CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2188|Reply: 2

DAP meroyan Lagi dgn PKR Selangor!!!

[Copy link]
Post time 2-12-2014 08:16 AM | Show all posts |Read mode
DAP TAGIH JANJI ANWAR

12/02/2014|


ADUN DAP, Ng Suee Lim berkata, DAP akan tetap meminta jawatan timbalan speaker kedua daripada Menteri Besar Mohamed Azmin Ali kerana ia dijanjikan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.
Ng, dilaporkan Malaysiakini berkata beliau menyerahkan perkara itu kepada Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua untuk membincangkan lebih lanjut dengan Azmin Ali.
“Ya (Majlis Pimpinan Pakatan janji jawatan timbalan speaker). Bagi dia (Tony) bincang dululah.
“Kita tengok macam mana. Kita akan bincang dalam keadaan yang baik,” katanya ketika ditemui pemberita di lobi bangunan Annex, Shah Alam hari ini.
“Semasa tamatnya kemelut menteri besar, Majlis Pimpinan Pakatan telah bersetuju untuk melantik satu lagi timbalan speaker.
Ng berkata, untuk melantik timbalan speaker baru hanya memerlukan pindaan dalam enakmen sahaja selepas persetujuan dicapai di kalangan komponen Pakatan.
Menurutnya, sejak kemelut menteri besar Selangor yang lalu, DAP tetap dengan pendirian untuk bersama dengan Pakatan.
“Kita tidak berganjak pendirian kita. Tetap istiqamah walaupun kita diserang pelbagai pihak.
“Persoalan sekarang ialah kenapa PKR boleh dapat menteri besar, tambah exco. Itu persoalan yang timbul,” katanya lagi.
Ng merupakan ADUN DAP Sekinchan yang tewas merebut jawatan Timbalan Speaker Dewan Undangn Negeri (DUN) Selangor, dikalahkan ADUN PAS Bangi, YB Mohd Shafie Ngah
ADUN DAP itu yang dicalonkan ADUN DAP Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah dan disokong oleh ADUN DAP Kinrara, Ng Sze Han mendapat 14 undi, manakala ADUN PAS, dicalonkan ADUN PAS Chempaka, Iskandar Abdul Samad dan disokong oleh ADUN PAS Meru, Dr Abd Rani Osman mendapat 28 undi
Ditanya lanjut bilakah pertemuan bersama Azmin akan dibuat bagi membincangkan perkara itu, Ng berkata ia akan dibuat dalam masa terdekat.
“Selepas ini, mungkin selepas sidang DUN,” katanya lagi.
Semalam, Tony berkata, DAP tetap akan melobi agar satu lagi jawatan timbalan speaker diwujudkan selepas ia dimenangi PAS melalui undi rahsia yang dijalankan di DUN sebelum ini.
“Kami tidak berniat untuk menghalang timbalan speaker dari PAS yang telah dilantik .
“Kami hanya menuntut bahawa timbalan speaker kedua dilantik seperti sebagaimana di Perak dan Sabah,” ujar Tony dalam ucapannya dalam Konvensyen DAP Selangor semalam.
Tony berkata DAP sentiasa setia kepada perjuangan Pakatan walaupun semasa krisis Menteri Besar Selangor.
Selain ADUN DAP Subang Jaya, Hannah Yeoh kini memegang jawatan speaker, namun parti itu meminta satu lagi jawatan timbalan diperuntukkan kepada pihaknya selaras dengan PKR yang mendapat tambahan satu kerusi EXCO.
“DAP merasakan bahawa permintaan kami adalah adil dan tidak keterlaluan. DAP minta Menteri Besar, Azmin Ali adil kepada DAP,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-12-2014 10:13 AM | Show all posts
“Kita tidak berganjak pendirian kita. Tetap istiqamah walaupun kita diserang pelbagai pihak.


mampu istiqamah kata dia..pastu nanti kor ming baca potongan surah quran...


Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2014 08:36 AM | Show all posts
apa ini kafir? janganlah tamak kafir!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:34 AM GMT+8 , Processed in 0.049817 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list