Ni betul-betul kejadian, ni bukan promosi blog / website. Jadi MOD JANGAN BANNED AKU
Bagi yang merasakan bahawa hanya pesawat MAS saja yang bermasalah tahun ini, kamu salah. Kami baru mendapat berita sebentar tadi yang pesawat AirAsia FD9101 ke Nanjing di arah berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang, Bangkok kerana ada pasangan bercinta bergaduh di dalamnya.
OH, KAMU TAK SALAH BACA. SEBAB KAPAL TERBANG AIR ASIA DIARAH BERPATAH BALIK KE BANGKOK SEBAB ADA PASANGAN BERCINTA BERGADUH!
Menurut sumber WeChat dan Weibo, dua penumpang Cina (pasangan kekasih) bertindak kasar terhadap pramugari. Katanya, pada mulanya mereka ok ok saja. Malahan mereka meminta bantuan pramugari untuk tukar tempat duduk supaya mereka boleh duduk bersama.
Ketika tiba waktu makan, penumpang perempuan tersebut memesan mi segera cawan.
Makan mi segera cawan kenalah letak air panas, betul tak?
Dan secara tiba-tiba, penumpang ini menyimbah mi segera cawan itu kepada pramugari tersebut.
Bukan itu saja, pasangan penumpang lelaki itu pula mengugut hendak bunuh diri.
Tak cukup lagi, pasangan perempuan pun turut membuat ugutan hendak terjun dari kapal terbang. Dia ingat kapal terbang tu macam bas?
Kegilaan apakah ini?
Kami masih menunggu kesahihan berita ini, namun sementara itu.. ini adalah bukti bergambar:
Bukan bukan, ini bukan berita palsu. Ini betul-betul kejadian. Hanya di Satrika.MY
Last edited by Geng_Satrika on 12-12-2014 05:48 PM
|