CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6370|Reply: 25

[Jenayah] Skim Cepat Kaya Sasar Haram Kini Sasar Masyarakat Melayu Sebagai Mangsa

[Copy link]
Post time 19-12-2014 10:01 PM | Show all posts |Read mode


Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan mana-mana pihak yang menawarkan skim kewangan kononnya mampu memberi pulangan berganda dalam tempoh yang singkat. Ini kerana, mereka dibimbangi akan menjadi mangsa penipuan sindiket tertentu yang cuba mengambil kesempatan dengan mewujudkan kelab bagi mendapatkan ahli untuk menyertai aktiviti mereka.


Sumber dari Suruhanjaya Sekuriti Malaysia memberitahu, orang ramai yang ingin membuat pelaburan perlu menyiasat terlebih dahulu syarikat yang hendak disertai bagi mengelak mereka terjebak dengan syarikat yang telah disenarai hitam oleh pihak Bank Negara Malaysia (BNM). Menurut sumber tersebut, perkara itu boleh disemak melalui bahagian perisikan kewangan BNM bagi mendapatkan perincian terhadap skim yang ditawarkan oleh syarikat berkenaan.


“Mereka juga perlu menyemak data-data syarikat dengan membuat rujukan daripada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). “Jabatan itu pasti mempunyai butiran tentang syarikat yang menjalankan aktiviti seumpama itu kerana ia adalah badan yang mempunyai kuasa dalam memberikan lesen untuk sesebuah syarikat menjalankan operasi.


“Jika mereka tidak berdaftar atau mempunyai maklumat dengan agensi-agensi tersebut maka ia dianggap sebagai haram dan berbahaya untuk disertai,” kata sumber itu.


Sumber itu berkata, kebiasaannya orang ramai akan mudah percaya dengan skim-skim yang menawarkan pulangan cepat kerana terpengaruh dengan kadar faedah dan habuan pulangan yang akan mereka dapat sebagaimana dijanjikan oleh sindiket terbabit. Katanya, harus diingat bahawa kebanyakan sindiket yang menjalankan aktiviti seperti itu akan mengumpan dengan kata-kata dan janji manis hingga membuatkan sesiapa sahaja akan tergoda untuk menyertai mereka.


Hakikatnya, mereka ini tidak sedar bahawa mereka telah ditipu secara halus ekoran kesilapan diri sendiri akibat tamak dan tidak membuat pemeriksaan rapi sebelum mula untuk menyertai skim itu. Sumber tersebut berkata demikian sebagai mengulas berhubung satu skim cepat kaya yang dipanggil `ufunclub’ yang sekarang ini beroperasi secara langsung menerusi internet.


Perjalanan skim itu juga didapati mencurigai apabila menggunakan bahasa Thailand sebagai bahasa pengantara dalam setiap urusan yang sememangnya sukar untuk difahami. Perkara itu telah dikongsi oleh seorang pengguna laman sosial Facebook, Reuben Yap yang memberitahu, terdapat suatu perkara yang tidak kena dengan skim berkenaan apabila didapati telah disenarai hitam oleh pihak BNM.


Menurut Reuben, syarikat pengendali skim tersebut bakal melancarkan satu lagi skim baru berunsurkan islamik yang menyasarkan orang Melayu beragama Islam untuk menyertai mereka. Untuk meyakinkan pelabur, syarikat tersebut yang membuat hebahan secara terbuka mengenai operasi mereka menggunakan nama sebuah kumpulan nasyid popular.


Tulis Reuben lagi, pergerakan skim itu juga amat mencurigai dan sekiranya ia benar-benar menyeleweng pihak berkuasa harus bertindak. Sementara itu, pemerhatian terhadap skim berkenaan juga mendapati, skim ini telah disenarai hitam oleh pihak BNM dan turut disiarkan di laman web rasmi mereka di http://www.bnm.gov.my.

Sumbermakkau@blogspot.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2014 10:02 PM | Show all posts
apsal melayu selalu jadi mangsa??
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ummah suchi kalo nampak jantan berdiri atas mobil bnw trus sembah bagi segala duit simpanan...katanya pelaburan masa tua sis.Bila kena tipu miskin hina barulah masuk bersamamu.

Saya tidak kasihan kpd ummah tamak nk kaya cepat tapi bimbo.selayaknya saja.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2014 10:22 PM | Show all posts
MLM = Melayu Lipat Melayu dah byk dah dgn skim2 gentel telur camni.

Labur...bulan2 masyuk dgn hanya dok goyang n gentel telur je. Mesti la suka kan. Last2 lebur.

Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 05:42 AM | Show all posts
tomatome posted on 19-12-2014 10:02 PM
apsal melayu selalu jadi mangsa??

sobab ni Beb...

Hakikatnya, mereka ini tidak sedar bahawa mereka telah ditipu secara halus ekoran kesilapan diri sendiri akibat tamak dan tidak membuat pemeriksaan rapi sebelum mula untuk menyertai skim itu.
sondiri cari pasal.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 05:49 AM | Show all posts
yang ni poong samo tak....

[Jenayah] Artis Pula Peminat Millah Abraham!
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=847138
Taktik ajaran itu yang merekrut ahli baru umpama sistem perniagaan pelbagai lapisan (MLM) turut didedahkan hasil maklumat daripada pihak lain selepas membaca laporan bersiri akhbar ini.

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2014 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
tp kalau bgtau dorg, dorg x caya. cthnya ufun. aku dah cakap dah kat kwn mak aku tu, tu sume skim cpt kaya. tp xmo dgr. siap ckp ngan aku lg, xpe kalau collapse pon. dia dah untung dah. tp dia x sedar ke dia dah aniaya org lain.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 10:03 AM | Show all posts
Al-Patih posted on 20-12-2014 05:42 AM
sobab ni Beb...

sondiri cari pasal.....

well said bro.. saje buat2 tanya.. itulah hakikatnya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2014 10:19 AM | Show all posts
If it sound too good to  be true,  it is a SCAM
as simple as that
mana ada kesenangan kekayaan datang bergolek
cerita orang jumpa emas dalam gua hanya mitos semata
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg mudah tertipu ni yg bodoh dan tamak...
Yg celik takkan tertipu..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
tomatome posted on 19-12-2014 10:02 PM
apsal melayu selalu jadi mangsa??

Sebab tamak dan malas berfikir
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 10:48 AM | Show all posts
Macam la tak sedar semua bangsa ramai jadi mangsa. Lagi mau berlakon melayu itu melayu ini.


BODOH SEMUA
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 11:18 AM | Show all posts
@spiderman80 bini gila kau terlepas.  
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 11:20 AM | Show all posts
Modngengade posted on 20-12-2014 10:25 AM
Sebab tamak dan malas berfikir

kan kaklong... senang nk kaya cepat.. skrg ni ada skim bari arba network.. kntrak setahun je mmber gigih duk promot.. da pakai bmw oo.. x bp paham dgn hibah bagai.. calling2 pakar skim mlm @Ciliapisedap
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 11:38 AM | Show all posts
Semuanya nak kaya mudah dan cepat....
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
tomatome posted on 20-12-2014 11:20 AM
kan kaklong... senang nk kaya cepat.. skrg ni ada skim bari arba network.. kntrak setahun je mmber ...

@CiliPadiSedap la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2014 12:04 PM | Show all posts
shernazz posted on 20-12-2014 11:41 AM
@CiliPadiSedap la

hah tq so much..x ingat la beb sbb byk sgt id adam tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 12:23 PM | Show all posts
ini ada org gila call suh masuk insuran konon2 bawah ambank la maybank la celcom la
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 12:23 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz posted on 20-12-2014 11:41 AM
@CiliPadiSedap la

Arba network skim cpt kaya. Arba koperasi skim emas delay yg dh sontot dua kali.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2014 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
tomatome posted on 20-12-2014 12:04 PM
hah tq so much..x ingat la beb sbb byk sgt id adam tu

Sama sama
Tu la...rasa cm.nak.cili.je kaka cili tu..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:05 PM GMT+8 , Processed in 0.112558 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list