Sebelum ini SS sudah mendengar kisah kemelut rumah tangga seorang artis wanita ini. Ada sumber yang menyampaikan berita artis ini makan hati dengan sikap suaminya yang gemar bermain kayu tiga. Bagaimanapun, SS difahamkan artis ini sanggup memaafkan suaminya kerana mahu menyelamatkan rumah tangga mereka demi anak-anak. Dia sudi memaafkan suaminya serta melupakan apa yang berlaku. Namun kalau sudah jenis lelaki hidung belang, apa lagi yang boleh dikatakan kerana suami artis ini tidak serik-serik untuk mengulangi perangai lama.
Seorang demi seorang wanita jadi mangsa panahan asmaranya. Dia juga mula mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan membiarkan isterinya terkial-kial sendiri mencari rezeki bagi menyara anak-anak. Sesuka hati dia lepas tangan kerana asyik gilakan wanita lain. Nasib baiklah isterinya ini pandai berdikari cari 'job' berlakon di sana sini dan buat bisnes kecil-kecilan, sekurang-kurangnya dapat juga dia menampung kehidupan bersama anak-anak biarpun tidaklah mewah sangat.
Tetapi siapa yang boleh bertahan lama dengan perangai lelaki yang lupa diri ini? SS diberitahu artis ini sangat kecewa dan remuk-redam hatinya apabila mendengar cerita diburukkan oleh semua sendiri. Bayangkan sampai begitu sekali perangai buruk yang ditunjukkan. Dek kerana itu, artis ini nekad untuk menyelesaikan masalah mereka secepat mungkin. Perasaan sayang yang sebelumnya ada, kini melayang gara-gara sikap si suami yang langsung tidak bertanggungjawab dan sudah melanggar batasan agama. Dikatakan dia bertindak merujuk kepada mahkamah syariah dan memfailkan penceraian. Memang perkara ini amat menyedihkan tapi kalau sudah sampai tahap ini, dia sukar lagi nak bertahan.
SS juga sedih mendengar cerita ini tapi apa boleh buat kerana berat mata memandang, berat lagi bahu artis ini memikul. Semoga dia diberikan ketabahan dalam mengharungi takdir hidupnya.
SS: Ambil setiap perkara yang berlaku di sekeliling sebagai pengajaran.
#Dah ada ke?? Kalau dah ada mohon katup
Last edited by Bdkkg on 11-12-2014 02:38 PM
|