CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3008|Reply: 10

Masalah timbul sebab tidak kenal diri

[Copy link]
Post time 15-12-2014 11:22 AM | Show all posts |Read mode
Setiap hari kita berdepan dengan berbagai isu masyarakat yang pada pandangan umi, ianya adalah berkaitan dengan masalah tidak kenal diri. Umi merasakan bahawa mengenali diri, menyayangi diri, yakin kepada diri merupakan satu isu yang perlu diketahui oleh semua orang.

Jika kita tidak mengenali diri, maka besar kemungkinan kita akan menjadi lalang, tiada pendirian dan mudah terpengaruh dengan sebarang propoganda yang disogokkan kepada kita dalam media massa. Begitu mudah kita dibawa "angin", berubah fikiran dan prinsip hidup mengikut rentak angin yang bertiup.

Siapakah diri kita sebenarnya? Adakah kita mengenali diri sendiri? Itulah persoalan yang akan kita bincangkan dalam pos umi kali ini.

Kita mengharungi hidup ini berdasarkan bagaimana kita ‘melihat’ diri sendiri. Kita sebenarnya tanpa sedar atau tidak, akan meletakkan definasi tertentu kepada diri sendiri dan ada kalanya kita memberi definasi kepada diri berpandukan pandangan orang lain terhadap kita. Memang benar, imej diri dipengaruhi banyak faktor seperti pandangan ibu bapa, rakan, persekitaran dan media. Keyakinan diri pula merujuk kepada bagaimana kita menilai harga diri kita dan pandangan mengenai diri samada positif atau negatif.

Tidak mengenali diri maka seringlah kita merasa rendah diri di hadapan orang lain. Manakan tidak, kekuatan diri pun tidak dicari dan diketahui sedangkan Allah menciptakan kita semua masing-masing dengan potensi dan kekuatan yang tersendiri. Mungkin bukan salah anda, mungkin selama ini tidak ada yang memuji dan meyakinkan bahawa anda sebenarnya tersangat istimewa. Namun, usahlah mengharapkan orang lain lagi, bangkit lah untuk mengenali diri sendiri.

Last edited by sharifahmastura on 15-12-2014 11:22 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2014 11:54 AM | Show all posts
apa yang dibincangkan di sini?
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2014 04:59 PM | Show all posts
kenali la diri anda sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2014 11:49 PM | Show all posts
bagaimana mahu mengenali diri sendiri?...tengok cermin buat posing ke?..
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2014 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni perbincangan keluarga ka
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 09:18 AM | Show all posts
Apo ko nak cakap ni dik non. Iols katop kejap lagi
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2014 09:19 AM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 16-12-2014 11:49 PM
bagaimana mahu mengenali diri sendiri?...tengok cermin buat posing ke?..

Pak cik an. Kemal posing depan cermin keluarnya wajah miranda kerr. Apekehall
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 12:03 PM | Show all posts
nuryakmal posted on 17-12-2014 09:19 AM
Pak cik an. Kemal posing depan cermin keluarnya wajah miranda kerr. Apekehall

entah....saya pun nak tahu gak camner nak kenal diri ni...selfie lepas tu tengok ke?...oooo hensam jugak aku ni ye...gitu ke?...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2014 05:16 PM | Show all posts
Bukan tak kenal diri tapi tak pasti atau tak tahu apa kemahuan diri.

Contohnya mudah, suami curang sampai mengaku berzina, suami mengaku ada anak luar nikah, suami panas baran kaki pukul setiap hari isteri kena belasah, suami rogol anak, suami perangai macam syaitan.

Isteri masuk forum bertanya pendapat orang lain, apakah yang perlu saya buat?

Diri sendiri tidak tahu apa yang dia mahukan dalam kehidupan, diri sendiri tidak tahu di mana sepatutnya dia meletakkan harga diri & maruah dia di mata seorang suami.

Damn. Last edited by sarahmirza on 17-12-2014 05:17 PM

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 06:36 PM | Show all posts
kalo takde kad pengenalan mmg susah la nak kenal diri ... sila datang ke JPN...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 04:29 PM | Show all posts
ini suh baca artikel itu, tah hapa2 x faham, biasa la akedemik punya tulisan, macam buku2 di uni dan sekolah2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.261870 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list