CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1653|Reply: 0

Dap Tetap degil Inginkan Jawatan Timbalan Speaker Selangor

[Copy link]
Post time 15-12-2014 12:26 PM | Show all posts |Read mode





Selepas dibangkitkan dalam Konvensyen DAP negeri Selangor baru-baru ini, parti itu sekali lagi menyuarakan kehendak mereka diberi satu jawatan tambahan sebagai Timbalan Speaker di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam ucapan merasmikan Konvensyen DAP Kebangsaan di Subang Jaya hari ini berkata DAP tetap menunggu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari DAP-Sekinchan dilantik ke jawatan itu.
Desakan itu jelas ditujukan kepada Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali yang hadir pada majlis itu sebagai tetamu.
Dengar ceritanya, ketika menyampaikan hasrat berkenaan dalam ucapannya Lim dilihat menjeling ke arah Azmin dan Azmin dilihat turut menggeleng kepala yang disambut oleh gelak ketawa para perwakilan yang menghadiri majlis berkenaan.
“Kita akan tunggu Ng Suee Lim (jawatan timbalan Speaker Dun Selangor),” katanya.
Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua yang mula secara terbuka meminta agar satu lagi jawatan Timbalan Speaker diwujudkan selepas ia dimenangi oleh PAS pada pemilihan sebelum ini.
Sebelum ini Azmin mendakwa tuntutan DAP itu akan dibincang dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.
Bagi Ng yang juga Setiausaha DAP Selangor berkata DAP sepatutnya layak diberi jawatan itu kerana DAP menunjukkan kesetiaan penuh kepada PKR dan Pakatan Rakyat (PR) ketika berlaku krisis Menteri Besar kira-kira lima bulan lalu.
Beliau berkata, untuk melantik timbalan speaker baharu, ia hanya memerlukan pindaan dalam enakmen selepas persetujuan dicapai dari kalangan parti komponen dalam pakatan pembangkang.
Tema Konvensyen Kebangsaan DAP 2014 tahun ini adalah ‘Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’.
Seramai lebih 2,700 perwakilan dan pemerhati dari seluruh negara kini berhimpun di One City, USJ.
Antara ucapan dasar dan topik perbahasan para perwakilan menjurus kepada persediaan DAP menghadapi pilihanraya negeri Sarawak dan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.
Pengerusi DAP Tan Kok Wai dalam ucapan turut mengkritik PAS kerana mahu melaksanakan Hudud.
Menurut beliau terdapat lebih banyak pihak cuba memperkenal undang-undang itu yang menurutnya tidak harus berlaku dalam negara berbilang bangsa dan agama. – MYNEWSHUB.CC



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.522740 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list