CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3315|Reply: 4

Pengerusi Bersih Taik Pertikai Azmin Ali Cuci Longkang

[Copy link]
Post time 15-12-2014 12:46 PM | Show all posts |Read mode





Kes denggi di Selangor menunjukkan peningkatan pada tahun ini sehingga 338.05 peratus dengan 29,972 kes direkodkan bermula Januari hingga 27 Julai lepas berbanding 6,842 kes bagi tempoh sama tahun lepas.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata peningkatan kes denggi berpunca dari masalah pihak Majlis Bandaraya dan Majlis Perbandaran yang tidak mengutip sampah dan sisa pepejal mengikut jadual berkala. Beliau juga menggesa semua penduduk Selangor memain peranan bagi memerangi denggi di Selangor. Beliau turut mengerahkan wakil rakyat supaya memainkan peranan dalam menangani isu ini.
Ekoran itu, Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali sendiri telah berlakon dengan turun padang kononnya membersihkan longkang yang tersumbat bagi mengelak aedes membiak dikawasan tersebut. Beliau juga dilihat telah mengutip sampah yang tidak dibiarkan bagi mengelak sampah tersebut menakung air.
Azmin telah berusaha menunjukkan peranan beliau sebagai wakil rakyat untuk membasmi penyakit ini. Bagaimanapun usaha beliau disangkal oleh Pengerusi Bersih 2.0.
Pengerusi Bersih 2.0,Maria Chin Abdullah berkata, kita undi ahli Parlimen bukan untuk bersihkan longkang. Mereka perlu membuat undang-undang dan dasar yang baik. Beliau menegaskan bukan kerja ahli Parlimen untuk bersihkan sampah dan semua itu.
“Apa yang disalah faham ialah ahli Parlimen bukan bersihkan longkan. Kita tak undi ahli Parlimen longkang. Kita undi ahli Parlimen untuk membuat undang-undang dan dasar yang baik untuk negara. Bukan yang akan bersihkan sampah dan semua itu. Itu bukan peranan mereka. Itu adalah tugas kerajaan tempatan,” kata Maria Chin kepada media.
Nampaknya lakonan Azmin selepas memegang jawatan MB dengan turun membersihkan longkang dan sampah mula menjadi modal untuk menyerangnya kembali. Apa yang disarankan oleh Maria Chin itu adalah satu perkara yang benar kerana rakyat mahukan keselamatan mereka terjamin dan bukannya lakonan dari pemimpin yang cuba memberitahu rakyat bahawa mereka prihatin-UtaraNews.com



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2014 01:05 PM | Show all posts
tp di mata masyarakat orang kebanyakan, turun padang gotong royong, jumpa orang kampung, carik orang miskin bagi bantuan - tu lah yang mereka mahu dari MP mereka.

dan sebenarnya kenyataan Marina tersebut mengingatkan kepada Dr Chandra Muzaafar ketika dia kalah PRU dulu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2014 12:21 PM | Show all posts
Kepimpinan melalui tauladan. Ini lah dulu yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin umno semasa Malaysia mula-mula merdeka dulu.

Sekarang jarang ada pemimpin yang nak buat kerja-kerja turun padang ni. Mereka lebih selesa duduk di ofis berhawa dingin dan harap rakyat datang jumpa
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2014 12:12 PM | Show all posts


kalau post MB dpt pada hasan aqidah, waaaaa satu hari entah bapa pc dia buat  
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2014 02:56 PM | Show all posts
biaq la dia nak bersih longkang pun....janji ade buat something untuk rakyat...ingatkn orang bawahan....yang ko ada!!!! tau cakap je....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 11:04 PM GMT+8 , Processed in 0.581974 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list