|
[Tempatan]
pemandu ambulan maut! jururawat cedera!
[Copy link]
|
|
ajinomotonosuga posted on 13-12-2014 09:10 PM
apa punya statement nih ha? ce ko ulang banyak kali..
maksud ? jalan hi way punca banyak korban ...
cha, ape lu ckp ni
|
|
|
|
|
|
|
|
itu bukanlah ambulan kan? takde pun siren nenongnenong |
|
|
|
|
|
|
|
ajinomotonosuga posted on 13-12-2014 09:10 PM
apa punya statement nih ha? ce ko ulang banyak kali..
maksud ? jalan hi way punca banyak korban ...
Kau layankan je budak nestum tu. Sikit2 ngadu kt moderator |
|
|
|
|
|
|
|
raxief posted on 13-12-2014 10:22 PM
hahaha, tgelak aku. jahat betul korang.
Hihi. ......... |
|
|
|
|
|
|
|
aku lalu jalan ni tadi.. jem sgt teruk.. sampai2 kat lokasi.. van tu baru kena tarik. |
|
|
|
|
|
|
|
yg bwk laju bukan setakat ambulans shj
yg bwk pizza pun sama
ada masa 20 min utk sampai destinasi |
|
|
|
|
|
|
|
kambeng_masam posted on 13-12-2014 10:26 PM
itu bukanlah ambulan kan? takde pun siren nenongnenong
ko ni kambing..lu mata ada bosar jugak..tarak nampak kaa kambin..body van tu gambo bulan sabit
astagaaaaaa ko nih....bulan sabit tuuu..ambulan laa..takkan van band kromok plak
|
|
|
|
|
|
|
|
ni bukan ambulans bawak pesakit
ambulans betul mesti ada siren kat atas bumbung
bukan jenis ambik siren dlm dashboard pastu letak atas bumbung |
|
|
|
|
|
|
|
R2D2 posted on 13-12-2014 10:52 PM
yg bwk laju bukan setakat ambulans shj
yg bwk pizza pun sama
ada masa 20 min utk sampai destinasi
Yg bawak piza tu sbb tanak kena denda rm5 klu lambat....
Celaka lah sapa yg sanggup dipotong rm5 klu penghantar piza tu lambat sbb budak tu yg kena potong gaji....
|
|
|
|
|
|
|
|
alfatihah.. driver hj. safar. juga bilal masjid hkl. |
|
|
|
|
|
|
|
iols penah naik ambulans 2 kali...ya ampunnn laju gila vaviiii dia bawak ko! Tapi rasa cam VIP pulak sebab semua kenderaan bagi laluan kat kitorang hahaaaa... |
|
|
|
|
|
|
|
ajinomotonosuga posted on 13-12-2014 05:53 PM
ko ni kambing..lu mata ada bosar jugak..tarak nampak kaa kambin..body van tu gambo bulan sabit
...
sebab mata beng bosar la beng buleh pikir...van tu cuma ada lambang bulan sabit je...takde pun tulis AMBULANS secara terbalik or vice versa. siren pun takde..pastu kalau lihat kat tempat penumpang belakang tu macam kerusi2 je belaka. ini cuma van untuk staff hospital/pusat kesihatan je kot.
|
|
|
|
|
|
|
|
hyie posted on 13-12-2014 11:53 PM
iols penah naik ambulans 2 kali...ya ampunnn laju gila vaviiii dia bawak ko! Tapi rasa cam VIP pulak ...
Sudah sampai masanya semua hospital kerajaan dan swasta diwajibkan menggunakan kenderaan ambulan yang sebenarnya, seperti yang diamalkan oleh negara-negara maju.... bukannya van sayur atau van sekolah dijadikan ambulan.... Seharusnya amalan BOMBA wajib diikuti... tak de la pulak BOMBA menggunakan lori tangki minyak untuk operasi memadam kebakaran....
|
|
|
|
|
|
|
|
Update bang Tuntung
TANJUNG MALIM: Seorang pemandu ambulans maut, dua jururawat wanita cedera dan seorang pembantu jururawat lelaki parah selepas ambulans yang dinaiki terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lagi kenderaan di Kilometer 404 Lebuhraya PLUS arah utara, dekat Hulu Selangor dekat sini petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, lima lagi mangsa yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabit dalam kemalangan berkenaan turut cedera membabitkan tiga mangsa dewasa dan dua kanak-kanak.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Tanjung Malim berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian pada jam 4.04 petang dan sebaik tiba di lokasi kejadian mendapati dua kenderaan terbabit dalam kemalangan itu.
"Semua mangsa yang terbabit adalah sembilan orang dengan seorang pemandu ambulans maut, manakala lapan lagi cedera termasuk seorang parah.
"Difahamkan ambulans berkenaan adalah dari Hospital Kuala Lumpur dan ketika bomba sampai di tempat kejadian terdapat dua mangsa yang tersepit, namun berjaya dikeluarkan dengan peralatan penyelamat sebelum mangsa diserahkan kepada pasukan perubatan," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, operasi menyelamat dan mengeluarkan mangsa tersepit diketuai Penguasa Bomba Kanan ll Jamil Mclouse dan operasi turut dibantu pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Sementara itu, jurucakap polis Tanjung Malim berkata, kes itu dikendalikan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hulu Selangor.
Creditb To:
http://www.bharian.com.my/node/23070
@jazaa
|
|
|
|
|
|
|
|
jazaa posted on 13-12-2014 11:43 PM
Pemandu innova tu tak apa-apa ke?...
@FanTasyCreaTioN @wartawan CI
@NIXAR
UPDATE
KUALA LUMPUR - Seorang pemandu ambulans maut manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan melibatkan ambulans Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) di KM404 Lebuhraya Utara Selatan antara Tanjung Malim dan Lembah Beringin hari ini.
Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor DSP Zulkifli Bedin berkata turut cedera dalam kemalangan kira-kira 4 petang itu ialah tiga budak perempuan yang menaiki MPV berkenaan.
Beliau berkata lima orang menaiki MPV itu manakala ambulans HKL dinaiki empat orang termasuk pemandu kedua dan dua jururawat.
"Ambulans dan MPV itu berlanggar semasa hujan lebat menyebabkan kedua-dua kenderaan itu terbabas lalu terbalik ke bahagian kiri jalan.
"Kemalangan itu menyebabkan pemandu ambulans maut di tempat kejadian, seorang jururawat cedera parah pada bahagian paru-paru manakala pemandu kedua dan seorang lagi jururawat cedera ringan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, malam ini.
Pemandu yang maut ialah Safar Ibrahim, 57
jururawat yang parah ialah Rabaitul Adawayah Samsudin, 24
manakala yang cedera ringan ialah Mohd Rudin Ahmad, 50, dan Normanan Farida Makhtar, 28.
Sementara itu, kesemua mangsa yang menaiki MPV itu cedera ringan iaitu pemandu Kok Chin Wei, 37, dan rakannya Lum Yoke Moi, 37, serta tiga budak perempuan iaitu Chauyuet Jing, 14, Chauyaet Thong, 11, Chauyet Wen, 8, katanya.
Zulkifli berkata ambulans itu dalam perjalanan dari Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh menuju ke HKL.
Pemandu yang maut dibawa ke HKL manakala mangsa yang cedera dirawat di Hospital Sungai Buloh.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sebab kemalangan... ada apa2 info ke? |
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN posted on 14-12-2014 08:42 AM
@NIXAR
UPDATE
TQ FC...
Dah nak pencen dah pcik tu....
|
|
|
|
|
|
|
|
Jap
Tu bukan ambulans kecemasan kan?
Tu kenderaan jabatan yang die pakai nk bawak nurse gi ape2 program ke
Yang bukan emergency
Siren nye mane ade |
|
|
|
|
|
|
| |
|