CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1688|Reply: 2

[Tempatan] Pesakit Kena Bayar 5% Lebih Pada Hospital Swasta Sempena GST?UPDATE #3

[Copy link]
Post time 16-12-2014 09:12 AM | Show all posts |Read mode
Di sebalik laungan kerajaan bahawa sektor penjagaan kesihatan terkecuali daripada GST, hospital swasta pula meminta orang ramai bersedia berhadapan dengan peningkatan kos perubatan sekitar 5 peratus selepas pelaksanaan GST.

Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dijangka akan turut memberi impak kepada sektor penjagaan kesihatan dengan kenaikan kos perubatan sehingga lima peratus.

Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) menyampaikan kekhuatiran terhadap pelaksanaan GST standard (6 peratus) ke atas profesional kesihatan yang bekerja secara bebas atau sebagai bukan kakitangan hospital sebagai punca peningkatan kos tersebut .

Presidennya, Datuk Dr. Jacob Thomas dalam sidang media hari ini menyatakan, walaupun sektor penjagaan kesihatan sering dilabelkan terkecuali daripada GST oleh kerajaan, tetapi Jabatan Kastam DiRaja Malaysia pada 7 November 2014 menyatakan profesional kesihatan bebas di hospital swasta dikenakan GST kadar standard.

“Hampir 99 peratus daripada profesional perubatan yang bekerja di hospital swasta bukan kakitangan hospital dan mereka bekerja secara bebas tanpa terikat dengan pengurusan hospital,” katanya.

Akibat daripada pelaksanaan cukai tersebut, sekurang-kurangnya 45 peratus daripada bil penjagaan kesihatan keseluruhan akan di caj GST.Satu-satunya hospital swasta yang terkecuali daripada GST enam peratus ialah Institut Jantung Negara (IJN) yang mana profesional perubatan hospital tersebut adalah kakitangan pengurusan hospital itu.

“Oleh itu, kami di APHM mahu kerajaan menimbangkan semula pengecualian GST terhadap semua perkhidmatan di hospital swasta supaya pesakit dapat memanfaatkan GST sifar sepenuhnya dalam sektor penjagaan kesihatan,” katanya.

Jika di sebaliknya, para pesakit diharap bersedia untuk menerima hakikat bahawa mereka akan berhadapan kenaikan kos perubatan di hospital swasta.

“Kami juga berharap agar pihak kerajaan akan tampil dengan satu kenyataan yang jelas, transparen dan sahih mengenai pelaksanaan GST ini terhadap para doktor di sektor swasta supaya orang ramai jelas dan akur dengan implementasi cukai tersebut kelak,” katanya lagi.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan banyak lagi perubahan yang akan dilakukan oleh kerajaan terhadap pelaksanaan GST ke atas sektor penjagaan kesihatan memandangkan pelbagai isu lagi yang masih kabur dan tidak jelas.

Sumbermakkau.blogpsot.com

PETALING JAYA: Malaysians will have to pay at least 5% more for private healthcare once the Goods and Services Tax kicks off in April, according to an estimate by the Association of Private Hospitals of Malaysia.

APHM president Datuk Dr Jacob Thomas warned that the costs would increase even though the Government announced that healthcare services were exempted from the GST.

He said this was due to certain details on the implementation of the 6% GST, including deeming the work of doctors operating as independent consultants as “outsourced service” that can be taxed.

“About 99% of doctors in private hospitals are not employees, but operate as independent contractors,” said Dr Jacob.

“This means that the burden of the GST will be borne by the rakyat for the services of such healthcare professionals,” he said at a press conference at the Sunway Medical Centre here yesterday.

Dr Jacob said the hospital operating costs were also expected to increase from other outsourced services, which are taxable like security, laundry and housekeeping.

“To say that healthcare costs will not go up is not true. The costs will definitely increase,” he warned.

“It is not viable for private hospitals to absorb the extra charges.”

Dr Jacob said the 120-member APHM understood the Government’s good intentions of exempting healthcare from the GST.

“But as it is implemented, there is going to be an increase in costs,” he said.

“I disagree with the Health Minister who said that the increase will only be about 1%.”

Dr Jacob urged the Government to regard healthcare services as an “exempt supply” in the true sense of the word and not have hidden costs that could implicate the private healthcare sector.

“If it insists on imposing the tax on us, our plea to the Government is to explain to the people about this,” he added.

“The increase in private healthcare costs may also see more patients switching to public hospitals, which may further clog up the sector.

“About 30% of hospital beds in Malaysia are in the private sector and our country’s healthcare boasts of being ranked the third best in the world because of its excellent and affordable care,” he said.

There are 220 private hospitals in the country.

Health Minister Datuk Seri Dr S. Subramaniam was reported to have said that medical costs might increase by between 1% and 2% when the GST is imposed.

He said that even though healthcare services were exempted from GST, there were “technical” issues involved.

http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/12/16/APHM-Healthcare-will-cost-more-Dr-Jacob-Patients-at-private-hospitals-will-see-an-increase-of-about/
Last edited by GhostWalking on 19-12-2014 04:32 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2014 09:22 AM | Show all posts
makanya makin sesak la klinik kesihatan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2014 12:32 PM | Show all posts
GST: Kos rawatan hospital swasta bakal meningkat -  SubramaniamOmar  Asim, Astro Awani | Kemas kini: Disember 19, 2014
(Diterbitkan pada: Disember 19, 2014 10:02 MYT)        



Pengendali hospital swasta meminta orang ramai  bersedia menghadapi peningkatan kos penjagaan kesihatan susulan pelaksanaan GST  tahun depan. -Gambar fail


.


PUTRAJAYA: Pengendali hospital swasta  meminta orang ramai bersedia menghadapi peningkatan kos penjagaan kesihatan  susulan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) April depan.

  Orang ramai menyatakan kebimbangan mereka susulan pengesahan Menteri Kesihatan  Datuk Seri S.Subramaniam kelmarin bahawa kos penjagaan kesihatan swasta akan  meningkat selepas GST mula berkuat kuasa tahun depan.

Subramaniam  bagaimanapun berkata peningkatan kadar itu masih diperkemaskan dengan Jabatan  Kastam. Perangkaannya masih dalam perbincangan dan belum ada keputusan muktamad  dicapai.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada Persatuan  Hospital Swasta Malaysia (APHM) pada Selasa yang mengingatkan orang ramai untuk  bersedia membayar tambahan lima peratus bagi perkhidmatan hospital swasta  bermula April depan.

"Peningkatan harga disebabkan oleh GST ini pasti  mengecewakan majoriti rakyat, tetapi kita perlu bersedia menerima hakikat ini,"  kata pengurus kewangan Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Norliza Razali.

"Sebagai sebuah hospital swasta, kami cuba berlaku adil kepada semua  pesakit supaya mereka tidak terjejas akibat kos yang semakin meningkat.

  "Jika tidak, kemungkinan pesakit boleh mempertimbangkan pilihan lain untuk elak  daripada membayar lebih daripada kemampuan," tambahnya.

Norliza juga  menegaskan maklumat mengenai GST memberi kesan kepada sektor perubatan hendaklah  dibuat telus kepada orang ramai agar tidak timbul kekeliruan pada masa akan  datang.

"Orang ramai perlu sedar bukan semua ubatan dan rawatan  dikecualikan GST. Penting untuk jelaskan kepada orang ramai supaya tidak timbul  persepsi negatif terhadap hospital swasta.”

Norliza berkata, tindakan  sewajarnya akan dilakukan hospital swasta bagi memastikan pesakit tidak terjejas  teruk susulan penguatkuasaan GST.

"Saya percaya kita perlukan mekanisme  tertentu untuk mengurangkan kos tambahan yang ditawarkan. Kami akan cuba yang  terbaik untuk merawat pesakit dan melihat kesan keseluruhan kepada masyarakat  supaya ia tidak membebankan pesakit dari segi kos dan bayaran," katanya ketika  dihubungi Astro AWANI semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun  Razak di dalam ucapan Bajet 2015 berkata ubat yang tersenarai dalam Senarai Ubat  Penting Kebangsaan (NEDL) akan dikecualikan GST dan pesakit tidak akan  dibebankan dengan cukai tambahan untuk rawatan mereka.

Pada 15 Dis,  APHM telah memaklumkan kepada orang ramai penambahan lima peratus untuk kos  penjagaan kesihatan swasta selepas GST diperkenalkan ekoran keengganan Jabatan  Kastam mengecualikan cukai terhadap doktor yang diambil bekerja.

Dua  hari selepas APHM mengumumkan perkembangan terbaharu ini, Menteri terlibat  mengesahkan peningkatan kos penjagaan kesihatan swasta sebanyak lima peratus  selepas GST diperkenalkan.

Astro AWANI cuba mendapatkan komen daripada  beberapa hospital swasta, namun tidak berhasil.            




  

Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/gst-kos-rawatan-hospital-swasta-bakal-meningkat-subramaniam-50552?cp
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 12:21 AM GMT+8 , Processed in 0.283834 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list