CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6230|Reply: 21

Lelaki ni tak layak langsung jadi suami. kejammm!!

[Copy link]
Post time 8-12-2014 10:32 PM | Show all posts |Read mode
Kejam!! Lelaki Rantai Isterinya Selama 10 tahun dan Paksa Lahirkan Anak Dalam Keadaan Berantai..


WASHINGTON: Seorang lelaki dari Virginia Barat ditangkap kerana menyeksa isterinya, menjadikannya hamba dan tebusan dengan merantainya selama hampir 10 tahun.


Menurut media tempatan, pegawai di Jackson County menuduh Peter Lizon bertindak jahat selepas isterinya muncul di sebuah pusat perlindungan dengan parut pada pergelangan tangan dan kaki akibat dirantai baru-baru ini. Lizon, 37, juga didakwa memukul kaki isterinya dengan peralatan pertanian.


Dia memanggil isterinya, Stephanie, 43, ‘hamba’ dan memaksa wanita itu melutut setiap kali dia memasuki bilik.




Stephanie mengalami kecederaan serius pada seluruh tubuhnya, dari melecur teruk pada dada dan belakang badan akibat ditekap dengan besi dan kuali panas sehingga patah jari dan berparut, menurut tuduhan jenayah yang difailkan oleh seorang wanita yang menemui mangsa di pusat perlindungan itu. Wanita itu juga mendakwa Lizon memukul isterinya di perut ketika dia mengandung, menyebabkan mangsa keguguran sebelum lelaki itu menanam mayat janin yang sudah membesar menjadi bayi di ladangnya.

Stephanie juga dipaksa melahirkan seorang lagi anak sambil dia dirantai. Dia dan dan anaknya tidak pernah menerima rawatan perubatan sejak itu.

Bagaimanapun, peguam Lizon, Shawn Bayliss menolak dakwaan itu dengan memberitahu stesen televisyen WSAZ, keguguran yang dialami Stephanie berpunca daripada kemalangan jalan raya. Menurutnya, wanita yang memfailkan tuduhan itu mengalami masalah mental dan berkata, Stephanie tetap mempertahankan suaminya.


Namun Peter Lizon dilepaskan atas dakwaan melakukan penderaan terhadap isterinya apabila isterinya menolak semua dakwaan kekerasan yang dilakukan suaminya terhadapnya di mahkamah. – AP
sumber: ejeninfo.blogspot.com




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2014 01:45 AM | Show all posts
Saikonya laki mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 08:57 AM | Show all posts
Bini dia pun saiko jgk
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 11:39 AM | Show all posts
Dah kena dera teruk sebegitu pun masih tak nak dakwa, bininya tu sakit jiwa ke hapa.
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 11:42 AM | Show all posts
ni binatang
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 12:01 PM | Show all posts
ni syaitan, binatang pun x macam ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-12-2014 12:40 PM | Show all posts
xde perasaan lagngsung...
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 01:08 PM | Show all posts
bininye pon dah gile...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-12-2014 03:14 PM | Show all posts
kena dera mental n fizikal bertahun2..rsnyer..sape2 je leh jd giler
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 04:45 PM | Show all posts
aku rasa dah kena dera sekian lama, mesti dah gila sedikit sebanyak
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 04:47 PM | Show all posts
xkan la sedap sgt sampai rela je dihencap

Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 05:10 PM | Show all posts
saiko kan dua2?
Reply

Use magic Report

Post time 9-12-2014 06:02 PM | Show all posts
sayang suami

Reply

Use magic Report

Post time 10-12-2014 11:32 AM | Show all posts
ni mesti kes bini dh mental ni...xboleh berfikir...org2 y kene siksa lama2 ni kdg2 otak dh xbetul..pernah tgk x cite sorang budak y diculik org gila then dia jaga budak tu...rumah dlm pembetung air kot xsalah...oleh sbb lama sgt org gila tu jaga dia...last2 mak dia dpt cari dia dh mcm xkenal mak dia..dia nak org gila tu lg...budak tu xkecik sgt so kalau ikutkan dia akan kenal mak dia sbb bukan lama sgt pun kene culik dlm +-sebulan kot..lupa dh..so myb sama kes mcm ni la kot..even dia kena dera pun still nak kt laki dia tu...
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 11:54 AM | Show all posts
Siapa psiko sebenarnya nie..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 12:57 PM | Show all posts
dh asik kene sepak terajanggg....dier pon xleh nak berpk secara warssssss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-12-2014 11:12 AM | Show all posts
laki saiko. bini saiko. anak menyusul saiko.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 01:07 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 02:01 PM | Show all posts
omputeh byk mental cm gini. selalu tengok cte criminal mind, adekah sebab asuhan dr kecik?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 10:57 PM | Show all posts
Stockholm syndrome
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 09:12 AM GMT+8 , Processed in 0.288845 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list