. Bukan senang kan nak lakonkan 7 watak yg berbeza sekaligus. But he nailed it!

Nomination: BEST ACTOR

•    Hwang Jung Eum (Oh Ri Jin)
Hwang Jung Eum ni pun sgt sesuai jadi Oh Ri Jin. Dan chemistry dia dgn Ji Sung pun sangat power. Kalu bab nangis2 ni, boleh serah pada dia aje. Confirm dgn I sekali yg banjir.

Nomination: BEST ACTRESS

•    Park Seo Joon (Oh Ri On)
Selain memiliki wajah taraf2 Won Bin (lol), sebagai pelakon yg baru nak naik, Park Seo Joon ni boleh tahan gak lakonan dia. I boleh feel la masa dia jadi Oh Ri On dan suffer one sided love tu.

•    Park Jun Gyu (Oh Dae O) & Kim Hee Jung (Ji Soon Young) – The Parents
Rasanya tak lengkap kot kalau I x komen pasal the twin’s parent. Both Park Jun Gyu dan Kim Hee Jung adalah parents yg hebat dlm KMHM ni. Nampak sangat kemesraan diaorg, dan betapa sayangnya diaorg pada twin diaorg. Love both of them here.

3.    Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi) (8/10)
Okay, bab ni tak reti sangat. But secara kasarnya, perjalanan drama ni smooth je takde sangkut2. Setiap misteri dirungkaikan secara teratur dan berkesan.

4.    Skor music (5/5)
Manchurian Violet (Ji Sung) & Auditory Hallucination (Jang Jae In feat. NaShow)
I suka both OST drama ni. Siap download lagi. Sangat sesuai dgn setiap scene. Bila dgr lagu2 ni, confirm teringat balik scene2 dlm KMHM.

Nomination: BEST SONG

5.    Kebarangkalian untuk tontonan semula (4.5/5)
Of course! Dan I akan recommend drama ni pada my friends.

tag @dauswq atau @nzhass79  atau @eddlisa_uyuk


Comments

TOTAL = 9 + 9 + 8+ 5 + 4.5 = (8.88/10) Terima Kasih atas review Nomination: Ji Sung, Hwa Jum Eum   Post time 4-11-2015 12:33 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2015 04:01 PM | Show all posts
Calling @ismaha ker @dauswq


Sesi mengelim review yg dah submit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2015 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
[Claim Credit]
Reason: Review Submission

@dauswq @ismaha @eddlisa_uyuk

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2015 11:35 AM | Show all posts
CARI 2015 K Drama Awards

[MBC] Kill Me Heal Me tercalon:

Terbaik (7) :

*Drama of The Year*
*Best Director*
*Best Scriptwriting/Screenplay*
*Best Actor*
*Best Album Production*
*Song of The Year*
*PD's Award for Best Ensemble Casts*        

Popular:

*Popular Actor*
*Popular Actress*
*CARI's K-Drama Popular Choice*
*Popular Ahjussi*
*Popular Child Actor*
*Popular Child Actress*

Undian akhir: http://mforum.cari.com.my/forum. ... 8149&extra=page%3D1

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 31-12-2015 03:48 PM | Show all posts


JiSung dengan Park Seo Joon menang Best Couple at MBC Drama Awards..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2015 03:50 PM | Show all posts
cm_asamkumbang replied at 31-12-2015 03:48 PM
JiSung dengan Park Seo Joon menang Best Couple at MBC Drama Awards..

siap jerit oppa lagi
sesuai dgn tajuk benang ni
tak pernah ubah tajuk benang ni sejak abis drama ni bersiaran

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-12-2015 03:52 PM | Show all posts
dauswq replied at 31-12-2015 03:50 PM
siap jerit oppa lagi
sesuai dgn tajuk benang ni
tak pernah ubah tajuk benang ni sejak  ...

Seriously tak sangka Ji sung boleh belakon segedik tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-12-2015 03:55 PM | Show all posts
cm_asamkumbang replied at 31-12-2015 03:52 PM
Seriously tak sangka Ji sung boleh belakon segedik tu

watak ahn yoona dia ade kaler.. mmg acting like a bitch
rasenye wtk ni yg plg diingati dlm 7 personaliti
shin se gi mungkin no.2
wtk ke-3 , ahjussi dgn longat yakuza pelik2
yg lain2 tu sekejap2 jd tak rase sgt

btw jemput cast undian akhir di sini --> http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=938149&extra=page%3D1


Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2016 12:43 AM | Show all posts
cm_asamkumbang replied at 31-12-2015 03:48 PM
JiSung dengan Park Seo Joon menang Best Couple at MBC Drama Awards..

masa JAng Na RA nak umum pemenang ni dia tergelak dulu...kiut je minah tu gelak..

pastu bila dah umum semua org tepuk n PSJ dah tutup2 muka malu..kiut sgt2...

Ji Sung menang few  awards jugak termasuk Daesang

Mmg suka la sbb he deserves it and then dlm awards sblm ni x dapat apa2

Kira KMHM sapu byk jugak la



Reply

Use magic Report

Post time 1-1-2016 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
kalo x menang award drama ni aku buat rusuhan :
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2016 01:46 PM | Show all posts
serius cte ni best!! lmbtnye terjebak!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2016 12:35 PM | Show all posts
kaktuscute replied at 25-2-2016 01:46 PM
serius cte ni best!! lmbtnye terjebak!!

sy pun baru tengok bln Jan 2016..
setahun berlalu...


Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 11:24 AM | Show all posts
baru nk lyn, tp dh episod 17. teracun dkt benang Adamas
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2022 02:47 PM | Show all posts
hehe...iols pun kadang2 repeat drama ni kalau bosan tgk citer2 yg ongoing...
sebenarnya iols layan drama ni setahun lepas drama ni on air...start dari drama nilah iols layan balik kdrama setelah hiatus 10 tahun sebab busy dgn real life...
drama ni memang berhantu...everytime repeat payah nak move on tgk citer lain...
ost best giler...auditory hallucination tu my favorite all time ost...
watak2 yg ji sung bawak dlm citer ni is his lifetime role...
and i miss dia punya pairing dgn hwang jung eum...heroin2 dia lepas tu xde yg on par dgn dia...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.419345 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list