CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15944|Reply: 129

[Tempatan] Komando 69:Antaranya Pumping 33 Kali Seminit.Ko Mampu Dekkk?

[Copy link]
Post time 19-12-2014 09:26 AM | Show all posts |Read mode


BEST OF THE BEST : Pemilihan awal dalam menganggotai 69 Komando merangkumi  beberapa fasa melibatkan anggota dan pegawai yang sedang berkhidmat dari Konstabel, Lans Koperal sehinggalah Inspektor.
Pemilihan awal  merupakan satu program yang memakan masa selama 14 hari dimana pemohon  akan diuji dari segi ketahanan fizikal, mental, kematangan, kecekalan,  keupayaan bekerjasama berkumpulan serta keupayaan intelektual atau IQ.  Antara ujian fizikal ialah :

1. Larian sejauh 3.2 KM dengan masa 14 minit 30 saat

2. Tekan tubi (Pumping) sebanyak 33 kali seminit

3. Duduk tubi (Sit Up) sebanyak 50 kali selama 2 minit

4. Mendagu (Chin up) sebanyak 8 kali seminit

5. Larian berhalangan yang mempunyai 14 stesen termasuklah tembok  tinggi, titian kayu, kawat duri, serta halangan tinggi dan sebagainya.  Larian adalah dengan membawa bersama senjata raifal M16 dan masa yang  diperuntukkan adalah 8 minit 30 saat.

6. Larian rentas desa sejauh 12 KM dalam masa 1 jam 45 minit.

7. Ujian renang sejauh 150 meter

8. Mengapung di permukaan air selama 10 minit

9. Menyelam selama 1 minit berterusan serta boleh mengambil objek tertentu dari dalam air sedalam 2 meter.

10. Melakukan penerjunan papan anjal setinggi 4 meter.

11. Ujian memanjat naik dan turun menggunakan tali pada ketinggian 3.5 meter.  

12. Melakukan ‘abseiling’ dan ‘fast roping’ dari menara setinggi 60 kaki.

13. ‘Kurungan Lasak’ di mana pemohon diarahkan masuk ke dalam kenderaan dengan pakaian lengkap duduk di kerusi masing-masing selama antara 2-3  jam di tempat letak kereta bertar, di tengah terik matahari. Tujuan  adalah untuk ujian menahan diri dari kepanasan melampau, fobia dikurung, kepayahan bernafas dan keadaan tidak selesa yang mampu menggoyahkan  semangat jati diri seseorang.

14. Ujian jalan Lasak iaitu Lorong  Hutan 1 (12KM), Lorong Hutan 2 (18KM) dan Lorong Hutan 3 (22KM), ujian  usungan berkumpulan (5KM), ujian mara lasak dan ujian larian tempur  Mereka yang berjaya melepasi tahap awal di atas bakal mengharungi  cabaran latihan kursus awal yang akan memakan masa kira-kira 20 minggu.  

SUMBER : 69 KOMANDO & omakau.blogppot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2014 09:29 AM | Show all posts
mak aihhhhh..
boleh tercabut & terlerai smua anggota badan aku..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 09:34 AM | Show all posts
bukan senang nak jadi komando.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 09:38 AM | Show all posts
4. Mendagu (Chin up) sebanyak 8 kali seminit  camne nih?!!

Sit up lepas...yeaaa...lari xpnah set time lak...
Sit up je lepas...hahaha...
tp betul ke 50 utk 2 minit?!! mcm sikit...

Abg komando lawan abg sado minum whey protein sapa yg menang?!! Last edited by Athrun.Zalaa on 19-12-2014 09:42 AM

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 09:49 AM | Show all posts
pumping 30 kali seminit no problem bagi aku sbb tiap hari aku buat clenched fist pumping... yg problemnya lari 3.2km under 14.30minit sbb untuk jarak tu on average aku mampu habiskan around 20minit ja...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 09:49 AM | Show all posts
wah mau patah pinggang iols gini..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2014 09:51 AM | Show all posts
ada tak pompuan yg boleh harungi semua ujian kat atas tu... lelaki kalau lepas baru leh panggil anak jantan..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 09:52 AM | Show all posts
ni baru pemilihan
real training nanti aku rasa lagi teruk
rasanya ada tahap survive sendiri dlm hutan berminggu2 dgn hanya pakai cawat dan sebilah pisau je
tp tu dah level ape xtaula
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2014 09:53 AM | Show all posts
Tambah:

15. Tidur atas tanah beralaskan plastik sampah. Ko hengat ada bilik, katil empuk bagai?

16. Makanan limited, 3 tapau jah sehari. Kalau penuh takpa gak, ini cenonet jah kuantitinya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 09:54 AM | Show all posts
alamak.. x sanggup aku.. boleh tercabut badan aku..
respek pada mereka..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 09:55 AM | Show all posts
chin upppp...chinnnnn uppp.... (try buat gaya Raihan)
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 09:55 AM | Show all posts
Athrun.Zalaa posted on 19-12-2014 09:38 AM
4. Mendagu (Chin up) sebanyak 8 kali seminit  camne nih?!!

Sit up lepas...yeaaa...lari xpnah set  ...

abang sado nampak lipas menjerit kalah bapok
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 09:57 AM | Show all posts
pencen ade maaa...

blom kire lagi cerite fiction tulisan blog military tu... boleh jd 1 kebangga
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 09:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Pemilihan UTK lagi dahsyat...

Dari 2000 komando yg lepas 200 org je...kan @NURMIMIE kann...
Tak tau lah...ni yg aku dgr dari UTK.... kot dia nk upkan diri dia....ha..ha..



Last edited by jazaa on 19-12-2014 10:00 AM

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
wah hebatnya..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 10:11 AM | Show all posts
itu yg otak diorg tak ngang kalau dh berhenti..ada yg tamat 10 tahun..20 tahun..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2014 10:14 AM From the mobile phone | Show all posts
12km dalam masa sejam 45min? choyyy... iols yg bukan atlet kt skola ni pn merentas desa dolu2 6km 30minit jahh... tp kalo skang 6km mau sejam gamaknye lama no tak jogging Last edited by Orix on 19-12-2014 10:16 AM

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 10:15 AM | Show all posts
aku ada tengok dalam history channel  pasal pemilihan komander ni 2 minggu lepas.... uishhhh memang teruk giler.... tabik kat depa nih....
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 10:17 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 10:20 AM | Show all posts
Orix posted on 19-12-2014 10:14 AM
12km dalam masa sejam 45min? choyyy... iols yg bukan atlet kt skola ni pn merentas desa dolu2 6km 30 ...

12km dlm masa 1 jam 45 min bawak bebanan di belakang lbh kurang 20kg dengan raifel M16 lagi dik.....

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:55 AM GMT+8 , Processed in 0.078429 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list