CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: qqOfficial

[Isu larikan buku cek]-Imej Suci Vee Imran Tercalar, kena lucut jwtn kekdahnya

[Copy link]
Post time 20-12-2014 09:05 AM | Show all posts
Zed Zaidi Dedah AJK Baharu Seniman Hanya Pandai Cakap

Zed Zaidi agak kecewa dengan barisan jawatankuasa baharu Seniman ketika ini.

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi meluahkan rasa kesal apabila beberapa ahli jawatankuasa baharu yang dilantik untuk menerajui persatuan tersebut sukar memberi kerjasama.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 34, berkata, kebanyakan barisan baharu yang dipilih pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-14, September lalu terdiri daripada pelakon-pelakon popular yang lebih banyak bercakap daripada melakukan tindakan.

"Sejak barisan ahli baharu ini dipilih sebagai anggota jawatankuasa, memang agak rumit menguruskan persatuan kerana kebanyakkan mereka pelakon terkenal. Baguslah mereka semua bersemangat untuk berpersatuan.

"Tetapi disebabkan semuanya terlalu pandai ilmu lakonan, hanya pandai bercakap sahaja daripada melakukannya," ujarnya kepada mStar Online.

Zed berkata, perkara tersebut menyukarkannya untuk mengerakkan persatuan itu bagi menjalankan aktiviti kebajikan.

Jelasnya, terlalu ramai yang akan mempersoalkan tindakan yang dilakukan terhadap persatuan sama ada wajar atau tidak.

"Bila ramai sangat yang tinggi ilmu lakonan apa yang saya lakukan sentiasa dipersoalkan dan dicari salah.

"Kalau mereka mahu jadi presiden, dahulu semasa pemilihan kenapa tidak mahu bertanding dan letak nama mereka," soalnya.

Tambah Zed, persatuan Seniman bukan satu-satunya persatuan yang dipimpin olehnya ketika ini.

Dia juga memimpin beberapa persatuan belia yang melibatkan Umno.

"Saya bukan pimpin persatuan Seniman sahaja, malah ada beberapa persatuan belia yang perlu saya uruskan dan setakat ini tidak ada masalah.

"Seniman ini sahaja persatuan yang susah kerana banyak sangat orang yang kaki bantah berbanding yang betul-betul nak buat kerja,” katanya.

Terdahulu Zed Zaidi pada Jumaat telah membuat laporan di Balai Polis Taman Melawati terhadap bendahari persatuan iaitu aktres Vanidah Imran kerana melarikan buku cek milik Seniman.

Vanidah berkata, tindakan itu mempunyai sebab tetapi enggan menjelaskan kenapakah dia berbuat demikian.

Selain Zed dan Vanidah, Seniman turut dipimpin oleh Zack (Kool), sebagai Timbalan Presiden, Zahrin Ishak sebagai Setiausaha Kehormat manakala penolongnya ialah oleh Rena Tan.

Tujuh Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Seniman pula disandang oleh Sofia Jane, Jamaludin Mat (Abang Jem), Khir Rahman, Sharifah Amani, Lisa Surihani, Arash Mohamad, dan Rashidi Ishak.

Pelakon Dira Abu Zahar dan Adlin Aman Ramli menyandang jawatan sebagai juruaudit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2014 09:24 AM | Show all posts
bambimbom posted on 20-12-2014 08:18 AM
Setuju gak dgn vanidah.. nk kuar amount yg banyak kene ade hitam putih.. kang tak pasal2 dia plak ke ...

betul la nk kluar duit mmg la nk ada surat hitam putih..
bos aku pun setiausaha persatuan juga..tapi keje dia aku yg buat...
kalau ada yg nk cek , tulis je la voucher apa yg susah sgt pun..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 09:38 AM | Show all posts
dondangdendang posted on 20-12-2014 09:05 AM
Zed Zaidi Dedah AJK Baharu Seniman Hanya Pandai Cakap

Zed Zaidi agak kecewa dengan barisan jawat ...

adakah ko suka bust keputusan semberono hingga mengakibatkan semua mmbantah?
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 09:43 AM | Show all posts
kalau dah vee kata nak surat
mesti ada something fishy ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
qqOfficial posted on 19-12-2014 05:14 PM
alaaaa....abis tercemar nama kak vee...  dia ni kan macam baik je...suci tulus mulus...  heheee..
...

Mungkin zed asyik songlap duit persatuan..tu bendahari xnak bg cek..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 09:57 AM | Show all posts
Seniman ni dapat dana dari kerajaan ker?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2014 10:08 AM | Show all posts
dia nak cari orang untuk senang rasuah kuarkan duit kot...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 11:02 AM | Show all posts
dondangdendang posted on 20-12-2014 09:05 AM
Zed Zaidi Dedah AJK Baharu Seniman Hanya Pandai Cakap

Zed Zaidi agak kecewa dengan barisan jawat ...

makk ai...dia ingt dia presiden sume dia betul ke?aiyoooo....

tu la gna nya meeting, sape xstuju bleh bantah whatsoever....igt klu meeting sume nk kna stuju je dgn presiden ke?nmpk sgt gila jwtn tp x berkaliber pn...motif lg nk ungkit jd presiden persatuan bwh umno tu sume?nk up diri nmpk hebat lah tu

btw, tgk nama artis yg jd AJK tu mostly mmg jenis berani n ada knowledge kot....tu dia rsa x terlawan n bodoh tu..pastu ckp org lain yg pndai ckp pdahal dia tu yg gtu

motif pnjg plak aku komen ni aku mmg nyampah dkt zz ni...bajet bagus

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2014 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Geng muda2 dan byk job yg lead seniman skrg. Susah jugak nk duduk sekali. Tp high tech meeting can easily b done bro. Zaman la ni org meeting on gadget ja.

Endorsement utk kluarkan duit ni bukan payah benar pun. Klo consent utk kluar duit sbg sedekah kematian, yg tu boleh agree in memo n simple notice je pon.

Tp klo nk spend bbyk, mestilah ada bnw dan persetujuan dr ajk. Ikutlah undang2 persatuan yg ko hntar kat ROS ttiap agm. Haish la jed jedi ni, itu simple je kot. Persatuan bulan sabit merah sekolah taman melawati pon tauuu...

Suka benau nk repot pulis. Last edited by de_ikea on 20-12-2014 11:19 AM

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 11:24 AM | Show all posts
jed jaidi ni dia sorang je la betol..org lain semuanya salah...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 11:30 AM | Show all posts
Baru jadi presiden seniman belum lagi presiden US..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 11:31 AM | Show all posts
de_ikea posted on 20-12-2014 11:15 AM
Geng muda2 dan byk job yg lead seniman skrg. Susah jugak nk duduk sekali. Tp high tech meeting can e ...

kalau dah manjang polis jaaah yang nak kena selesai kisah luar dalam seniman neh, esok2 pilih laaa pak polisi jah yang jadik presiden seniman
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 12:00 PM | Show all posts
zed zaidi nih tak der rasa malu ke kuarkan statement bodoh camnih

klu vanida bwk larik pun ... bukannya dia blh kuarkan duit ... unless cheque signatories solely sign by vanidah imran .. but i dont think so psl ni persatuan kan ... sure jointly sign with another party ...

lepas tu blh plk kuarkan statement nak suruh bank stopkan nama vanidah?? for yr info bank tak der kuasalah zed zaidi nk stopkan apa2!

bodohnyerlah dia nih meh haku ajar ... buat resolution ... tukar cheque signatories ... tp klu vanida tak nak sign resolution tu kau & persatuan pun tak blh nak buat haper2 tau!

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Zed zaid mmg sengal...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
bila ckap je psal SENIMAN terus aku terbayang, persatuan pprt :Q
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
msrosse posted on 20-12-2014 12:00 PM
zed zaidi nih tak der rasa malu ke kuarkan statement bodoh camnih

klu vanida bwk larik pun ... ...

Zek zaidi mmg bodoh persatuan kena bg surat kat bank..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2014 01:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Zed zaidi ni bljr smpai mana ek?
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 01:49 PM | Show all posts
pendek akal tul lah ko eh zed....bole settla dlm meeting je punn....bukan vee bole wat ape ngan buku cek tu pun...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 03:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesimpulannya Jed Jeddy tak cerdik. Dia je nak betul, orang lain salah. Better bukak persatuan sendiri dan sendiri pegang semua jawatan dan jadi ahli sorg2.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Jed Jaidi ni mmg patut dihencap. Apa hal ko nak mention kau tu ketua persatuan beliau bwh politaik tertentu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 06:00 PM GMT+8 , Processed in 0.084431 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list