CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6274|Reply: 55

[Tempatan] Nor Saiful, 24 ketua kampung Pasir Puteh termuda di Malaysia

[Copy link]
Post time 7-12-2014 09:25 PM | Show all posts |Read mode

Mohd Nor Saiful mungkin boleh dimasukkan dalam catatan Malaysia Book of Record kerana menjadi ketua Kampung paling muda di Malaysia.

Paling menarik, di sebalik pelantikannya sebagai Ketua Kampung Pasir Puteh, Ipoh, Perak pada usia 24 tahun, dia diterima dengan senang hati oleh semua penduduk kampung tersebut termasuklah orang-orang tua di situ.

Tiada perebutan jawatan malah pemilihan Nor Saiful bagi menggantikan penyandangnya yang telah meninggal dunia, Izatzi Osman berlaku dalam suasana cukup aman dan damai.

"Saya berasa amat terharu apabila dilantik menjadi Ketua Kampung kerana tidak terfikir akan menyandang jawatan tersebut walaupun selama ini sejak empat tahun lalu saya memegang jawatan Setiausaha Jawatan Kuasa Kerja Kampung (JKKK).

"Pelantikan saya sekaligus boleh menjadi contoh kepada semua pemimpin agar sentiasa berfikiran terbuka untuk melantik orang muda menjadi pemimpin menggantikan ketua yang telah veteran.

"Sebenarnya ramai anak muda yang layak dinobatkan sebagai pemimpin walaupun di peringkat kampung namun peluang ke arah itu sukar direalisasikan,” katanya kepada MalaysiaGazette di Pasir Puteh, Ipoh semalam.

Menyokong hujah Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ketika berucap pada Perhimpunan Agung UMNO minggu lalu, Nor Saiful menyifatkan peremajaan parti itu perlu direalisasikan secepat mungkin untuk menjadikannya tersebut lebih dinamik.

"Saya hanya ahli biasa dalam Pemuda UMNO di bahagian saya tetapi kenapa saya boleh diterima untuk mengetuai kampung pada usia teramat muda?

"Ini adalah permulaan yang baik dan sihat kerana tidak ada perebutan jauh sekali untuk menghalang anak muda seperti saya untuk naik ke atas sebagai pemimpin.

"Bukan saya hendak mendabik dada menjadi ketua kampung tetapi apa yang hendak saya sampaikan adalah jangan abaikan keupayaan anak muda yang berkelayakan untuk diketengahkan sebagai pemimpin," jelasnya.

Tambah Mohd Nor, cantas mencantas untuk golongan berkelayakan daripada menduduki tempat tertinggi dalam parti sepatutnya sudah tidak disebut oleh sesiapa pun tetapi perkara tersebut masih berlaku.

"Saya bukan hendak mengajar sesiapa tetapi contohilah permuafakatan penduduk Pasir Puteh yang sentiasa bersikap terbuka dalam menentukan siapa calon ketua mereka,” katanya yang merupakan ahli perniagaan secara kecil-kecilan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2014 09:31 PM | Show all posts
Hensem tak nor saiful ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-12-2014 09:38 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2014 09:45 PM | Show all posts
tak macam 24 tahun aje usianya...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2014 09:47 PM | Show all posts
tipu tarikh surat beranak ke hape ni? mcm 42 thn je rupenye
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2014 09:50 PM | Show all posts
annehuda posted on 7-12-2014 09:47 PM
tipu tarikh surat beranak ke hape ni? mcm 42 thn je rupenye

Kang muka nampak muda takut  anak2 muda tak nak hormat plak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2014 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah sis...tapi nampak persis bau2 PERKOSA saja.harap2 beliau tidak racist.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2014 10:52 PM | Show all posts
aku bayang kan wajah jambu persis K-POP
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2014 11:05 PM | Show all posts
Nampak tua dari usia mamat nie. Aku umur 24 tahun dulu org selalu ingat budak sekolah sbb muka budak2 gitu. Skarang nie pun ramai yg masih pikir aku umo awal 20an.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2014 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Musti acik2 sini penuh harap muka mamat ni hensem/ jambu gitu. Sekali..kekeke
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2014 11:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka nampak macam kuat mengampu...bila baca artikel terbukti beliyau mengipas Khiri Jamaludin..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2014 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Cakap pun berterabu umno sana,umno sini lagi, kejap2 KJ. Apekejadahnya jadi ketua kampung?.......
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2014 11:55 PM | Show all posts
nak meremjakan parti
biarla ambik yg betul2 remaja, bukan usia remaja tapi fizikal boroi boyot buncit
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-12-2014 12:01 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2014 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
faraway1 posted on 7-12-2014 09:45 PM
tak macam 24 tahun aje usianya...

Mcm bapak orang. Kaki bodek kut?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2014 12:15 AM From the mobile phone | Show all posts
sekngucing posted on 7-12-2014 11:55 PM
nak meremjakan parti
biarla ambik yg betul2 remaja, bukan usia remaja tapi fizikal boroi boyot bunc ...

Umur 24 tp muka bapak orang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-12-2014 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
annehuda posted on 7-12-2014 09:47 PM
tipu tarikh surat beranak ke hape ni? mcm 42 thn je rupenye

Mesti org tua kt situ rabun mata kan?
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2014 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Muntz posted on 7-12-2014 11:05 PM
Nampak tua dari usia mamat nie. Aku umur 24 tahun dulu org selalu ingat budak sekolah sbb muka budak ...

Cer bg upload gambar baru boley kitorang nilai.Adakah petua selalu sapu gambir Sarawak petua awet muda muka jd keras kejong
Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2014 12:25 AM | Show all posts
CiliPadiSedap posted on 8-12-2014 12:16 AM
Mesti org tua kt situ rabun mata kan?

ada orang samakan kita dua


http://mforum.cari.com.my/forum. ... amp;fromuid=1941750

baca post #63..dia xtag akak kut..


Reply

Use magic Report

Post time 8-12-2014 12:28 AM | Show all posts
hehe..

cam kelakar jea..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 04:31 PM GMT+8 , Processed in 0.302111 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list