CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14993|Reply: 84

Segala Pujian Buat Tengku Azura

[Copy link]
Post time 12-12-2014 11:36 AM | Show all posts |Read mode
BANGSAWAN YANG PELIK

Semalam anak-anak RPWP berpeluang buat pertama kalinya menaiki bas pelancongan Hop-on Hop-off Kuala Lumpur. Ia atas hadiah keraian sebuah harijadi dari salah seorang munfiq yang pernah bersedekah kepada RPWP. Atas dasar kekerabatan itu juga kami dijemput bersama-sama meraikan harijadi individu ini.

Seramai 39 anak RPWP dan 5 orang pengiring telah diraikan oleh sepasang suami isteri ini bersama ibu dan seorang anak mereka, juga beberapa orang anak jiran tetangga mereka. Kami mulakan perjalanan seawal jam 6.30 pagi dari RPWP Kajang ke MATIC di Jalan Ampang. Selepas dijamu dengan sarapan ringkas, kami semua menaiki bas.

Biasanya apabila seorang selebriti membuat kebajikan, mereka sentiasa mahukan publisiti, tetapi kali ini beliau tidak langsung mahu namanya dinyatakan. Anak-anak juga sudah tidak asing lagi dengan individu ini. Jika kami nyatakan namanya pasti ramai antara anda semua kenalinya.
Apa yang mahu kami kongsikan di sini ialah pelajaran dari apa yang anak-anak RPWP kutip sepanjang trip itu. Kami tuliskan juga hasil dari perkongsian pengiring-pengiring dari kalangan murobbi dan murobbiah kepada rombongan anak-anak kami.

SI KAYA YANG MENFAKIRKAN DIRI

Untuk aktiviti begini biasanya kami akan ceritakan pengalaman berdasarkan tempat, tapi kali ini ingin kami nampakkan bahawa selain tempat, ada satu perkara yang lebih besar yang kami lihat iaitu AKHLAK dan SAHSIAH manusia.

Suami kepada wanita yang diraikan hari lahirnya (kata orang Birthday Girl) merupakan anak kepada seorang bangsawan. Isteri yang diraikan juga dari keluarga bergelar. Dalam kembara semalam, anak mereka yang bernama Elyas juga turut sama. Kami mengenali Elyas kerana beliau pernah mengikuti ibunya melawat RPWP. Baik sekali akhlak anak ini, sangat bersederhana, ringan tulang dan mudah mesra, tidak sombong seperti kebanyakan anak bangsawan.

Anak ini dari keluarga bangsawan yang ada nama, juga cucu kepada bangsawan bergelar, tetapi pada usia 13 tahun masih lagi bapanya tidak berikan beliau telefon bimbit. Malah, mahu memiliki sebuah kamera juga perlu tunggu cukup umur 13 tahun.

Di kala rakan-rakan lain sudah memiliki model-model terkini telefon bimbit yang pintar, beliau masih meneruskan hidup tanpa telefon bimbit.

Berbeza sekali dengan gaya hidup ramai anak-anak kerani, guru, maupun pemandu teksi dan lori yang kami sendiri sering lihat khusyuk dengan telefon pintar masing-masing sampai tak sambut sapaan orang lain. Ia berbeza sekali dengan Elyas yang sangat peramah dan mudah mesra dengan anak-anak kami.

Sebahagian kami melihat kepelikan itu adalah satu norma biasa pada zaman dahulu. Masih ingat lagi semasa berpindah ke tempat baru sahaja, perkara pertama seorang kanak-kanak akan lakukan ialah mencari di mana kanak-kanak lain bermain pada petang hari. Tidak perlu masa yang lama, pada hari kedua sahaja mereka sudah mampu bergaul dengan masyarakat di tempat baru. Namun dengan pengaruh gadget terkini sekarang, anak-anak lebih fokus kepada paparan skrin kecil itu berbanding satu persahabatan yang sangat luas.

Sungguhpun Elyas mendapat 5A dalam UPSR nya tetapi apa yang ibu dan bapanya terapkan itu sangat bertepatan sekali, sama dengan apa yang kami cuba laksanakan. Itu lebih baik dari mereka yang mendapat 5A dalam UPSR tetapi tidak mampu membawa diri dan bergaul dalam satu komuniti yang besar.

Apabila kami kongsikan perkara ini dalam syuro, ada seorang co-founder kami yang kenal rapat ayah kepada bapa Elyas ini. Beliau seorang bangsawan bergelar dan pernah menjadi Menteri Besar. Tetapi cara pendidikan yang diberikan beliau kepada anak-anaknya ialah "kesederhanaan".

Selepas tidak lagi menjadi Menteri Besar, beliau sangat berjaya dalam bidang-bidang lain. Namun kesederhanaan tetap diteruskan juga sehinggalah anaknya mampu terdidik untuk menjadi manusia yang berdikari. Hasilnya bukan sahaja sampai ke anak, malah turun sampai kepada cucu beliau Elyas itu sendiri.

Pembentukan akhlak begini sudah jarang-jarang kita lihat pada hari ini. Kebanyakan ibu bapa mudah mengalah kepada kemahuan anak. Kononnya kasihan melihat anak yang mengending tab atau telefon pintar rakan-rakannya. Akhirnya ibu bapa mengalah dan dibelikan juga gadget yang menghancurkan nilai sosial anak-anak itu pada usia muda. Sekalipun bapa Elyas ini mampu, namun prinsip itu mengatasinya.

Sekali lagi, perkara begini normal dahulunya, tetapi di zaman teknologi sekarang ini ia sudah jadi pelik. Teknologi telah mengubah cara hidup kita, dari memandang jauh ke hadapan dan cepat matang, berubah kepada memandang ke bawah sebagai loser.

DEMI BAPAK DAN ANAK

Di RPWP sendiri secara tidak sengaja kami temui sejarah keluarga yang menampakkan fenomena pendidikan melalui amalan orang tua yang turun kepada para co-founder yang bersama kami. Demikian juga didikan dari atuk kepada Elyas ini yang kami lihat telah turun kepada anaknya. Dari anak turun pula ke cucu. Sesuailah dengan firman Allah di dalam Al-Quran, "Demi bapak dan anak" apabila merujuk kepada penciptaan akhlak manusia (QS:90/3, sebaiknya bacalah semua 20 ayat pendek dalam surah itu).

Atuk Elyas juga diketahui banyak membuat kebajikan. Kini anak dan cucu-cucunya mewarisi warisan kemurahan hati itu. Bapa kepada Elyas yang menyambut hari lahir isterinya bersama anak-anak RPWP ini merupakan salah seorang pendana tetap sebuah sekolah di Acheh. Beliau juga telah menyatakan untuk menyumbang sebanyak RM500,000 bagi mencukupkan sebahagian bajet pembinaan ‘Akademi Insan Prihatin’ yang bakal menelan belanja sekitar RM20 Juta.

Anak beliau dihantar ke Sekolah Antarabangsa bercirikan Islam. Ditanya mengapa beliau begitu serius dengan pendidikan Islam, lalu beliau mengatakan Islam pada hari ini hanya tinggal kulit tetapi isinya sudah hilang. “Ramai yang menampakkan Islam sebagai RUPA dan bukan GUNA sekarang ini. Ia nampak BERUPA Islam tetapi ROHNYA telah disedut keluar. Al-Quran itu tidak akan sampai ke mana-mana selagi ia tidak betul-betul diguna secara praktikal dan bukan semata-mata teoratikal", kongsi beliau. Tanpa prejudis, kami turut menyetujui kenyataan itu.

KESIMPULAN

Habit, pendirian dan kerjabuat kita lebih banyak diperhatikan, ditiru lalu membentuk akhlak anak-anak berbanding apa yang diajar dalam kelas di sekolah. Dalam surah 90 (Al-Balad) Allah nyatakan itulah kaedah penciptaan akhlak manusia, iaitu dalam keadaan susah payah. Namun itulah jalan yang mendaki walaupun sukar. Jika kita ambil jalan mudah, ia pasti akan menjerumus anak generasi kita ke jurang kehancuran.

Kami perhatikan sikap tegas si bapa ini mendapat sokongan padu pula dari isterinya. Dari banyak kajian kes yang dirujuk kepada kami, di samping sifat bapa yang jahil dan lemah macam lengkong atau sotong, percanggahan pendapat dan keingkaran ibu terhadap keputusan si bapa juga menjadi punca kehancuran sahsiah dan akhlak anak-anak. Dalam kes ini, sesungguhnya kami juga ingin ucap tahniah kepada Ibu Elyas.

Banyak lagi yang tak dapat kami kongsikan kepada umum hari ini, takut-takut ia menjadi terlalu panjang. Apapun, pelajaran besar yang ingin kami kongsikan ialah tentang konsep air yang mengalir. Jika air itu satu analogi ilmu dan pendidikan, maka atuk kepada ELyas ini telah mampu mengalirkan air itu kepada anak dan dari anak kepada cucu pula.

Sebagai anak bangsawan yang menemani ibubapanya meraikan anak-anak RPWP, Elyas berkeras untuk membantu membawa peralatan PA System mudah alih yang kami bawa untuk kemudahan sekolah alam itu. Saat berpisah, Elyas kelihatan sugul seolah-olah enggan berpisah.

Ini jauh sekali berbeza berbanding sikap ramai anak-anak bangsawan lain yang kami perhatikan ketika mengambil perabut yang diwakafkan. Jangan kata nak tolong angkat barang, nak angkat air minum yang disiapkan bibik untuk membasahkan tekak sukarelawan pun tak mahu. Bahkan ada yang diminta tadah tangan mengaminkan doa anak-anak kami juga mereka enggan. Nak beramah tamah jauh sekali. FOKUS MEREKA HANYA DI SKRIN

KECIL ITU DARI MULA DATANG SAMPAI KAMI PULANG.

Tidak terlambat lagi jika kita bermula hari ini. Ambillah pendekatan mendidik bersama marhaen oleh ayahanda dan bonda kepada Sultan Mehmet Al-Fateh yang juga dari keluarga bangsawan. Boleh jadi, cucu kita nanti yang bakal menjadi orang hebat yang lebih hebat dari kita atuk / moyang mereka satu hari nanti. InsyaAllah

Perkongsian Kembara Sekolah Alam ke-16
Hop-on Hop-off KL
WARGA PRIHATIN





Last edited by mogey on 12-12-2014 11:47 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2014 11:42 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 11:47 AM | Show all posts
Tengku Azura who???
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 11:51 AM | Show all posts
sedikit konfius...
dlm cerita ni bapa dan datuk kepada elyas tu adakah bapa dan datuk yg asal atau bapa dan datuk yg skrg?
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 11:52 AM | Show all posts
redliner posted on 12-12-2014 11:51 AM
sedikit konfius...
dlm cerita ni bapa dan datuk kepada elyas tu adakah bapa dan datuk yg asal atau  ...

macam datuk sekarang dalam cerita tu.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2014 11:53 AM | Show all posts

Artikel ini agak panjang. Secara am nya bercerita tentang anak Tg Azura yg baik budi pekerti & bijak. Tetapi saya rasa penulis lebih highlightkan tentang keluarga mentua Tg Azura, yg mana saya rasa tidak la memainkan peranan sangat di dalam membentuk pekerti anak yang bernama Elyas ini. Kerana kita sedia maklum yang Tg Azura pun baru sahaja berkahwin dgn suaminya sekarang tidak sampai setahun.

Bagi saya Tg Azura la yang selayaknya diberi kredit. Kerana didikan beliau la anak dia menjadi remaja yang berbudi bahasa & pandai. Walaupun beliau seorang model, masih lagi menitik beratkan hal pelajaran anak, ini terbukti bila Elyas mendapat 5A di dalam upsr baru2 ini.

So kepada Tg Azura, tahniah saya ucapkan kerana berjaya menjadi ibu & isteri yang hebat.


Alhamdulilah. Happiest mother . Yash. All A's for UPSR & UPSRA..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2014 11:53 AM | Show all posts
bapak tiri dia kan? bpak kandung dia siapa eh? tapi salute la ibu dia.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 11:56 AM | Show all posts
wah tengku azura dah bertudung..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2014 11:56 AM | Show all posts
cepheid posted on 12-12-2014 11:52 AM
macam datuk sekarang dalam cerita tu.

i pon rasa mcm datuk yg skrg.
kalau mcm tu salah la tanggapan si penulis tu.
si elyas tu berkelakuan baik disebabkan didikan si ibu la...dan keluarga belah ibu ke..belah bapa asal ke..
mana ada kene mengena dgn bapa dan datuk skrg...baru je kawen kan..
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 11:59 AM | Show all posts
tolong tukar tajuk pls...i dont think segala pujian utk tengku azura tu sesuai...kalu nk sanjung manusia pon berpada2....
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 12:01 PM | Show all posts
redliner posted on 12-12-2014 11:56 AM
i pon rasa mcm datuk yg skrg.
kalau mcm tu salah la tanggapan si penulis tu.
si elyas tu berkela ...

tulah pasal. penulis tu pun agak-agaklah nak cerita. aku salute tengku azura walaupun dia supermodel dapat didik anak macam ni. family belah dia sangat low-profile

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-12-2014 12:01 PM | Show all posts
redliner posted on 12-12-2014 11:51 AM
sedikit konfius...
dlm cerita ni bapa dan datuk kepada elyas tu adakah bapa dan datuk yg asal atau  ...


Di dalam artikel bapa ialah Ramlee & datuk ialah Ramli Ngah Talib.

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 12:02 PM | Show all posts
siapa penulis ni? saiful nang ke?
tak buat research ke yg tengku azura ni baru je kawen ngan suami bangsawan ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 12:03 PM | Show all posts
pipigebu posted on 12-12-2014 12:02 PM
siapa penulis ni? saiful nang ke?
tak buat research ke yg tengku azura ni baru je kawen ngan suami  ...

aha..
saiful nang
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus azura. Lepas kawen settle down. Bertudung.hop on hop off tu abang ipar punya. Si jejai.

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 12:05 PM | Show all posts
pipigebu posted on 12-12-2014 12:02 PM
siapa penulis ni? saiful nang ke?
tak buat research ke yg tengku azura ni baru je kawen ngan suami  ...

apa da sepul ni kan..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2014 12:06 PM | Show all posts
Malas nk baca.. i nk keluar rehat uolss.. ape cite sebenarnya ni??
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols baru baca fully artikel ni.

Hmmmm nmpk mcm terlalu overrated memuji bapa tiri n keluarga mentua baru sedangkan tg azura baru je kawin dgn bapa tiri tu.

Kudos to tg azura lah sbb dia yg didik anak dia yg nama elyas ni dr kecik sampai besar n keluarga tg azura.

Ni tulisan saiful nang ke?? Nmpk mcm over sikit menulis. Yg iols tahu saiful nang je yg suka tulis over2 gini

Tg azura ibu terbaikk Last edited by kakasotong on 12-12-2014 12:08 PM

Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
mogey posted on 12-12-2014 11:53 AM
Artikel ini agak panjang. Secara am nya bercerita tentang anak Tg Azura yg baik budi pekerti & bij ...

ni kisah ank tg azura, tg azura yg kahwin dgn abg jejai tu ek?
tulah btol u ckp
dia baruuu je kawin kot
selama ni hasil didikan tg azura la anak dia berjaya
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2014 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Over nau tajuk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 12:19 AM GMT+8 , Processed in 0.345390 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list