CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2235|Reply: 6

Agenda Bumiputera Umno – Hantu Raya zaman baru

[Copy link]
Post time 12-12-2014 08:30 AM | Show all posts |Read mode





Dikemaskini 02:46PM Dis 11 2014
08:30PM Dis 11 2014





Hazlan Zakaria



KOMEN: Seorang rakan sekerja memberitahu saya hari ini, yang parti Melayu Umno dan Agenda Bumiputeranya tidak banyak berbeza dengan mahkhluk-makhluk halus tradisi Melayu yang dipanggil Hantu Raya.
Kedua-dua Umno dan Hantu Raya mengaku berkhidmat buat orang Melayu dan membantu mereka mencapai potensi ekonomi mereka tetapi pada akhirnya, harga yang terpaksa dibayar bagi 'bantuan' ini sering kali lebih mahal dari manfaatnya, di sebalik janji-janji manis yang dibuat.
Cerita ini bermula apabila seorang petugas di pejabat kami menghumbankan kertas-kertas kerja yang bertimbun kepada kami, dan salah seorang daripada rakan-rakan saya berkata dengan kuat yang dia kini memahami mengapa sesetengah orang Melayu Islam pada zaman dahulu, membela Hantu Raya.
Walaupun secara umumnya Hantu Raya dibela untuk melakukan kerja-kerja buruh kasar seperti kerja ladang, di sawah padi atau untuk menjaga ternakan, kawan saya tertanya-tanya jika mereka boleh disuruh menyiapkan kertas kerja di pejabat.
Tetapi saya rasa kemunculan pekerja asing tanpa izin telah menggantikan keperluan membela Hantu Raya untuk mengerjakan ladang-ladang kami atau melakukan kerja-kerja lain yang mengotorkan tangan, tambahan pula buruh asing adalah lebih mesra-Islam daripada membela Hantu Raya.
Saya tidak pasti jika Hantu Raya baru dan lebih baik yang boleh melakukan kerja-kerja pejabat akan menjadikan amalan ini lebih popular pada zaman moden, tetapi sekali lagi ia mungkin akan digantikan oleh firma-firma penyumberan luar.
Sudah tentu membela Hantu Raya tidak dibenarkan dalam Islam, tetapi seperti minum arak, penyalahgunaan kuasa, rasuah, pergaulan seksual dan dosa tidak diketengahkan oleh Umno sebagai menghina Allah atau agama di Malaysia, ia diamalkan dengan meluas.
Walau bagaimanapun, Hantu Raya memerlukan gaji tetap dalam bentuk korban yang harus dilakukan melalui upacara tertentu, dan ada kalanya perlu diberi makan darah pemilik.
Walaupun darah merupakan satu komponen acara korban ini, cerita-cerita orang dulu-dulu memberitahu yang pulut kuning, telur rebus dan ayam panggang adalah keperluan hidup mereka.
Tetapi dalam kes-kes yang melampau, cerita-cerita ini menyatakan yang hantu-hantu ini menuntut untuk minum darah pemiliknya dengan kerap. Memang penghisap darah yang azali.
Kegagalan untuk memenuhi tuntutan ini mungkin mengakibatkannya memberontak dan memburu hanya pemilik, tetapi juga orang-orang yang rapat dengannya, seperti rakan-rakan dan ahli keluarga.
Ini mendatangkan bahaya kerana permintaan hantu ini boleh semakin meningkat, dan harga yang harus dibayar untuk memiliki buruh percuma itu mungkin menjadi lebih mahal dari yang sanggup dibayar.
Sama seperti Hantu Raya, idea kawan saya mengandaikan bahawa Umno dan Agenda Bumiputera juga berjanji untuk memberikan kebebasan ekonomi buat kaum Melayu, dengan membantu bangsa itu mencapai potensinya.
Unno membuat dakwaan ini melalui DEB dan Agenda Bumiputera yang sentiasa ada, manakala Hantu Raya melalui buruh percuma.
Sama juga, seseorang perlu mengorbankan perkara-perkara tertentu untuk Umno, bagi 'bantuan' yang mereka dakwa mereka sediakan, seperti yang dituntut Hantu Raya.
Beberapa perkara yang diminta oleh Umno adalah ketaatan tanpa soalan, penerimaan tanpa pemikiran.
Sudah tentu Umno juga pada masa-masa akan menuntut telur rebus, pulut kuning dan ayam panggang tetapi dalam bentuk kenduri, dan bukannya acara korban seperti untuk Hantu Raya.
Semua ini diminta secara kerap oleh parti Melayu itu dari orang Melayu, untuk memastikan bahawa mereka akan sentiasa wujud bagi 'melindungi' dan 'membantu' kaum itu.
Dan untuk kebanyakan orang Melayu, kos ‘membela’ Umno mungkin adalah lebih tinggi daripada perkara-perkara yang mereka perolehi, kerana parti itu terus untuk meningkatkan tuntutannya setiap kali ia menjalankan perhimpunan agung.
Lebih banyak jawatan untuk kaum Melayu, lebih banyak wang dan peruntukan untuk orang Melayu, tetapi ia semuanya berakhir sebagai ‘korban’ buat poket parti itu sendiri, yang diagihkan kepada mereka yang memiliki hubungan dengannya.
Mereka menghisap darah tabung rakyat dan sumber-sumber yang kononnya dikhaskan untuk rakyat negara ini, walaupun pada masa yang sama, mereka mendakwa sedang mempertahankan bangsa yang sedang mereka gunakan.
Malah jika anda berkongsi pendapat rakan saya, Umno merupakan Hantu Raya penghisap darah baru yang memperhambakan orang Melayu, dan bukan sebaliknya.
Tetapi dalam kes Hantu Raya, itu adalah apa yang anda dapat apabila anda beri makan hamba yang dahagakan darah dan mempercayai mereka untuk menjaga kesejahteraan anda.
Namun seperti yang dikatakan tentang pengikut-pengikut syaitan itu, ia datang dalam bentuk makhluk ghaib dan manusia. " Syaitan dari kalangan jin dan manusia".



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2014 11:58 AM | Show all posts
xpaham...ckp pe ni...tolong simplifykn leh tak...
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 12:21 PM | Show all posts
dia marah sebab setiap pertolongan yang umno berikan meminta imbuhan lebih dari yang diberi
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 12:41 PM | Show all posts


hantu raya ?

Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2014 01:45 PM | Show all posts
panjang bebenor...
tldr la jawabnye.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2014 02:27 PM | Show all posts
wah, bagus betoi brosedapmalam ni...hehehe
iknow what u mean....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2014 04:42 PM | Show all posts
oo..pham2...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.258231 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list